Sunday, October 20, 2019

Kenangan

Dia insan yang telah mendidik aku, dialah idola aku sepanjang zaman.

Tempat nenek solat di saf tepi pintu luncur.

Pokok orkid kegemaran nenek. Lepas nenek sakit dah tak ada orang nk uruskan

Kucing nenek. Nenek cakap dia tak suka kucing tapi ada 10 ekor Kucing kat rumah nenek 

Buku kegemaran nenek, buku amalan nenek, cermin mata nenek, buah kurma dan lonceng untuk panggil orang kat luar kalau dia perlukan apa2. 

Buku catatan solat nenek. Nenek catit supaya dia tak lupa untuk lengkapkan solat 5 waktu seharian. Dalam buku catatan ini ada tertulis siapa yang ziarah nenek setiap hari. 

Catitan selawat nenek

Dapur nenek. Aku berada di tempat duduk atok masa ini. Atok yang reka rumah ini supaya dari tempat menonton TV dia boleh nampak nenek memasak. Atok mesti terlalu sedih dengan peninggalan nenek. Nenek pernah cakap dengan nadiah cucunya, kalau boleh nenek nak meninggal bersama-sama atok sebab nenek tak nak hidup sendiri tanpa atok. Tapi nenek yang meninggalkan atok dulu. Dibelakang aku, aku lihat tubuh atok terbaring, mata atok berkaca. Tentu dia sangat sedih mengetahui nenek sudah tiada. 

Dahulu aku bercita - cita nak jadi macam nenek. Jadi pendidik, mengajar kanak-kanak mengaji dan hidup berbakti kepada orang lain sehingga akhir hayat aku. Insyallah 

Saturday, October 19, 2019

Hilangkan duka ini

Ya Allah,

Kau telah berikan airmata kerinduan,
Kau telah tambahkan kedukaan dan kekesalan.
HambaMu ini menadah tangan dan mendoakan kebaikan ke atas dirinya dan keluarganya.

Di suatu sisi lain seorang ibu. Tidak dibiarkan anak perempuannya tidur sendiri. Risau mimpi - minpi duka biasa mematuk hati anaknya. Dibangunkan dari tidur, dengan bisikan Al Quran. Si ibu mengiginkan anaknya ceria, diceritakan kisah-kisah indah. Dimasakan makanan yang sedap. Diingatkan tentang pengajaran yang baik untuk bekalan anaknya. 

Tiada yang anaknya mahukan, hanyalah sokongan dari sekelilingnya. Si anak ini sedang berduka.
Ya Allah!
kau berikanlah hikmah disebalik pemergian nenek. Si anak ini rindu kepadanya disetiap bacaan ayat suciMu. Berilah ketenagan dalam ayat sucimu

Amin. 

Friday, October 18, 2019

Insan mulia

 Inna lillahu wa inna ilayhi raji'un. Seorang insan yang aku sayangi iaitu guru pertamaku telah pergi menemui ilahi selepas subuh hari ini (hari jumaat). Beberapa hari ini almarhumah selalu bertanya tentangku dengan beberapa jiran tetangga yang menemuinya, bertanyakan keadaanku, pekerjaanku, dan lain lagi. Rencana Allah tetap tidak merencanakan untuk aku berjumpa dengan guruku itu sehinggalah pemergiannya.

Ya Allah, Aku sangat rindu dengannya.

Dialah insan pertama mengajar dan mengenalkan Al-Quran dari umurku 4 tahun hinggalah sekolah menengah. Dialah insan yang mendidik aku bertudung seawal 5 tahun dan konsistan sehingga sekarang. Insan yang mendidikku tentang kepercayaan aqidah dan ilmu feqah. Banyak baktinya kepada diriku dan ibuku. Insan yang penyabar dan sentiasa memberi manfaat dengan segala kudrat tanpa meminta bayaran. Aku senaraikan segala baktinya agar malaikat tahu dan mendoakan untuk insan ini.

Tiga bulan yang lalu aku sempat menziarahi insan ini. Waktu itu kami Saling mengigati dan menceritakan kenangan lalu sewaktu menjadi anak didiknya. Lewat aku untuk pulang, kami berpelukan, lalu mengalir airmatanya kepipiku. Perasaan kami sayu, lantas dia meleraikan suasana tersebut menjadi ceria, dia kata inilah budak yang gigih dulu, gigih sangat nak belajar mengaji. Aku pun senyum mendengar pujiannya. Lantas aku memegang tanganya dan aku ucapkan. Nenek rindulah!

Selepas hari itu, aku tidak lagi berkesempatan berjumpa dengan nenek. Tapi aku yakin perhatiannya terhadap aku tak pernah hilang sehingga pemegiannya. Semua orang datang kepadaku dan menceritakan yang nenek selalu tanyakan tentangku. Aku sangat teharu.

Aku yakin nenek mesti nak aku sentiasa membaca Al-Quran untuk meneruskan pahalanya. Aku percaya perasaan rindu yang aku rasakan malam kemarin adalah perasaan yang Allah kurniakan kepadaku untuk insan mulia ini. Aku baca Al-Quranku sehingga tertidur dengan perasaan sayu.

 Aku masih dalam keadaan emosi yang tidak stabil sekarang, aku tidak boleh menahan air mata ini mengalir bila teringatkan pemergiannya.

 Ya Allah kurniakan hikmah kepadaku disebalik kejadian ini, kau berilah ketenangan kepada kami. Mudahkan perjalanan insan ini menemuiMu. Dialah insan yang mulia dan paling aku sayang dan Kau tempatkan insan ini dikalangan orang yang teratas untuk berjumpa denganMu dan Rasullullah

Inna lillahu wa inna ilayhi raji'un.

Thursday, October 17, 2019

Good thing

Dalam perjalanan dari Kampung Genting hingga ke kampung Paya, kami terserempak dengan seekor ibu Kucing dan 2 ekor anaknya. Mereka sesat di dalam hutan seperti tiada tujuan. Lagi 2km ke Kampung Paya, anak beranak ini mengikuti kami seperti mengiginkan harapan untuk keluar dari hutan itu. 

Kanan dan kiri terdapat batu batuan granite dengan ditumbuhi pokok besar dicelahan antara batu. Pandangan di sebelah kanan adalah lautan biru yang memukau serta berlatarbelakang bunyi deruan ombak. Sungguh tenang. 

Kami berjalan sehingga ke jeti Kampung Paya. Setelah itu barulah Anak beranak Kucing tersebut merehatkan dirinya untuk sebuah perjalanan yg agak panjang bagi mereka. Aku harap mereka boleh menjalankan kehidupannya dengan lebih bagus selepas ini. 

 perjalanan kami apabila melakukan beberapa kajian setelah melewati kawasan Kampung Genting

Kami terserempak dengan anak beranak ini lalu, mereka mengikuti perjalanan kami 


Unblasting granite 

Pokok yang hidup dicelah batu



Jaga diri kamu baik-baik 
 Selamat tinggal tioman, smpai ketemu lagi. Insyallah kami akan berangkat ke Mersing esok. Selamat malam! 

Sunday, October 13, 2019

Permata

Maksu : Meh maksu bukakan telekung ika.. 
Ika :Kejap ye mak su ika nk doa dulu.. Ya Allah Ika nak doa supaya papa dapat kerja baru, boleh papa dapat cuti rehat.. kesian papa. 
Maksu :hihi 🀭 doakan maksu juga boleh 
Ika :??? Mak su?? 
Maksu : πŸ˜…

Ika baru berumur 3 tahun dia dah matang untuk memahami masalah orang dewasa. Aku kagum dengan kak ipar yang pandai mendidik mereka. 



Saturday, October 12, 2019

temuduga


Alhamdulillah, selesai temuduga kerja petang tadi. Ini temuduga ke-3 semanjak 6 tahun aku kerja dengan kliacs. Jika benar rezeki aku untuk ubah kerja, harap ianya baik-baik dan peluang kerjaya aku dapat diperluaskan. Insyallah.. Amin

Pemandangan aku sangat janggal bila menaiki MRT. Hatiku gembira melihat bermacam-macam orang. Tapi dalam masa yang sama aku cuba kawal muka senyum aku ne supaya tak dianggap pelik. Namun, ada sahaja individu yang berbalas senyuman dengan aku.. Bermakna aku sentiasa senyum waktu ituπŸ˜… Haha.. Biarlakan, memang diri aku macam tu...haha

Aku sempat beli buah oren untuk ibu, nanti boleh makan bersama-sama ibu bila balik nanti. Jumaat malam sabtu pasti banyak siaran tv berkenaan pegawai polis. Cerita kegemaran ibu adalah gerak khas. Aku pasti ibu akan duduk sambil makan oren ini.

Dalam perjalanan balik, aku berfikir-fikir cara untuk meneruskan juga perjalanan kerjaya untuk menjadi professional arkitek.
Banyak benda berlaku pada aku minggu ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Rezeki Allah yang tak disangka-sangka. Manakala, rezeki yang bukan lagi rezeki aku, aku lepaskan dengan redha dan bersyukur. Aku mengambil banyak hikmah atas segala yang terjadi. Alhamdulillah, Allah nak beri kebaikan kepada aku.

Aku juga berharap seseorang yang aku rindu dalam keadaan yang terbaik, sentiasa berbahagia dengan keluarganya walaupun dia di dalam keadaan sukar.

Thursday, October 10, 2019

Sunday, October 6, 2019

Little heart ❤️ for you


Heart stone for you 

Heart lavender for you 

Aku dan hariku

Hari yang sangat letih, aku dayakan juga demi kelas hari ini. Hampir beberapa kali terlelap semasa memandu balik kelas tadi. Rasanya penat aku yang semalam belum habis lagi. Kerja duduk berfikir lagi penat dari kerja guna tenaga. Aku kagum dengan orang yang sentiasa mempunyai tenaga untuk setiap harinya.

Pelajaran hari ini - Hukuman bagi pembunuh dalam al-Quran 

Sejak 2 bulan ini aku hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang yang aku kenal, kalau orang yang tak kenal tak mungkin tanya "eh! kenapa muka dah ada jerawat sekarang". Soalan ini membuatkan keyakinan aku semakin kurang. Rawatan kesihatan yang aku ambil memberikan perubahan hormon dan muka aku berjerawat. Jerawat selalunya mengambil masa yang lama  untuk sembuh. Setelah balik dari Nepal, jerawat aku semakin aktif dan membuatkan aku kehilangan keyakinan diri bila berhadapan dengan orang lain. 

Selama 2 minggu ini aku berpantang makan dan jarang keluar. Jadi aku kerap membawa bekal dari rumah. Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja aku akan masak sup ikan/ikan bakar, daging dan sayur sayuran untuk makanan tengah hari. Aku kurangkan pengambilan gula dan mengelak pengambilan kekacang, atau asas kacang(seperti kicap), tiada lagi makanan yang mengandungi hormon seperti ayam,  makanan tinggi kolestrol seperti telur, makanan berminyak, juga makanan tenusu seperti susu, keju dan lain - lain.  Disebabkan itu kandungan pengambilan tenaga aku adalah di tahap yang sangat rendah. Alhamdulillah, hasilnya jerawat aku makin kering dan tiada lagi jerawat bernanah melalui pemerhatian pada hari ini. Tetapi kesan diet aku pula, aku menjadi cepat mengantuk dan kurang bertenaga. Energy booster selalunya aku dapatkan dari buah-buahan, seperti tembikai dan apple. 

Aku selalu mencuci muka dan memastikan muka dalam keadaan bersih. Setiapkali solat, tempat sujud aku harus berlapik dengan tuala bersih. Suatu hari, ibu tegur, "mas tadi ustazah ibu cakap tak boleh letak lapik kat tempat sujud! sebab kene tempat sujud satu sejadah dari kaki dengan tempat sujud". Lepastu aku tanya hukum, adakah selama ini solat kita batal bu. Ibu: "tahla mas selama ne ibu risau juga ibu pun pernah buat, pastu kalau kongsi sejadah kaki kita tak sama dengan tempat sujud tu". Beberapa hari lepas itu, ibu yakinkan lagi dengan ustazah yang lain berkaitan hukum tersebut. Ternyata sesetengah pendakwah hanya taksub kepada suatu pemahaman/mazhab, tapi kita bertanggungjawab mencari hurainan mengikut beberapa tafsiran daripada beberapa imam terkemuka untuk memberikan huraian Al-Quran dan hadis supaya kefahaman kita mengikut sekepakatan bersama. Baca Tanyalah ustaz untuk perkongsian ilmu mengenainya.

Aku harap masalah aku dapat di atasi segera dan dapat menjalankan kehidupan dengan lebih lancar. Insyallah. 

Saturday, October 5, 2019

Kenangan tercipta bersama

Malam semalam, kami sekali lagi berjaya meluangkan masa berjumpa setelah sekian lama berpisah. Masing2 dah buat haluan masing2. Aku masih betahan dekat syarikat yang sama. Depan aku hasfar dah jadi projek arkitek dekat mrcb dan insyallah bulan 9 nov akan berlangsungnya majlis pernikahannya di kuantan.
Sebelah aku ain zalika dia pula dah jadi akaunten disebuah syarikat lain di bangi. Sebelah ain pula melur(tudung pink) still bertahan macam aku. Depan melur syaz jadi suri rumah dan part time kerja as interior designer. Aku, hasfar dan syaz adalah pasukan kerja yang sama. Kami ada kelebihan masing2 dan saling melengkapi. 

Malam semalam

Selepas peristiwa bulan 2 lalu, kami semua terpaksa berpisah disebabkan syarikat ingin mengurangkan pembelanjaan untuk menanggung tenaga pekerja. Aku hilang semangat masa tu, betul2 kehilangan pasukan kerja yang sangat bagus. 

Hari-hari bersama

Hari Steamboat dekat rumah syaz sebelum kami berpisah

Hari terakhir syaz, hasfar, nurul dan ain. Muka aku betul2 sunburn lepas balik tapak bina

Sambutan Raya Aidilfitri di kenduri kak zalia

Aku sayang persahabatan yang tercipta, mereka menjadi terapi diri aku untuk menjadi lebih bahagia dan positif. Hari ne, aku terkenang waktu aku sentiasa bersemangat nak cuba buat dessert baru untuk mereka. Tetapi kali ini tinggal aku dengan melur je no dessert dah. Hahaha

Waktu dulu, waktu rehat / makan adalah waktu yang kami nantikan. Masa itu lah kami boleh berkumpul dan masing2 saling menunjukan skill masak mereka. Setiap hari bawa bekal bertemakan kesihatan sambil bergosip dan membincangkan isu semasa. Haha. They make my day. I love them❤️

Thursday, October 3, 2019

Tuesday, October 1, 2019

Oh dear, everything's ok

Used what's giving to you, my dear.