Seorang pelajar sudah menamatkan pengajiannya dan berjaya menghabiskan 30 juzuk Al Quran, beliau akan berterusan menuntut ilmu, Insyallah. Tahun baru, pasti ada muka- muka baru yang perlu dikenal.
Setahun setengah sudah aku berpeluang mengajar akademik, pada awalnya aku hanya mengajar pelajar lelaki, tetapi bermula tahun lepas aku berpeluang mengajar pelajar perempuan sehingga kini. Agak mencabar untuk mengajar mereka, setiap pelajar ada kelebihan dan kekurangan masing - masing. Setiap kali kelas bermula, tanggungjawab adalah besar untuk membuatkan mereka benar- benar faham dan ilmu yang diberikan adalah benar. Aku perlu nampak bersedia dan yakin setiap kelas.
Mengajar mereka adalah satu fasa yang aku tak pernah sangka. Lokasi adalah benar - benar diluar jangka, tapi perkenalan dengan mereka memberikan warna dalam kehidupan aku. Bagi aku, mengajar mereka adalah satu penghargaan untuk 2017. Alhamdulillah.
Penghargaan yang datang kepadaku tahun ini menjadi tanggungjawab. Aku harap segalanya berjalan dengan lancar. Aminn..
Haha.. Aku teringat soalan teka- teki pelajar lelaki, antara bulan dan matahari cikgu pilih yang mana?
Aku: Cikgu akan pilih bulan.
Pelajar P: Kenapa cikgu pilih bulan?
Aku: Cikgu pilih bulan kerana.... Xxxx
Emm terserah kepada pilihan masing - masing...
No comments:
Post a Comment