Saturday, October 12, 2019

temuduga


Alhamdulillah, selesai temuduga kerja petang tadi. Ini temuduga ke-3 semanjak 6 tahun aku kerja dengan kliacs. Jika benar rezeki aku untuk ubah kerja, harap ianya baik-baik dan peluang kerjaya aku dapat diperluaskan. Insyallah.. Amin

Pemandangan aku sangat janggal bila menaiki MRT. Hatiku gembira melihat bermacam-macam orang. Tapi dalam masa yang sama aku cuba kawal muka senyum aku ne supaya tak dianggap pelik. Namun, ada sahaja individu yang berbalas senyuman dengan aku.. Bermakna aku sentiasa senyum waktu itu😅 Haha.. Biarlakan, memang diri aku macam tu...haha

Aku sempat beli buah oren untuk ibu, nanti boleh makan bersama-sama ibu bila balik nanti. Jumaat malam sabtu pasti banyak siaran tv berkenaan pegawai polis. Cerita kegemaran ibu adalah gerak khas. Aku pasti ibu akan duduk sambil makan oren ini.

Dalam perjalanan balik, aku berfikir-fikir cara untuk meneruskan juga perjalanan kerjaya untuk menjadi professional arkitek.
Banyak benda berlaku pada aku minggu ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Rezeki Allah yang tak disangka-sangka. Manakala, rezeki yang bukan lagi rezeki aku, aku lepaskan dengan redha dan bersyukur. Aku mengambil banyak hikmah atas segala yang terjadi. Alhamdulillah, Allah nak beri kebaikan kepada aku.

Aku juga berharap seseorang yang aku rindu dalam keadaan yang terbaik, sentiasa berbahagia dengan keluarganya walaupun dia di dalam keadaan sukar.

No comments:

Post a Comment