Sunday, May 3, 2020

Epilog 10

Eh kamu perlu gembira! 

Bagaimana ingin gembira? 
Ikhlas dengan apapun diri kita
Kerana fitrah ciptaan kita sempurna, 
Tuhan itu sempurna, 
Tuhan jadikan kita juga sempurna ikut aturannya. 

Tapi bukan sempurna dengan kualiti baik kita, 
Kita sempurna dengan cacat-cacatnya kita, 
Kalau terlalu sempurna itu, mugkin 'plastik'.. Hehe

Jika aku membandingkan cacatku dengan sempurnanya orang - aku jadi 'stress'. 

Jika aku membandingkan muliaku dengan cacatnya orang - aku jadi Sombong 

Aku akan menjadi peribadi yang rendah jika aku memikirkan begitu.. Jadi aku perlu ikhlas menerima diriku seadanya. 

Sisanya adalah aku menjadi diri yang boleh mengembirakan orang lain. 

Hidup ini penuh kesedihan, 
Hidup ini penuh masalah, 
Kekecewaan, 

Jadi janganlah aku menjadi penambah kekecewaan. 
Jadi hiduplah sebagai aku yang sederhananya membantu orang melihat dirinya dengan baik, dari itu aku juga dapat melihat diriku. 

Kita hidup dalam bumbung, diluar kadang-kadangnya ada sahabat yang memuji kerana ada mahunya. Tertipu kita. 

Sudahlah, yang menunggu kita nanti itu lebih baik. Percayalah, jika kita menolong orang lain, kegembiraan kita itu pasti dijamin tuhan. 

Kamu besarkan tuntunanmu dengan pencipta, dan harusnya kamu juga jadi 'smart' seperti orang barat. 

Cuma bezanya kita beriman dan 'smart'.. Pasti lebih gembira.. ❤️

Hatissam 🍀 

Saturday, May 2, 2020

Epilog 9

Mulai hubungan yang kurang semakin kukuh, dari lebih semakin menyeksa. 

Hubungan itu memerlukan satu sama lain, 
"You only have each other"
Kita bukan anak orang kaya yang mempunyai jaminan ibubapa yang kaya.
Bila mereka berpisah ternyata ada ibu bapa yang boleh menaggung mereka. 

Kita bukan begitu, jaminan kita adalah pasangan yang boleh bersama-sama mengharungi turun naik hubungan dengan kita. 

Bila mudah membicarakan kebaikan kepada seseorang tanpa perlu memendam itulah terbaik buat kita. 

Wanita yang baik menjadikan seseorang lelaki itu bertambah baik. Jika sebaliknya, bermakna mereka tidak sepadan. 

Friday, May 1, 2020

Epilog 8

Orang yang berjaya adalah orang yang melalui penyesalan-penyesalan hidup.

Ada dua jenis golongan secara dasarnya.
Individu nakal yang sentiasa melakukan kesalahan, dan..
Individu yang lurus teratur hidupnya dan takut melakukan kesalahan.

Yang dahulunya berjaya selalunya individu yang nakal kerana mereka matang dalam segala masalah kehidupan.
Individu yang nakal memulakan punca masalah dan berani menanggung risiko.

Manakala, Individu yang lurus harus melihat kehidupan individu yang nakal untuk dijadikan pengajaran hidup,
Individu yang lurus tidak akan melakukan kesalahan yang dilakukan individu yang nakal tetapi mereka perlu memahaminya,

Untuk berjaya,
Individu yang lurus perlu melakukan kesalahannya sendiri,
Iaitu kesalahan yang tidak dilakukan oleh semua orang.

Kejayaan yang paling teratas adalah kejayaan yang dilakukan atas penyesalan sendiri dengan mengambil iktibar dari kesilapan orang lain.

Hatissam 🍀
8 ramadhan 1441

Thursday, April 30, 2020

Epilog 7

Mencari wang?

Setiap orang mempunyai nilai untuk ditukurkan kepada bentuk wang

Sama ada besar atau kecil nilai tersebut.
Nilai yang besar tentu memerlukan idea dan waktu yang lama untuk mendapatkan hasilnya,
Nilai yang kecil adalah sesuatu yang berterusan dan cepat hasilnya.

Kita berlatih dari sesuatu yang kecil untuk memberi impak yang berterusan sehinggakan boleh menjadi kebiasaan kepada kita.

Cari tujuan mengapa perlu mencari Wang? Sentiasa mempunyai impian yang besar

Simpan wang untuk kejayaan impian.
Boros tidak boleh memberi kejayaan.

Impian yang besar sedikit sebanyak terbentuk dari impian yang kecil.
Tujuankan hidup untuk membantu keluarga dahulu, kemudian besarkan radius tersebut.

Dengan kalimah Allah, berjuanglah.

Wednesday, April 29, 2020

Epilog 6

Cinta
Aku tidak mengharapkan seseorang, 
Cuma.. 
Aku mengharapkan diriku sendiri.


Friday, April 24, 2020

Epilog 5

Hasil memerlukan proses, 

Ada hasil yang kita sendiri dapat jangkakan masanya, seperti
9 bulan terbentuknya jasad manusia di kandungan ibu,
9 bulan prosesnya,

Ada hasil menjadi iktibar dan sejarah, seperti, 
3 tahun rasullullah menyendiri sehingga turunnya wahyu pertama di Gua Hira,
3 tahun prosesnya,
Seterusnya, 
23 tahun sempurnanya wahyu Al Quran, 
23 tahun prosesnya,

Ada hasil masih tak pasti!
Sebab?
Kerana kita sedang melalui prosesnya,

Semua orang hanya menghargai tampaknya hasil.

Namun, setiap manusia itu akan melalui proses yang tak diketahui semua orang.
Siapa yang mengalami, pasti menghargai proses tersebut. 

Thursday, April 23, 2020

Epilog 4

Tenangkan hidupmu, kembalikan segalanya kepada sang pencipta.


Ada usaha yang tak perlu diketahui manusia lain,
Itulah keiklasan. 

Niatkan usahamu, samaada usaha untuk mendapat perhatian manusia atau usaha untuk mendapat perhatian Allah.?

Hatissam 🍀 
29 syaaban 1441 

Epilog 3

Sayang, 

Wanita tetap juga wanita
Sejauh mana keinginanmu menguasai dunia,
Sejauh mana kepandaianmu,  
Sejauh mana kekayaanmu, 
Sejauh mana kekuasaanmu, 
Sejauh mana pengaruhmu, 
Wanita tetap wanita,

Jangan mudah bertolak ansur berperanan sebagai wanita,
Jangan mudah katakan 'tak apa'. 
Lepaskan beban tanggungjawabmu, 
Itu bukan tugasmu lagi, 

Sayang, 
Lepaskan takhtamu
dan jadilah wanita. 

Hatissam 🍀 
29 syaaban 1441 

Wednesday, April 22, 2020

Epilog 2

  wanita penakluk

Lafaz janji hanya sekali,
Disempurnakan berkali-kali, 
Cinta yang ikhlas perlu dimiliki,
Rezeki perlu dicari, 
Musuh jangan didekati,
Impian hingga sampai ke syurga,
Yakin dan tegas dengan pilihan, 
Serahkan segalanya kepada ilahi,


Hatissam 🍀
28 syaaban 1441





Epilog 1

Dingin pagi menyusuk kedalam tulang belulang,
Jiwa tenteram merasakan nikmat kerinduan buat Sang Pencipta.

Kuhadiahkan sebuah rangkap lagu pembakar sukma buat sekalian melayu. 

"Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu"

- lirik Semerah Padi_M. Nasir - 

Kini... 
Bermulalah coretan epilog perasaanku. 

Hatissam 🍀
28 syaaban 1441
Sungai lui

Monday, April 13, 2020

Hadis 2

Menuju jalan tuhan yang maha perkasa lagi maha terpuji, Allah yang memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi. 

Hadis kedua adalah berkenaan dengan iman, islam dan ihsan. Maknanya hadis seperti 
di bawah: 

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.  Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.  Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).  Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.      

Masuk sedikit bab akidah:
Kita fokuskan kepada kehendak. Setiap pekerjaan yang kita lakukan ada hubungan dengan kehendak. Kehendak kita tersebut akan dihisab oleh Allah. Jadi kita kene bertanggungjawab terhadap apa yang kita kehendaki. 

Sewaktu kita dihisab Allah akan tanyakan mengapakah kita berkehendaki sesuatu. Ada dua jalan, satu hak dan satu batil, pilihlah mana yang mempunyai kaitan dengan Allah. 

Menuju syurga akan ada fasa-fasa yang bakal dilalui, bersabarlah dengan hati yang sedang naik turun. Sentiasa bersangka baik. 

Sunday, April 12, 2020

Hadis 1



Mulakan hari ini dengan sebanyaknya 'niat' yang baik. 'Niat yang baik kerana Allah' pasti mengikutnya satu pahala. 

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu


Imam Ali Abi Bakar As Sakran memupuk 150 niat untuk bernikah. Antaranya seperti ingin menambah kecintaan kepada Allah, Mencari sahabat sejati, mendidik anak yang soleh, dan lain-lain ia ditulis dalam buku-buku penerangan hadis. 

Jadi, mulakan hari ini dengan niat yang baik untuk menuju tujuan hidup kita. 
Niatkan kita juga seperti ini, ingin mencantikan diri, menjaga kesihatan, mencari rezeki yang halal.. Semuanya kerana Allah. 

Saya mulai hari sekarang dengan niat berbuat baik kepada makhluk Allah iaitu menyiram tanaman, beri haiwan peliharaan makanan semua kerana Allah.❤️❤️❤️









Tuesday, April 7, 2020

Monday, April 6, 2020

Sunday, April 5, 2020

Puisi Ikhlas Seorang Pemuda

Cinta adalah keindahan yang memberikan kebahagiaaan dengan sejuta rasa. Bukan dengan satu atau dua rasa.

Cinta melukis keindahan dengan sejuta warna, mendebarkan hati, mengetarkan jiwa, membangkitkan ghairah, membawa angin melambung tinggi. Seperti kata-kata pujangga.

Seperti cerita cinta laila & majnun, melihat dinding rumah sudah berdebar-debar hatinya. Itulah perasaan cinta.

Rasa cinta telah menggapai ranting terlembut dalam kalbuku, 

Harus aku harungi dengan sakit namun terasa nikmat. 

Memperlambatkan langkah tercepat, 

Mendekatkan jarak terjauh, 

Terasa jauh jarak terdekat, 

Mempersingkatkan saat yang terpanjang, 

Memanjangkan saat yang pendek, 

Rindu dalam penantian, 

Duduk denganmu berasa nyaman, 

Tapi cinta sering dirosakan oleh perilakuku, 

Ya Allah sempurnakanlah rambu cinta ini,

Agar kami boleh bersatu.

Nukilan hati, 
Si pemuda 

Friday, April 3, 2020

Jika kamu bersama Allah, semesta bersamamu.


Monday, March 30, 2020

D: Receiving a rebuke

Look for bigger picture and future.
Work hard at each other's place.

Dreams will bring you 👆 and alive.
InsyAllah mimpi akan jadi kenyataan.

Prepare the best of ourself. 

C: Truss

Actually you are the one saved me from bad people in your prayers. Don't overthinking negatively. You don't know me much that why you don't truss me better. Because I felt that way too before . Don't let it happen again☺️. Do experiment on me. Open all my emotional door.

Me no 3 : nothing anyone can say will change my mind except Allah say enough to me.

Penduduk kampung sungai lui, hulu langat 😷

Sunday, March 29, 2020

B: Clear and clarify

I was quiet because I was looking for your true emotions. Some people don't like being bullied by people their love. Paranoid maybe. But not us.. Hahaha😅

Finally, I found your truly love verse. Thank you so much.. I love the real you.

If you wants to know me better. This is "I always hold the root, not the fallen leaves",

Whatever you says. i believe you love me. That's what i need..

First of all. We need to wash away our emotional baggage. 

Saturday, March 28, 2020

A . Sight on something. That's you

Being your innocent soul. 


Likes.. I always see all of myself in zara.

Thursday, March 26, 2020

4. Mengabadikan Cinta

Mengabadikan cinta yang sebanarnya adalah dengan perkahwinan. 

Bila ciri-ciri itu telah dipersetujui untuk diteruskan ke fasa seterusnya. Ambil langkah yang tepat dengan memberitahu hajat kita. Tapi jika sebaliknya, kita beri masa dan peluang yang termampu kita berikan untuk mencari ciri-ciri tersebut dengan komunikasi. Komunikasi yang berkesan supaya tidak terluka adalah mengunakan orang tengah yang benar-benar stabil emosinya, atau lebih baik orang alim. Jodoh itu mudah sepatutnya. Allah yang aturkan untuk hambanya yang beriman dan sabar.

Jika hajat kita ditolak, maka janganlah berputus asa dengan rahmat Allah, sebab jalan yang kita ambil adalah jalan yang sangat terpuji, Allah akan gantikan dengan yang lebih baik mengikut ciri-ciri yang kita mahukan.

Belajar lah sesuatu untuk menjadikan kau berani membuat keputusan. Keputusan perlu melalui akal bukan emosi. 

Wednesday, March 25, 2020

3. Kecenderungan terhadap seorang

Sebelum perkara 2, harus memutuskan siapa yang ingin kamu fokuskan. 

Focus belajar tentang sifat-sifatnya untuk disuaikan dengan diri kamu. Untuk mencintai harus mengenal. Mencintai perlu mengunakan akal. Jangan memperkecilkan kemampuan Akal untuk menjadikan cinta itu indah. Kerana cerita cinta yang kita tonton di kaca tv dicipta oleh akal dan pengalaman seseorang. Tapi cinta sebenar adalah ciptaan Allah. 

Jadilah diri kamu sendiri yang terbaik semasa ini, walaupun bagaimana keadaan situasi tersebut. Dari situ kamu dapat belajar sesuatu yang tidak kamu ketahui dulu. Gunakan medium ini untuk kamu belajar sesuatu. 

Kalau Allah sudah takdirkan bukan jodoh kita, kita pasti akan ditemukan degan seseorang yang lain yang memerlukan bimbingan kita. Kerana Allah dah takdirkan kita mengembangkan minda dan emosi yang kuat untuk menolong orang lain. Kerana kita khalifah Allah. Kita jangan cepat mengaku kalah. 









Monday, March 23, 2020

2. Kemudian memutuskan untuk mencintai

Bila dia suka kepadaku.
Soalan pertama di minda.

Why?

Jawapan sebenar hanya pada dia.

Menyukai seseorang harus mempunyai alasan. Jika tiada alasan pasti kita termasuk dalam golongan yang buta kerana cinta.

Disini saya akan senaraikan ciri-ciri dan tahap ujian pemilihan lelaki untuk dijadikan bakal pasangan hidup saya untuk pengetahuan, mungkin juga sebagai guard lines untuk semua. Saya tidak terlalu memilih cuma inilah yang saya lakukan. Walaupun saya menyukai seseorang pandang pertama. Antaranya adalah:-

1. Agama dan pemikiran seiring. Bila saya ucapkan tentang sesuatu perkara dia paham dan dia ucapkan sesuatu saya mempersetujui. Tiada percanggahan dalam beramal. Mempunyai potensi mengembangkan ilmu dan tauhid kepada Allah. 
2. Jujur bila berkata-kata, tidak berdusta. 
3. Keadaan dia semasa susah dan senang. 
4. Memahami emosiku dan memandunya. 
5. Bersuara bila perlu dan mempunyai pendapat yang jelas dan lantang untuk kebaikan.
6. Akhlak : Hubungan dengan manusia.
7. Mempunyai cita-cita yang baik. Walaupun cita-citanya untuk membahagiaan keluarganya. Atau cita-citanya hanya untuk dirinya.
8. Tidak melakukan kesalahan besar terhadap hukum Allah, melainkan dia benar-benar bertaubat meninggalkan perkara itu.
9. Berjiwa besar dan menyayagi dirinya sendiri.
10. Mempunyai belas kasihan dan benar-benar mencintai diriku.

1 - 10 adalah yang paling terpenting. Saya bukan ingin menakutkan sesiapa, people always amazing just the way they are. This is my secret list. So saya bagi soalan bocor saya. Some are tested!

Saya yakin dengan segala petunjuk yang Allah berikan. Bukan semua orang sempurna, tapi ciri - ciri ini boleh membimbing saya membuat pilihan.

Me to deeply in love memerlukan usaha kedua-dua belah. The main part of relationship is the development.
Saya terbuka terhadap jenis medium untuk dia melepaskan pendapatnya. This how to help with our confusion. Don't do mix meaning. Lets help each other in one team. Dari kekaguman, seterusnya memutuskan untuk mencintai.

Dia juga pasti mempunyai senarai seperti saya. I hope, I'm on the top of list? 


Saya suka melihat sunset dan sunrise. Sunset adalah kenagan dan pengajaran. Sunrise adalah permulaan baru. Tetapi melihatnya dengan seorang teman berbual tentang kehidupan lebih bermakna. Maybe i will put in to my wish list. 


Sunday, March 22, 2020

1. Dimulai dengan Kagum

Dia tidak seperti yang dibayangkan. Dia sangat bersahaja dan relax. Bila dia berkehendakkan sesuatu, dia berubah menjadi seseorang yang sangat berbeza. Personalitinya bersungguh-sungguh dan bertenaga. Saya sangat kagum dengan pencapaiannya.

Saya juga kagum dengannya kerana dia memberikan kebaikan kepada saya.I smile when you on the top of mountain, because you have potential to yourself and people around you. 

Whatever i like that person, I will stay longer when they truly need me and not otherwise. It's more about the person is. Just tell me what you want to be and give me some times. 

 Akhir sekali.. Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dipertemukan banyak insan yang membantu saya❤️

Saturday, March 21, 2020

Nama dari peristiwa Israk dan Mikraj

Hari ini dalam sejarah terbesar umat islam, iaitu hari peringatan tentang perintah Allah SWT terhadap orang yang beriman supaya mengerjagakan solat. 

Tanggal 27 Rejab adalah tarikh memperingati peristiwa Rasullullah SAW diangkat ke langit ke tujuh iaitu peristiwa israk mikaj. Peristiwa ini dirakam dalam surah Al isra' ayat 1 yang bermaksud:-

"Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari, dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya, Allah jualah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Insyallah, semoga kita diberi keberkatan di bulan mulia ini, untuk bersama-sama memperbaiki diri. 

Peristiwa luar biasa Rasullulah SAW sewaktu perjalanan naik kelangit ini telah memberi inspirasi kepada ayah dan ibu. Mereka sepakat meletakkan nama saya sama seperti nama seorang wanita mulia dalam peristiwa tersebut tanpa ada tambahan 'nur' atau 'siti'.

Selingan:
'Iraas Hatissam' dipilih sebagai nama blog ini disebabkan ia pantulan nama saya dan ayah. Ejaan hadapan bagi perkataan 'Hatissam' adalah "hati" iaitu melambangkan suatu yang penting iaitu "kekuatan jiwa". Iraas pula pantulan nama ayah. Ia hampir dengan perkataan bahasa melayu "seiras" . Dengan itu, definasi sendiri 'Iraas Hatissam' secara ringkasnya  bermaksud 'cerminan jiwa'.

Blog ini terlalu personal untuk saya. Ia semakin berkembang dan membesar. Seperti diari saya. Suatu hari pasti saya akan simpan untuk kenangan. Insyallah.

Thank you ❤️



Friday, March 13, 2020

Jangan ikuti wahn (ketidak pastian)

Salam Jumaat, 

Memasuki kepada bab yang paling sukar untuk difahami. Ia berkaitan dengan cara menguatkan diri kita untuk membuat pilihan atau memberi perilaku yang benar. 
Muhasabah diri pagi ini tentang perkara yang selalu menguasai, mengawal, dan membelit manusia. Iaitu.. 

"tidak akan mengawalmu seperti wahn(ketidak pastian) kerana kebenarannya sedikit. Kita sering tunduk kepada sesuatu yang kurang jelas, kita selalu kalah dengan Wahn.

Contoh lain wahn
Seperti seorang pelajar ingin menuntut ilmu, ia ditanggung oleh ibubapanya menuntut ilmu, disebabkan perasaan tidak mahu menyusahkan ibubapanya dia bekerja mencari pekerjaan. Tetapi seorang ibu tidak susah untuk memberikan, ayahnya juga begitu dan kemungkinan dia  mendapatkan biasiswa juga. Jadi keyakinan dia adalah perlu belajar sahaja. Tapi dia mengikuti sesuatu yang kurang jelas, syaitan membisikan kepada dirinya, pergilah bekerja, nanti habis belajar boleh bernikah. Lalu dia bekerja dan mengabaikan pelajarannya.

 Tapi ada juga ulama terdahulu yang datang dari keluarga yang susah tapi mereka bekerja. Mereka mencari pekerjaan untuk menampung kos pembelajaran tapi mereka tidak mengumpul kekayaan. Habis pekerjaanya, bila dah cukup untuk belanja pendidikannya. Kepentinganya hanya mencari ilmu kerana dia yakin rezeki sudah ditetapkan oleh Allah.

Saya sering mendengar ramai menanyakan tentang jodoh. Pergilah bergaul dengan ramai orang untuk mendapatkan jodoh. Satu sahaja kita lupa bila waktunya Allah akan kirim bukan disebabkan kurang pergaulan kita tidak bertemu dengan jodoh kita. Yakin kebenaran menjadi wanita terbaik, cari ilmu sedalamnya, memilih tertutup untuk berkomunikasi dengan lelaki dan memilih cara terhormat untuk bergaul dan sebagainya. Wahn sentiasa berbisik dari melakukan perkara benar. Kita sudah tahu jalan kita adalah benar, disebabkan dugaan sekecil itu tadi kita membelokkan diri kepada keharaman.

Begitu juga bila kita bersedekah, selesaikan hutangmu terlebih dahulu baru berfikir untuk bersedekah. Kadang-kadang wahn juga membisikan untuk perkara yang baik seperti ini.

Selain itu, contoh lain juga seperti :- Jika kita sedang menjaga ibu kita yang sedang sakit dan perlu pengawasan. Suatu hari kita hendak menghadirkan diri di ceramah agama. Kita memilih untuk pergi majlis agama tersebut dalam keadaan ibu kita sedang meradang kesakitan. Wahn itu membisikan untuk tidak membuat pilihan yang betul.

Oleh itu, haruslah perlu mengerti mana yang perlu didahulukan. Saat ini perlu mengetahui supaya tidak mengikuti wahn.

Kita sentiasa dikuasai oleh ketamankan. Ketamakan menjadikan kita rendah. Bila kita berjumpa orang kaya, kita berasa rendah, bila berjumpa orang atasan kita juga berasa rendah, ada yang berpakaian lusuh tapi dia berbangga dengan agamanya.

Berjalan dengan keyakinan dengan apa yang Allah berikan kepada kita. Orang mukmin yang kuat sangat dicintai Allah berbanding orang yang lemah. 

Saya masih belajar ilmu keyakinan. Perlu juga membetulkan diri dalam banyak hal. Ada 4 ilmu yang harus dikuasai oleh umat islam supaya tidak jatuh kepada perkaraa yang namanya wahn. Pelajari 4 hal iaitu,
1. Akidah yang benar (kenal Allah dan sifatnya)
2. Fekah dan praktisnya, (cara berwuduk dan solat yang betul, mengetahui halal dan haram)
3. Akhlak, ( mengenai urusan Allah, rasullullah, ibubapa, isteri&suami, saudara dan tertangga)
4. Membaca Al quran dengan benar.

Ilmu ini tidak memerlukan masa yang panjang jika kita betul-betul pelajarinya asalkan cari tempat yang betul atau peruntukan masa sibukmu seminggu sekali untuk mencari ilmu ini.

Jangan takut meneruskan dengan perkara  yang diyakini. Dahulukan mana yang penting. Serahkan segalanya kepada Allah. Pertolongan dan perlindungannya bersama-sama orang yang beriman.

Jika saya salah tolong ingatkan. Kita harus kuat dan saling membantu.! 😊 

Wednesday, March 11, 2020

Motivasi

Apabila kamu melupakan Allah di dalam urusanmu. Dia akan meletakan dirimu didalam situasi kamu memerlukan pertolongannya, dan ianya adalah untuk kebaikan dirimu sendiri.

“Everyone teaches you something. You listen to everyone, and bit by bit, you figure things out.” – Bill Belichick

What are we going to have for tomorrow. Ya Allah, Semoga engkau tunjukan jalan  dan jangan biarkan kami menyerah untuk menujuMu.

Kata yang tak mampu saya ucapkan..... 🤗

Kelemahan hamba

Kadang-kadang saya lupa semuanya datang dari Allah. Semua saham dari Allah seperti tenaga, rezeki, keinginan dan kekuatan semuanya adalah percikan dari rahmat Allah. Allah sedang menguji dengan apa yang engkau takutkan dan dengan apa yang engkau sayang supaya kita rapat dan sentiasa meminta pertolongan dengannya. 

Humans always cross the line. Tq Allah kerana ingatkan saya semula.

Monday, March 9, 2020

Red Monday


Sleepy head
Come to school at half-past eight.
Teacher said,
“Why you late?”
I said, 
I comb my Botak-head.”

Pantun inggeris my ayah tak pernah mengecewakan. 

So hari ini kita tukar warna typical isnin dari biru kepada merah..like... Loving him was red.. Re-e-ed, re-e-ed..Re-e-ed, re-e-ed..

Mama lion pun tukar baju merah, so bermakna, saya pun terpaksalah iron baju merah gak untuk hari ini.. 🤭

Semangat, semangat, semangat😡

Thursday, March 5, 2020

Alasan

Teringat waktu dulu bila anak murid saya sound setepek cikgu ummu. 

Anak murid: Cikgu!, hari sabtu malam ne ada sambutan maulid, cikgu datang ye. 
Cikgu ummu: alaa maafla.. Cikgu rasanya tak boleh datang. Kalau ada lampu jalan insyallah cikgu sampai. 
Anak murid: Cikgu! 'alasan' tu pakaian manusia cikgu. 
Cikgu ummu dan cikgu mass: sentap 😅 😅 
Cikgu mass: maafla ye, kami memang tak boleh datang sebab kami ini perempuan, tak boleh keluar malam sangat.. Bahaya. Hahaha.. Dan semestinya alasan lagi.. 

Ialah alasan tu memang pakaian manusia. Bagaimana nak lari kan?.. Haha

Senyap pun salah
Bercakap pun salah... Haha.

Rindu sangat dengan budak-budak tu. Tahap menyakat memang no 1. Walaupun letih, saya gigihkan juga berjumpa dengan mereka. Tahfiz mereka agak jauh dipendalaman dengan jalan yang berlubang-lubang, jalannya mencabar, tapi bila jumpa mereka hilang segala beban kerja dan tekanan. 

Masa pertama kali mengajar mereka. Salah satu dari mereka menjanjikan sesuatu dengan saya. 

"Cikgu jangan serik datang tempat kami tau, Insyallah kami akan beri cikgu kegembiraan" . Haha.. Amboi.. ayat diorg. 

 Saya nak beritahu salah satu rahsia semasa mengajar mereka. Haha. 
Suatu hari, atas permintaan mereka sesama penghujung kelas, saya pernah mengajar mereka makna lirik lagu locked away by rock city ft. Adam levine. Haha. Saya tulis di atas papan putih, Mereka salin dalam buku latihan Bahasa Inggeris. Nasib baik ustaz tak tahu lagu apa tu.. Haha. Kalau tak saya dah kene nyah dari mengajar diorg. Tapi lagu tu, permintaan dari mereka sendiri. Kiranya saya tak salah la kan.🤭

Akhir sekali, saya harap mereka berjaya mencapai cita-cita mereka. Insyallah, Allah sentiasa menjaga mereka. 

Tuesday, March 3, 2020

Warga emas

Dear today 

New task! merekabentuk kompleks penjagaan dan pendidikan kepada warga emas.

Menyelami pengalaman penghuni dan menafsirkan dalam bentuk rekabentuk. Rekabentuk rumah penjagaan warga emas tidak jauh beza seperti rekabentuk rumah jagaan kanak-kanak. Tetapi mereka sangat mementingkan keselesaan dan ketenangan. Paling utama adalah memberikan pelbagai kemudahan, membina program, dan keselamatan

It must be fun to communicate with them.Im so excited!😋.

Di bawah ini adalah mungkin gambaran awal idea untuk rekabentuk tersebut. Hanya gambaran awal.. Selalunya gambaran awal memang semuanya indah di mata..but dont give up to give excellent job😊




Thursday, February 27, 2020

al araaf ayat 189


It is He who created you from one soul and created from it its mate that he might dwell in security with her. And when he covers her, she carries a light burden and continues therein. And when it becomes heavy, they both invoke Allah, their Lord, "If You should give us a good [child], we will surely be among the grateful."


Monday, February 3, 2020

Free

Alhamdulillah.. Im so free ❤️ 


Sunday, February 2, 2020

Meninggalkan penindasan disebabkan Riba

Semalam telah berlangsung peperiksaan modul kedua pengajian Al-Quran. 

Hari ini, aku rasa ingin sekali menulis tentang salah satu topik yang keluar dalam ujian subjek tafsir ayat Ahkam ke dua. Sebenarnya aku mengambil masa yang agak lama membaca subjek ini daripada subjek lain, kerana penjelasanya sangat panjang dan perlukan penghafalan. 

Ayat Al-Quran untuk entri kali ini adalah ayat yang telah dinilai oleh ulama sebagai ayat Al-Quran yang terakhir turun. 

Antaranya ayat berkaitan dengan riba, iaitu dalam surah Al-Baqarah, ayat 275-282.

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Sebelum ayat ini diturunkan ada banyak lagi ayat lain bertaitan dengan riba. Dan apabila ayat ini diturunkan, kesemua umat islam sepakat bahawa riba adalah haram.

Apa itu riba? Apakah bunga bank itu riba?

Apa yang terjadi pada zaman Pra Nuzul Al-Quran adalah jelas, mengemukakan praktik-praktik yang disebutkan sebagai riba.

 Ia diceritakan dalam riwayat terdahulu. Kepesatan perdagangan sewaktu zaman tersebut menyebabkan ramai penduduk jazirah arab menjadi peniaga. Namun kekurangan modal mendesak mereka untuk berhutang. Maka mereka yang beharta terutama golongan yahudi memberi pinjaman dan mengenakan faedah ke atas pinjaman tersebut.

Antara orang yang mengambil riba pada masa itu adalah bapa saudara nabi iaitu Saidina Abbas dan sahabatnya Saidina Uthman Affan. Riwayat mengatakan Saidina Abbas bin Abd Al Mutalib dan uthman pernah berkongsi memberi hutang berbentuk tanah kepada seseorang dengan mengambil riba daripada hutang tersebut.

Riba pengertianya ziyadah iaitu pertambahan. Sebahagian ulama pula merumuskan setiap transaksi hutang dan pemuitang yang mengahasilkan manfaat kepada pemberi hutang itulah riba. Ada dua pihak, satu sangat kaya dan satu lagi membutuhkan. Ada dua pihak, satu memperolehi keuntungan dan satu lagi memperolehi kerugian.

Bagaimanakan seandainaya aku memberi hutang 100 ringgit kepada sipulan dan sipulan membayar kembali hutang tersebut beserta hadiah. Adakah hadiah ini dinilai sebagai riba?

Saidina umar berkata, ayat Al Quran berkenaan pengharaman riba ini adalah ayat terakhir diturunkan kepada rasullullah sebelum nabi wafat, jadi tidak ada penjelasan terperinci mengenai hal ini. Maka kata saidina umar, dari yang ragu tinggalkan keraguan. Maka orang-orang yang beriman perlu meninggalkan segala yang berkaitanya.

Riba seperti memperlihatkan seseorang itu kelihatan mendapat rezeki kepada mereka padahal rezeki yang diterimanya bersama-sama dengan bencana. Begitu juga orang yang memberi riba.

Allah tidak menyukai seseorang yang tidak bersyukur dengan rahmat umum atau khusus yang diberikan kepada hambanya.  Nikmat umum seperti udara yang kita sedut, air yang kita minum dan sebagainya. Nikmat khusus kepada seseorang seperti ketenagan jiwa dan keceriaan.
Ciptakan ketenangan kepada orang lain maka Allah akan ciptakan ketenagan itu kepada kita.

Seperti dalam petikan ayat Al-Quran ini

"Orang-orang yang mengambil riba tidak boleh berdiri betul melaikan berdiri seperti orang yang dirasuk syaitan"

Mungkin gambaran yang Allah maksudkan ini mempunyai 2 maksud berbeza. Iaitu satu darinya adalah keadaan orang yang mengambil riba ini semasa di hari pembalasan nanti tidak dapat berdiri betul. Dan mungkin juga sewaktu hidupanya diberikan kesukaran dan tidak tenteram jiwanya.

Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.

Aku pernah terjebak dan menjadi mangsa riba ini. Aku mengunakan kad Kredit sehingga suatu masa aku menjadi suka menggunakannya. Aku tidak berfikir panjang sewaktu menggunakannya. Sewaktu hari, aku telah menghadapi kesusahan terhadap kewanganku. Kehidupanku tidak tenang. Lalu aku mengambil tindakan menyekat kesemua kad kredit yang aku gunakan dan membuat keputusan tidak menggunakannya lagi.

Itu satu tindakan yang sangat drastik untuk aku waktu itu. Disebabkan aku terlalu bergantung denganya, agak susah kehidupan aku waktu itu. Lama kelamaan, aku telah berjaya keluar dari belenggu penindasan disebabkan riba. I made alot of change after that. Alhamdulillah.
Kini aku percaya hanya pada tunai.

Allah akan memberikan hasil yang sempurna daripada apa yang kita usahakan. Tinggalkan apa yang meragukan dan jangan masukkan diri kita kepada penindasan yang merosakan masa depan.

Sesungguhnya ayat-ayat Al - Quran al karim merawat jiwa manusia dengan petunjuk daripada langit. Ia menghadapi manusia dengan pelbagai cara dan kaedah yang boleh meninggikan jiwa mereka ke mercu kegemilangan. Secara tidak langsung, Kita akan beransur-ansur membetulkan kehidupan dengan mencari keredhaan Allah. Bukalah hati menerima kekurangan diri dan sentiasa membetulkannya kearah keredhaan Allah. 

Friday, January 24, 2020

Sweets for abang

Hb abang apit
Sweet things can't make him an impression. He is strong man. Never get touched, emm.. i guess 🤔

Semalam adalah hari lahir abang Apit iaitu abang yang keduaku. Jadi, pagi tadi aku buatkan dia banoffee pie khas untuk dia. Semoga dia bahagia sentiasa disamping pilihan hati, kak nad. ❤️


Sunday, January 12, 2020

My Mini Baby

Memperkenalkan, Siri kedua pembinaan taman permainan berunsurkan pembelajaran. Walaupun bukan 100% siap,. Kini aku perkenalkan siri permainan "waterplay" dan "be brave tunnel" yang di reka untuk keperluan pengguna bangunan genius ini. 

 Small pocket playing garden


My mini be-brave tunnel 
Mini be brave tunnel & slide c/w steep slope
Idea asal mini terowong umumnya adalah salah satu alat terapi yang memberi keseronokkan kepada kanak-kanak. Bagi kanak-kanak seusia 1.5-3 tahun rekabentuk ini bertujuan untuk membentuk keberanian dan perkembangannya minda dengan imaginasi mereka. Terowong ini mempunyai sedikit cahaya untuk peningkatan keberanian kanak-kanak dalam masa yang sama mudah diselenggara oleh pendidik. 

Pembinaan ini bukanlah yang terbaik tetapi ia mengikut keperluan dan kos yang diperuntukan. Jika aku berpeluang suatu hari nanti aku bayangkan ia seperti Sydney Olympics Park.. 🤲

Expectation!
Sydney Olympic Park
Kebiasaannya rekabentuk seperti ini memerluakan ketelitian dan butiran terperinci yang biasanya di hasilkan oleh Spacialist bahagian ini. 

Waterplay Garden 

waterplay yang masih dalam pembinaan. 

 Air mempunyai tarikan magnetik kepada kebanyakan kanak-kanak. Air dan kanak-kanak tidak boleh dipisahkan

Bermain air adalah aktiviti untuk:

+ bermain deria
+ pembangunan motor halus
+ bermain khayalan
+ kemahiran sosial
 + koordinasi mata-tangan
+ konsep matematik (anggaran pembelajaran, kosong vs penuh, dan lain-lain)
+ konsep sains (tenggelam berbanding apungan, keapungan, dan lain-lain)

Impian aku adalah Waterplay seperti Darling Harbour Playground di Sydney. Ia memerlukan kawasan dan budget yang lebih besar dan juga butiran dan kajian terperinci. Boleh rujuk gambar di bawah ini.

Ini pula link untuk laman sesawang DARLING HARBOUR PLAYGROUND AT DARLING QUARTER. Sebagai rujukan 

Insyallah, kalau ada video pelancaran bangunan Genius ini, akan aku letak dalam blog ini untuk kenangan. Hehe 😁

Untuk rujukan nanti, aku letakan link di bawah
the best playgrounds in sydney

Wednesday, January 8, 2020

Semangat cinta seperti obor-obor

Melihat pada hidup obor-obor adalah semangat. Mereka percaya hati untuk membimbing mereka pada jalan hidup mereka. 

Begitu juga dengan cinta seperti obor-obor. Hati akan membimbing kita pada jalan hidup kita. Cinta itu adalah kekuatan kita, jadi kita tidak perlu merasa lemah. Kita perlu cuba menunjukkan kecintaan kepada orang disekeliling kita. 

Your heart will be the best guide in life and you should follow it

Berilah cinta kepada ibu dan ayah, adik beradik, saudara mara, dan kawan handai atau siapa sahaja yang penting dalam hidup kita selagi berpeluang. Mereka adalah semangat kepada kita dan bersabarlah dengan mereka. 

Gambar 2015 : Closeup obor-obor
Bebas hidup mereka seperti chendolss... 

Gambar 2015 : gambar penuh

Sepenuh jiwa


Hai sahabat, engkau satu2 yang masih tinggal dalam lingkungan aku sekarang. Kita berkawan sejak PASUM sehingga kini. 
Mungkin tiada trip kita bersama lagi selepas kau menjadi isteri.. Hari ini aku melihat kesemua gambar kita dan aku harap kita dapat kekal bersahabat sehingga kesyurga.

Sahabatku, engkau tahu bertapa bersyukurnya aku yang engkau adalah sahabat kembara yang selalu membuatku melihat kebesaran Allah. Kita punya perasaan yang sama. Saling memperbaki kesilapan dan menerima teguran. Aku rasa sentiasa penuh dan cukup semasa kembara bersamamu.


Walaupun terlambat bagiku memohon untuk jodohku, tapi hidayah berdoa itu hadir dariMu jua.

 Ya Allah takdirkan aku seseorang yang boleh memenuhi jiwaku dengan kebesaranMu dan menjadi teman ibadat kepadaMu sehingga ke Syurga.