![]() |
Sunday, November 17, 2019
Thursday, November 14, 2019
Red cranberry
Warna merah terang dan unik seperti cranberry adalah seperti sahabatku has, seorang yang tabah dan cekal. Dalam menyelusuri masa kami bersama-sama, kami telah berkongsi banyak cerita suka duka. Disebabkan itu aku buatkan Swiss roll cranberry cake khas untuk sahabatku ini.
Cranberry adalah sejenis berry yang unik dan susah nak dijumpai di mana2 kedai di malaysia kecuali cranberry dalam bentuk kering ataupun cranberry yang dicampur dalam chocolate.
Untuk kek has ini aku gunakan dry cranberry yang dibelikan di kedai bakery. Untuk Berry fresh aku campur dengan beberapa fresh Berry yang ada di pasaran Malaysia, seperti strawberry dan blueberry.
Kek adalah kek gulung yang di gulung sehingga 9 inchi diameter. Di intikan dengan jem cranberry with lemon dan heavy cream.
Nah video untuk menambah pengetahun am. Tentang cranberry.
Tuesday, November 12, 2019
ALSTROEMERIA
Selamat hari lahir kepada diriku. Aku hadiahkan bunga ini sempena kesetiaan dan persahabatan yang kita jalinkan bersama selama 29 tahun. Kita dah bentuk peribadi, emosi kita sendiri. Sentiasa tenang dan bersama-sama mencari buah fikiran untuk menyelesaikan masalah peribadi.
![]() |
| Alstroemeria merupakan simbol kekayaan dan kemakmuran. Khas untuk mas |
![]() |
| Ini juga hadiah yang aku belikan untuk diri sendiri hasil pau duit ibu.. Hahahaha |
Alhamdulillah, segala urusan hari ini dipermudhkan Allah. Selesai dengan agensi pengurusan kewangan di KL, aku singgah ke pasar seni untuk menjenguk kedai yang memberi kenangan buatku.
Hari ini bermula coretan baru untuk usiaku kali ini. Lembaran lama kita tutup dan aku telah maafkan diri aku dan aku doakan kebaikan dan kesejahteraan mereka juga untuk diri aku. Semua orang telah berubah menjadi lebih baik begitu juga aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)




