Sunday, January 28, 2018

Akan menjadi tempat rahsia

Aku rindui sebuah daratan diseberang selat yang mengasyikkan. Pada awalnya aku menafikan keindahanya,  tetapi hakikatnya tempat tu sangat dekat di hati. Di suatu tempat berlembah dan lembap, sentiasa menerima nikmat hujan yang lebih banyak dari mentari. menjadikannya tempat termenung memikirkan banyak hal, sungguh hebat keajaiban alam.

Aku tidak boleh melupakan keindahan itu. Kesudian mereka menerimaku.  Membawaku mengelilingi desanya,  menjadikan aku saudara. Paling menakjubkan merata aku lihat susuk tubuh , perangai, berbuatan persis ayah yang aku rindui.

Friday, January 26, 2018

Revolusi

Khayalan zaman muda telah terbenam dengan pengalaman - pengalamannya. Bermulalah revolusi baru dalam perjalanan baru. 

Ada kalanya angan - angan tentang cinta menurut islam seperti menyalahi kebiasaan. Lalu, menamatkan penulisan tentang perkara ini kerana kuatir dengan fikiran yang berlegar tentang bermacam hal. Setelah tahun berganti tahun, kian mengertilah, manusia juga perlu kesenian dan perlu keindahan dalam hidup. Tapi lakukan dengan seadanya.

Cita- citaku tetap besar,  sedang usia berlalu dengan cepat membuatkanku memasuki fasa tapisan dan saringan. Haha..

Monday, January 15, 2018

Puisi cintaku

Persis narasi shinta,
Sanda asmara denganmu,
Tidak siapa mampu,
Ubah kesudian,
Engkaulah hanya kekasih,
Lenyap memerihkan...

~bersambung~

Dipeduli

Senang mendengar kata- kata yang baik terhadap diri kita, namun lagi senang, jika ungkapan tersebut keluar dari seorang yang kurang ungkapanya, walaupun dia saudara. Kita pasti merasakan bagai dibentangi permaidani pelangi. Senang sekali.. 

Sunday, November 19, 2017

Tenang

Jodoh,  harus difikirkan, harus diusahakan. Dalam perjalanan kehidupan, banyak perkara engkau lalui. Ikhlaskan hati,  lapangkan jalan, berbudayakan kemaafan, hidup seadanya, berusaha dan tidak berhenti berusaha, berserah dan letakan kepercayaan kepada Allah. Luaskan definisi jodoh supaya kau bahagia dan tak rasa disisih dari dunia.

Ya Allah ringankan perjalananku,  dan juga sahabatku untuk berjumpa dengan jodoh masing-masing. Berilah kami kasih sayang, dan keikhlasan.

Sunday, January 15, 2017

Komunikasi dengan kanak-kanak

Kanak-kanak mengalami proses pembelajaran melalui persekitaran dengan begitu cepat sewaktu umur 2 hingga 5 tahun. `dipetik daripada buku Panduan Berkomunikasi dengan Anak Anak yang disusun oleh Zuhriah Mohd Juoi'.

Sebagaimana sabda Rasullulah yang bermaksud:

`tidaklah dilahirkan seorang anak, melainkan dengan fitrah,  maka orang tuanyalah yang menjadikan ia seorang Yahudi atau Nasrani atau Majusi.' (Riwayat Muslim).

Kamunikasi dengan anak-anak atau didikan secara tidak langsung semasa kecil akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati anak -anak.  Mereka akan terbawa-bawa sifat baik atau buruk yang tersemai sejak kecil,  ke peringkat remaja,  dewasa atau seterusnya hinggalah ke hari tua nanti. 

Dipetik dari buku yang sama,
Teknik berkomunikasi yang berkesan dalam kekeluargaan adalah:

1.Menyediakan asas yang kukuh
Dengan membina kasih sayang sesama keluarga. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga dan buang jurang yang ada. 

2. Berkomunikasi dengan mesra.
Seelok -eloknya komunikasi itu diiringi dengan senyuman. kita akan dapat mengukir 'mood' dan memesrakan cara kita berkomunikasi.

3. Memahami mesej komunikasi tanpa lisan. Ia adalah satu aspek komunikasi yang penting untuk menyampaikan sesuatu yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan.  Contoh. Seperti isyarat gerak tangan (emblems) dan  isyarat muka.

4. Melembutkan nada suara

5. Bina kesabaran untuk mendengar. 
Cara mendengar dengan baik dengan
- duduk secara depan berdepan,
- mata pula dalam keadaan bertentang mata
- mood bertemu mood. 
- beri tumpuan kepada percakapan kanak-kanak dan juga gerak geri bahasa badannta.
- tidak mencelah
-jangan pedulikan gangguan-gangguan yang semasa kita sedang mendengar
-tunjukan sikap dukungan.

6. Nilaikan sama ada kita benar -benar difahami.  Pujuk mereka.

7. Tidak terlalu banyak mesej , tidak berleter,  cakap bila perlu dan lancar.

8. Berkomunikasi sesuai dengan keadaan pendengar dan persekitaran. Menggunakan bahasa yang mudah difahami.

9. Riang,  ceria dan teransang, elakan berkomunikasi dengan muka yang masam.

10. Berterus terang dan ikhlas.
Marahlah mereka dengan ikhlas dan berilah penghargaan.

12 kaunseling sebagai elemen komunikasi yang penting.  Jangan menggunakan pendekatan rotan,  dan perlu komunikasi dua hala dan beri peluang kepada anak-anak.

13. Ibu bapa lebih emphatik. Sebagai role model.

Isu gejala sosial cukup membimbangkan tentang kanak -kanak.  Fenomena yang ketara dikesan sekarang ialah semakin tipisnya ikatan kekeluargaan.  Berlaku kemajuan yang pesat di bidang pendidikan, ekonomi dan teknologi.  Kebanyakan ibu bapa dalam dilema memilih kepentingan kerjaya yang menjamin masa depan anak- anak atau kepentingan mengasuh kanak -kanak.

Seelok -elok kita mengetahui ilmu komunikasi kekeluargaan, dan mencari panduan berkomunikasi dengan baik bagi menyelamatkan kasih sayang keluarga dan masyarakat.