Sunday, October 6, 2019

Aku dan hariku

Hari yang sangat letih, aku dayakan juga demi kelas hari ini. Hampir beberapa kali terlelap semasa memandu balik kelas tadi. Rasanya penat aku yang semalam belum habis lagi. Kerja duduk berfikir lagi penat dari kerja guna tenaga. Aku kagum dengan orang yang sentiasa mempunyai tenaga untuk setiap harinya.

Pelajaran hari ini - Hukuman bagi pembunuh dalam al-Quran 

Sejak 2 bulan ini aku hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang yang aku kenal, kalau orang yang tak kenal tak mungkin tanya "eh! kenapa muka dah ada jerawat sekarang". Soalan ini membuatkan keyakinan aku semakin kurang. Rawatan kesihatan yang aku ambil memberikan perubahan hormon dan muka aku berjerawat. Jerawat selalunya mengambil masa yang lama  untuk sembuh. Setelah balik dari Nepal, jerawat aku semakin aktif dan membuatkan aku kehilangan keyakinan diri bila berhadapan dengan orang lain. 

Selama 2 minggu ini aku berpantang makan dan jarang keluar. Jadi aku kerap membawa bekal dari rumah. Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja aku akan masak sup ikan/ikan bakar, daging dan sayur sayuran untuk makanan tengah hari. Aku kurangkan pengambilan gula dan mengelak pengambilan kekacang, atau asas kacang(seperti kicap), tiada lagi makanan yang mengandungi hormon seperti ayam,  makanan tinggi kolestrol seperti telur, makanan berminyak, juga makanan tenusu seperti susu, keju dan lain - lain.  Disebabkan itu kandungan pengambilan tenaga aku adalah di tahap yang sangat rendah. Alhamdulillah, hasilnya jerawat aku makin kering dan tiada lagi jerawat bernanah melalui pemerhatian pada hari ini. Tetapi kesan diet aku pula, aku menjadi cepat mengantuk dan kurang bertenaga. Energy booster selalunya aku dapatkan dari buah-buahan, seperti tembikai dan apple. 

Aku selalu mencuci muka dan memastikan muka dalam keadaan bersih. Setiapkali solat, tempat sujud aku harus berlapik dengan tuala bersih. Suatu hari, ibu tegur, "mas tadi ustazah ibu cakap tak boleh letak lapik kat tempat sujud! sebab kene tempat sujud satu sejadah dari kaki dengan tempat sujud". Lepastu aku tanya hukum, adakah selama ini solat kita batal bu. Ibu: "tahla mas selama ne ibu risau juga ibu pun pernah buat, pastu kalau kongsi sejadah kaki kita tak sama dengan tempat sujud tu". Beberapa hari lepas itu, ibu yakinkan lagi dengan ustazah yang lain berkaitan hukum tersebut. Ternyata sesetengah pendakwah hanya taksub kepada suatu pemahaman/mazhab, tapi kita bertanggungjawab mencari hurainan mengikut beberapa tafsiran daripada beberapa imam terkemuka untuk memberikan huraian Al-Quran dan hadis supaya kefahaman kita mengikut sekepakatan bersama. Baca Tanyalah ustaz untuk perkongsian ilmu mengenainya.

Aku harap masalah aku dapat di atasi segera dan dapat menjalankan kehidupan dengan lebih lancar. Insyallah. 

No comments:

Post a Comment