Friday, October 18, 2019

Insan mulia

 Inna lillahu wa inna ilayhi raji'un. Seorang insan yang aku sayangi iaitu guru pertamaku telah pergi menemui ilahi selepas subuh hari ini (hari jumaat). Beberapa hari ini almarhumah selalu bertanya tentangku dengan beberapa jiran tetangga yang menemuinya, bertanyakan keadaanku, pekerjaanku, dan lain lagi. Rencana Allah tetap tidak merencanakan untuk aku berjumpa dengan guruku itu sehinggalah pemergiannya.

Ya Allah, Aku sangat rindu dengannya.

Dialah insan pertama mengajar dan mengenalkan Al-Quran dari umurku 4 tahun hinggalah sekolah menengah. Dialah insan yang mendidik aku bertudung seawal 5 tahun dan konsistan sehingga sekarang. Insan yang mendidikku tentang kepercayaan aqidah dan ilmu feqah. Banyak baktinya kepada diriku dan ibuku. Insan yang penyabar dan sentiasa memberi manfaat dengan segala kudrat tanpa meminta bayaran. Aku senaraikan segala baktinya agar malaikat tahu dan mendoakan untuk insan ini.

Tiga bulan yang lalu aku sempat menziarahi insan ini. Waktu itu kami Saling mengigati dan menceritakan kenangan lalu sewaktu menjadi anak didiknya. Lewat aku untuk pulang, kami berpelukan, lalu mengalir airmatanya kepipiku. Perasaan kami sayu, lantas dia meleraikan suasana tersebut menjadi ceria, dia kata inilah budak yang gigih dulu, gigih sangat nak belajar mengaji. Aku pun senyum mendengar pujiannya. Lantas aku memegang tanganya dan aku ucapkan. Nenek rindulah!

Selepas hari itu, aku tidak lagi berkesempatan berjumpa dengan nenek. Tapi aku yakin perhatiannya terhadap aku tak pernah hilang sehingga pemegiannya. Semua orang datang kepadaku dan menceritakan yang nenek selalu tanyakan tentangku. Aku sangat teharu.

Aku yakin nenek mesti nak aku sentiasa membaca Al-Quran untuk meneruskan pahalanya. Aku percaya perasaan rindu yang aku rasakan malam kemarin adalah perasaan yang Allah kurniakan kepadaku untuk insan mulia ini. Aku baca Al-Quranku sehingga tertidur dengan perasaan sayu.

 Aku masih dalam keadaan emosi yang tidak stabil sekarang, aku tidak boleh menahan air mata ini mengalir bila teringatkan pemergiannya.

 Ya Allah kurniakan hikmah kepadaku disebalik kejadian ini, kau berilah ketenangan kepada kami. Mudahkan perjalanan insan ini menemuiMu. Dialah insan yang mulia dan paling aku sayang dan Kau tempatkan insan ini dikalangan orang yang teratas untuk berjumpa denganMu dan Rasullullah

Inna lillahu wa inna ilayhi raji'un.

No comments:

Post a Comment