Monday, April 13, 2020

Hadis 2

Menuju jalan tuhan yang maha perkasa lagi maha terpuji, Allah yang memiliki segala apa yang ada di langit dan di bumi. 

Hadis kedua adalah berkenaan dengan iman, islam dan ihsan. Maknanya hadis seperti 
di bawah: 

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.  Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.  Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. Baginda bersabda: (Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kamibng berlumba-lumba memibna bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).  Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.      

Masuk sedikit bab akidah:
Kita fokuskan kepada kehendak. Setiap pekerjaan yang kita lakukan ada hubungan dengan kehendak. Kehendak kita tersebut akan dihisab oleh Allah. Jadi kita kene bertanggungjawab terhadap apa yang kita kehendaki. 

Sewaktu kita dihisab Allah akan tanyakan mengapakah kita berkehendaki sesuatu. Ada dua jalan, satu hak dan satu batil, pilihlah mana yang mempunyai kaitan dengan Allah. 

Menuju syurga akan ada fasa-fasa yang bakal dilalui, bersabarlah dengan hati yang sedang naik turun. Sentiasa bersangka baik. 

Sunday, April 12, 2020

Hadis 1



Mulakan hari ini dengan sebanyaknya 'niat' yang baik. 'Niat yang baik kerana Allah' pasti mengikutnya satu pahala. 

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu


Imam Ali Abi Bakar As Sakran memupuk 150 niat untuk bernikah. Antaranya seperti ingin menambah kecintaan kepada Allah, Mencari sahabat sejati, mendidik anak yang soleh, dan lain-lain ia ditulis dalam buku-buku penerangan hadis. 

Jadi, mulakan hari ini dengan niat yang baik untuk menuju tujuan hidup kita. 
Niatkan kita juga seperti ini, ingin mencantikan diri, menjaga kesihatan, mencari rezeki yang halal.. Semuanya kerana Allah. 

Saya mulai hari sekarang dengan niat berbuat baik kepada makhluk Allah iaitu menyiram tanaman, beri haiwan peliharaan makanan semua kerana Allah.❤️❤️❤️









Tuesday, April 7, 2020

Monday, April 6, 2020

Sunday, April 5, 2020

Puisi Ikhlas Seorang Pemuda

Cinta adalah keindahan yang memberikan kebahagiaaan dengan sejuta rasa. Bukan dengan satu atau dua rasa.

Cinta melukis keindahan dengan sejuta warna, mendebarkan hati, mengetarkan jiwa, membangkitkan ghairah, membawa angin melambung tinggi. Seperti kata-kata pujangga.

Seperti cerita cinta laila & majnun, melihat dinding rumah sudah berdebar-debar hatinya. Itulah perasaan cinta.

Rasa cinta telah menggapai ranting terlembut dalam kalbuku, 

Harus aku harungi dengan sakit namun terasa nikmat. 

Memperlambatkan langkah tercepat, 

Mendekatkan jarak terjauh, 

Terasa jauh jarak terdekat, 

Mempersingkatkan saat yang terpanjang, 

Memanjangkan saat yang pendek, 

Rindu dalam penantian, 

Duduk denganmu berasa nyaman, 

Tapi cinta sering dirosakan oleh perilakuku, 

Ya Allah sempurnakanlah rambu cinta ini,

Agar kami boleh bersatu.

Nukilan hati, 
Si pemuda 

Friday, April 3, 2020

Jika kamu bersama Allah, semesta bersamamu.


Monday, March 30, 2020

D: Receiving a rebuke

Look for bigger picture and future.
Work hard at each other's place.

Dreams will bring you 👆 and alive.
InsyAllah mimpi akan jadi kenyataan.

Prepare the best of ourself.