Thursday, June 9, 2011

Muar! nanti aku jumpa...

Malam terakhir aku kat Muar.  Terasa sayang pulak nak tinggalkan orang-orang Muar..

Tak mampu nak balas jasa baik mereka. Nelayan, pekerja pasar, peruncit, Cheti, menteri besar, abang jaga tiket bas, atuk yang bekerja catit waktu teksi, akak kedai makan, En. Kumar pemilik kedai rempah ratus, makcik-makcik pesta dumbling 'Kami Wanita MCA', penyelia pasar Muar, penternak sarang burung, pemilik kilang cindawan, pemilik dan pekerja kilang 'plywood'... haha,  dan paling penting orang yang menanggung makan dan penginapan selama berada di sini. banyak lagi sebenarnya, aku tak mampu nak senaraikan semua.

Bandar Muar sememangnya istimewa.
Orang Muar bagai penyeri,  kalau tak ada tentu Muar mati.
Aku bertuah dapat menyelami kehidupan mereka satu persatu.
harap, generasi baru dapat menghargai tempat ini.
Aku berharap sangat.. hidupkan kembali Muar

'Lihatlah tempat ini melalui hati pasti engkau akan cintainya.' dan

SELAMAT MALAM SELURUH HAMBA ALLAH TA'ALA..

eh jap, kau sedih...emmm
jangan la nagis-nagis..
ti aku belanja ais krim ye,
korek-korek kocek,
"eh ada 20 sen je la pulak"..
heeeee. senyum nampak baris gigi.

Tuesday, June 7, 2011

kata orang lama

Tau tak aku borak dengan seorang tokoh terkenal muar tadi.

Ye la kalau aku cakap je nama dia kat orang-orang lama muar, diorang tabik habislah.. Umur dia dah nak mencecah 90 tahun. tapi ingatannya aku hanya mampu tunjuk genggaman sambil ibu jari tangan keatas.
Dia boleh memandu dan sangat berdikari. Dia boleh cerita apa saja yang kita nak dengar. Bagi tau je apa soalan pasti dia tak akan kecewakan.

Dia buat aku macam anak dia...  Bukan aku tapi kami..
Eh lupa pulak.. Nama dia Mr. Pasamanikam. Aku dengar dia Adun Muar, Johor.

Banyak pesanan dia yang masih basah dalam ingatan aku sekarang..
Dia pesan supaya aku bina satu watak perempuan yang bagus.. hehe

Kalau aku berdiri diatas sebuah jambatan sekarang dengan satu daya dan peganggan, jangan sesekali berhenti, atau perlahankan ataupun lajukan perjalanan itu.....
Bila kita berubah dari pegangan yang kita pegang, bermakna kita ingkari benda yang telah ditakdirkan kepada kita.

Satu perkataan kegemaran aku yang keluar dari mulut orang lama itu.

"a man have to choose good character lady"

Perempuan mestilah bijak, tabah, dan mengumpulkan sebanyak mugkin pengalaman. emmmm...

Jadi aku tak boleh kecewakan lelaki yang memilih aku nanti.. betul tak?

ehemmm...

Sunday, June 5, 2011

aku belajar mendengar dari hati

 kalau dah takdir satu hari nanti pasti.

aku bukan senang berubah.
kalau kau jatuh atau letih. datanglah cari. itu kalau kau sudilah..
kat mana-mana saja..

sebab aku pendengar yang baik,
pendengar dari hati jauh dari mata dan telinga.

huh...

Monday, May 9, 2011

tak mustahil seekor gagak bisa jadi merak

Adakah aku tak bersyukur?

Kalau hati berkenan pada sesuatu sasaran. Satu je jalan nak kesitu "usaha".
Kadang-kadang aku rasa penat.  Penat nak berusaha.. Tapi terfikirkan orang yang aku sayang. aku kena kuat.
Susah nak memuaskan hati semua pihak, memang tak boleh, dan tak mungkin.. Percayalah aku kata ne.

Tak sampai hati nak lukakan hati mereka.

Setiap kali aku usahakan sesuatu pasti gagal. Berkali-kali cuba tetap juga gagal. Mungkin aku tak bersyukur dengan apa yang aku kecapi. Mungkin juga aku patut usaha lebih sikit lagi.

Bila usaha itu untuk diri sendiri selalunya akan berakhir dengan kekecewaan.
Tapi heran kenapa sesuatu usaha untuk orang lain menjadi? kenapa tak dua-dua menjadi.

Tapi aku gembira dengan usaha itu. Aku lakukan sesuatu. Bukan duduk dengan mengimpikan sesuatu.
Kadang-kadang hidup macam pertaruhan seperti balingan dadu, kalau 6 nasib baiklah, cepat sikit naiknya

Hidup dalam alam pertaruhan menakutkan, kalau bernasib baik sampailah dan tinggallah di dalam istana kalau buruk, dimakan ular atau jatuh tanggalah .. emm.. dah lama tak main permainan ini.

Aku patut usaha lagi keras lagi lepas ini...  lebih dari sekarang

Sunday, May 8, 2011

amannya...

Tarik nafas dalam-dalam... Kemudian perlahan-lahan lepaskan..
Aku amati nafas kali ini sebab aku rasa tenang sekarang. 
Aku dapat buka rantai kerja ini.
Dapat berfikir dengan tenang

Masanya untuk aku buat bekalan mental dan fizikal.
Pengembaraan bermula.
Dengan langkah dan pandangan menghala ke selatan.

Bermula dengan bandaraya sejarah.
Kemudian beralih ke daerah yang pada asalnya menjadi tarikan pedagang kerana muaranya terdapat jeti.
Seterusnya negara yang namanya hebat bagai singa.
Harap nasib aku baik sepanjang perjalanan.
Doakan aku..

p/s: kalaulah kau dapat ikut......

Sunday, May 1, 2011

puisi main-main

hamka-
"Yang ada ini sudah harapan kita" 




aku-
Bertemu di tepi jalan,
Berakhir pun di tepi jalan
Akhirnya menjadi satu
Dua hati dua jiwa satu rasa
Satu rasa yang terkesan di 2 jiwa dan dua hati
Huh.. ini ayat orang yang dah berpunya.
Ye ke?!
Dah berpunya ye aku sekarang.
Tapi aku masih dalam kelab bujang.
Kelab bujanglah sangat.
Sunyi-sunyi lari pergi Kedah konon,
Itu macam rancangan awal.
Tapi hajat nak kerja lah.
Cari duit, tambah tebal poket.
Tak berani nak melabur pada perkara yang tak pasti.
cuba elak meletakan harapan >50%
dah la.. nak pergi mandi.
Biar tergantung puisi ini.
Puisi main-main namanya ne.

rasa

Bersila menghadap 4 jenis hidangan,
yang berbeza rasanya.
Lampu meja meliuk-lintuk membiaskan cahaya malap. Samar-samar aku lihat ada 4 mangkuk. Mangkuk pertama penuh dengan daun hempedu. Mangkuk kedua pula madu. Mangkuk ketiga garam dan mangkuk keempat jeruk. Keempat-empat itu aku jamah. Tapi keempat-empatnya memberikan rasa yang sama iaitu 'tawar'.

tawar.. tawar...dan kesemuanya tawar

Aku rasa
Aku dah tak punya rasa..
Dah hilang deria rasa..

hemmmm.......
Makanan itu tak tawar 
Tapi aku yang tawa sebenarnya..