Tuesday, November 12, 2019

ALSTROEMERIA

Selamat hari lahir kepada diriku. Aku hadiahkan bunga ini sempena kesetiaan dan persahabatan yang kita jalinkan bersama selama 29 tahun. Kita dah bentuk peribadi, emosi kita sendiri. Sentiasa tenang dan bersama-sama mencari buah fikiran untuk menyelesaikan masalah peribadi. 

Alstroemeria merupakan simbol kekayaan dan kemakmuran.
Khas untuk mas

Ini juga hadiah yang aku belikan untuk diri sendiri hasil pau duit ibu.. Hahahaha

Alhamdulillah, segala urusan hari ini dipermudhkan Allah. Selesai dengan agensi pengurusan kewangan di KL, aku singgah ke pasar seni untuk menjenguk kedai yang memberi kenangan buatku.

Hari ini bermula coretan baru untuk usiaku kali ini. Lembaran lama kita tutup dan aku telah maafkan diri aku dan aku doakan kebaikan dan kesejahteraan mereka juga untuk diri aku. Semua orang telah berubah menjadi lebih baik begitu juga aku. 

No comments:

Post a Comment