Sunday, February 2, 2020

Meninggalkan penindasan disebabkan Riba

Semalam telah berlangsung peperiksaan modul kedua pengajian Al-Quran. 

Hari ini, aku rasa ingin sekali menulis tentang salah satu topik yang keluar dalam ujian subjek tafsir ayat Ahkam ke dua. Sebenarnya aku mengambil masa yang agak lama membaca subjek ini daripada subjek lain, kerana penjelasanya sangat panjang dan perlukan penghafalan. 

Ayat Al-Quran untuk entri kali ini adalah ayat yang telah dinilai oleh ulama sebagai ayat Al-Quran yang terakhir turun. 

Antaranya ayat berkaitan dengan riba, iaitu dalam surah Al-Baqarah, ayat 275-282.

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Sebelum ayat ini diturunkan ada banyak lagi ayat lain bertaitan dengan riba. Dan apabila ayat ini diturunkan, kesemua umat islam sepakat bahawa riba adalah haram.

Apa itu riba? Apakah bunga bank itu riba?

Apa yang terjadi pada zaman Pra Nuzul Al-Quran adalah jelas, mengemukakan praktik-praktik yang disebutkan sebagai riba.

 Ia diceritakan dalam riwayat terdahulu. Kepesatan perdagangan sewaktu zaman tersebut menyebabkan ramai penduduk jazirah arab menjadi peniaga. Namun kekurangan modal mendesak mereka untuk berhutang. Maka mereka yang beharta terutama golongan yahudi memberi pinjaman dan mengenakan faedah ke atas pinjaman tersebut.

Antara orang yang mengambil riba pada masa itu adalah bapa saudara nabi iaitu Saidina Abbas dan sahabatnya Saidina Uthman Affan. Riwayat mengatakan Saidina Abbas bin Abd Al Mutalib dan uthman pernah berkongsi memberi hutang berbentuk tanah kepada seseorang dengan mengambil riba daripada hutang tersebut.

Riba pengertianya ziyadah iaitu pertambahan. Sebahagian ulama pula merumuskan setiap transaksi hutang dan pemuitang yang mengahasilkan manfaat kepada pemberi hutang itulah riba. Ada dua pihak, satu sangat kaya dan satu lagi membutuhkan. Ada dua pihak, satu memperolehi keuntungan dan satu lagi memperolehi kerugian.

Bagaimanakan seandainaya aku memberi hutang 100 ringgit kepada sipulan dan sipulan membayar kembali hutang tersebut beserta hadiah. Adakah hadiah ini dinilai sebagai riba?

Saidina umar berkata, ayat Al Quran berkenaan pengharaman riba ini adalah ayat terakhir diturunkan kepada rasullullah sebelum nabi wafat, jadi tidak ada penjelasan terperinci mengenai hal ini. Maka kata saidina umar, dari yang ragu tinggalkan keraguan. Maka orang-orang yang beriman perlu meninggalkan segala yang berkaitanya.

Riba seperti memperlihatkan seseorang itu kelihatan mendapat rezeki kepada mereka padahal rezeki yang diterimanya bersama-sama dengan bencana. Begitu juga orang yang memberi riba.

Allah tidak menyukai seseorang yang tidak bersyukur dengan rahmat umum atau khusus yang diberikan kepada hambanya.  Nikmat umum seperti udara yang kita sedut, air yang kita minum dan sebagainya. Nikmat khusus kepada seseorang seperti ketenagan jiwa dan keceriaan.
Ciptakan ketenangan kepada orang lain maka Allah akan ciptakan ketenagan itu kepada kita.

Seperti dalam petikan ayat Al-Quran ini

"Orang-orang yang mengambil riba tidak boleh berdiri betul melaikan berdiri seperti orang yang dirasuk syaitan"

Mungkin gambaran yang Allah maksudkan ini mempunyai 2 maksud berbeza. Iaitu satu darinya adalah keadaan orang yang mengambil riba ini semasa di hari pembalasan nanti tidak dapat berdiri betul. Dan mungkin juga sewaktu hidupanya diberikan kesukaran dan tidak tenteram jiwanya.

Allah mengharamkan riba dan menghalalkan jual beli.

Aku pernah terjebak dan menjadi mangsa riba ini. Aku mengunakan kad Kredit sehingga suatu masa aku menjadi suka menggunakannya. Aku tidak berfikir panjang sewaktu menggunakannya. Sewaktu hari, aku telah menghadapi kesusahan terhadap kewanganku. Kehidupanku tidak tenang. Lalu aku mengambil tindakan menyekat kesemua kad kredit yang aku gunakan dan membuat keputusan tidak menggunakannya lagi.

Itu satu tindakan yang sangat drastik untuk aku waktu itu. Disebabkan aku terlalu bergantung denganya, agak susah kehidupan aku waktu itu. Lama kelamaan, aku telah berjaya keluar dari belenggu penindasan disebabkan riba. I made alot of change after that. Alhamdulillah.
Kini aku percaya hanya pada tunai.

Allah akan memberikan hasil yang sempurna daripada apa yang kita usahakan. Tinggalkan apa yang meragukan dan jangan masukkan diri kita kepada penindasan yang merosakan masa depan.

Sesungguhnya ayat-ayat Al - Quran al karim merawat jiwa manusia dengan petunjuk daripada langit. Ia menghadapi manusia dengan pelbagai cara dan kaedah yang boleh meninggikan jiwa mereka ke mercu kegemilangan. Secara tidak langsung, Kita akan beransur-ansur membetulkan kehidupan dengan mencari keredhaan Allah. Bukalah hati menerima kekurangan diri dan sentiasa membetulkannya kearah keredhaan Allah. 

No comments:

Post a Comment