Lukisan yang sangat indah. Aku teringin memilikinya.
Dijumpai di syarikat orang.
Aku teringat engkau setelah dua tahun rasanya kau pergi menemui Illahi. Dan setelah dua setengah tahun tidak berjumpa. Kau kawan satu hari aku, ketika aku sedang belajar mengenali manusia.
Hari ini aku terpandang lukisan engkau di Kuala Lumpur City Gallery. Bertapa kagumnya aku dengan kau.
Di ketinggian 400m dari aras Laut kami mencari Matahari. Walaupun wajahnya dilindungi jerebu putih yang tebal dan kusam, tapi cahayanya masih dapat membiasi tumbuhan yang hijau-kekuningan. Maa syaa Allah cantik bukan..
Wahai Matahari ciptaan Allah!, aku ingin memburu indahnya hadirmu kerana aku tersangat suka melihatmu.