Dalam perjalanan dari Kampung Genting hingga ke kampung Paya, kami terserempak dengan seekor ibu Kucing dan 2 ekor anaknya. Mereka sesat di dalam hutan seperti tiada tujuan. Lagi 2km ke Kampung Paya, anak beranak ini mengikuti kami seperti mengiginkan harapan untuk keluar dari hutan itu.
Kanan dan kiri terdapat batu batuan granite dengan ditumbuhi pokok besar dicelahan antara batu. Pandangan di sebelah kanan adalah lautan biru yang memukau serta berlatarbelakang bunyi deruan ombak. Sungguh tenang.
Kami berjalan sehingga ke jeti Kampung Paya. Setelah itu barulah Anak beranak Kucing tersebut merehatkan dirinya untuk sebuah perjalanan yg agak panjang bagi mereka. Aku harap mereka boleh menjalankan kehidupannya dengan lebih bagus selepas ini.
 |
| perjalanan kami apabila melakukan beberapa kajian setelah melewati kawasan Kampung Genting |
 |
| Kami terserempak dengan anak beranak ini lalu, mereka mengikuti perjalanan kami |
 |
| Unblasting granite |
 |
| Pokok yang hidup dicelah batu |
 |
| Jaga diri kamu baik-baik |
Selamat tinggal tioman, smpai ketemu lagi. Insyallah kami akan berangkat ke Mersing esok. Selamat malam!
No comments:
Post a Comment