Sunday, November 13, 2011

cuba mengenang masa lalu..

hidup ini mesti melalui dua perkara yang utama. Yang pahitnya atau yang manisnya. Hanya itu sahaja pilihannya.

Cuba mengenang masa lalu.
bila berhadapan dengan sesuatu situasi, kadang-kadang kita tidak tahu membezakan adakah ini perkara baik atau sebaliknya. Kadang-kadang kita menjadi dilema untuk memilih,  
Dan biasanya perkara yang menjadi kepentingan diri sendiri itu lebih diutamakan daripada memikirkan kesan yang akan diterima oleh diri sendiri dan orang lain. apabila tersedar kita berada diatas jalan yang salah, perasaan serba salah menyelubungi diri dan kesal atas apa yang telah dilakukan. 

masa itu perlu dikenang.
Memang sangat sukar.. kepahitan itu menjadikan kita malas atau takut untuk mengenag kembali
namun itu sahaja konsep untuk mengubah diri. Tapi bila kita kenang, kita secara tidak langsung menyalahkan takdir yang sudah terjadi.  sesuatu perkara dan keputusan itu datang dari kita sendiri. Tapi Allah mengetahui dan menyediakan yang terbaik untuk hambanya yang beriman. Jadi tak boleh kita sesalkan, pasti ada jalan penyelesaiannya, InsyAllah.

"Allah menukarkan malam dan siang silih berganti, sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran
yang mendatangkan iktibar bagi orang yang celik mata hatinya: berfikir"
(surah al-Nur ayat 44)

kepadamu kekasih- m-nasir
http://www.youtube.com/watch?v=WlJbmbnlS00&feature=related

No comments:

Post a Comment