Assalamualaikum.. Untuk merekod kehidupan, kali ini aku benar-benar memaksa diri untuk menulis di sini.
Cerita bermula~
Pada hujung tahun lepas aku mengambil cuti panjang. Dalam tempoh cuti tersebut setiap hari aku datang ke pasar seni untuk membuat lukisan. Pengalaman bermakna bagi aku dan setiap hari aku belajar ilmu baru dan berjumpa dengan pelbagai jenis orang yang tak disangka. Aku bertemu dengan golongan yang berbeza. Walaupun aku bekerja di situ sehingga bulan satu, tetapi pengalaman yang diambil tidak boleh dilupakan.
Bemodalkan rm50 aku membeli kelengkapan melukis. Agak lama aku meninggalkan kesenian, hampir 8 tahun rasanya. Barang lukisan yang aku beli khas untuk pekerjaan part time aku pertamanya adalah ensel, beli dekat shopee rm 25 je, aku beli material aluminium boleh edjust ketinggian.. Nak beli ensel kayu beribu ringgit(kalau professional baru bebaloi) jadi aku beli kat shopee je dengan pelbagai jenis harga, tapi ambil yang paling murah.. Hehehe. Selain itu aku juga membeli Set pensil Beharga RM18 dengan pelbagai jenis kemampatan carbon dan berbeza intensiti tona hitam. Set pensil itu aku beli termasuk pemadam dan pisau asah pensil. Barang lain yang paling penting adalah kertas lukisan, aku beli kertas bersaiz A4 dan A3 kat kedai rm 2.10. Hehe. Sebb baru start, pakai je kertas murah, yang penting macam mana kita guna kertas tu.. Kalau kertas murah ne jisim agak ringan dan nipis, kalau padam beri kesan.. Lagi2 kalau suka tekan pensil, mcm aku suka buat. Tapi dengan kuasa pemadam tanah liat boleh bantu padam kesalahan di celah/ lubang yang terhasil pada kertas yang disebabkan tekanan pensil yang kuat masa melukis. Tapi bos aku tu relex je.. Guna pensil tu dengan lemah lembut, tapi carbon tu memang melekat kuat, intensiti hitam pun terang.. Memang berbeza professional artis dengan budak baru belajar. Apa yang penting, semua tu pembelajaran, perlu masa untuk mahir. Akhir sekali peralatan yang paling penting adalah board kayu. Aku guna board lama masa aku belajar melukis bangunan dulu-dulu, boleh rujuk gambar-gambar kat bawah. Hehe
Sepanjang aku di pasar seni, permulaannya aku hanya membuat portfolio je. Kumpul koleksi peribadi. Selepas beberapa hari bos minta aku ambil tempahan, berdebar juga, boleh ke aku buat dengan cepat dan pantas.. Jadi aku sahut je cabaran bos. Tempahan pertama aku adalah portrait lelaki India, dia nak balik India jadi dia mahukan kenangan di Kuala lumpur, jadi diminta buatkan sebuah portrait tersebut bersaiz A4, aku kenakan harga sebanyak RM45 seeping untuk sebuah wajah, kalau tambah wajah boleh caj double. Aku minta diberi masa semalaman, bos pesan kalau ambil order kene tunjuk kat dia sebelum bagi dekat customer. Jadi aku buat syarat satu hari. Jadi, secara tidak langsng dia menjadi pelanggan sulung aku.
Aku guna nama nickname hatissam.
Aku guna nama nickname hatissam.
Pelanggan kedua juga pelancong dari negara India, dia minta buatkan portrait baby lelaki dia, boleh tengok gambar kat bawah. Tapi customer minta letak bendera Malaysia kat gajah tu.. Aku pun buat la seperti yang diminta aku letak bendera kat belalai gajah tersebut.Tempahan seterusnya adalah portrait pelancong lelaki dari Korea, rujuk gambar di bawah juga. Selepas itu aku ambil beberapa tempahan lain.
Semua itu kenangan, setelah habis cuti tahunan, aku masih sambung kerja di sana setiap sabtu dan ahad sehingga habis bulan 1, nak masuk bulan 2 aku berhenti dengan alasan aku kene tumpukan kepada pekerjaan hakiki aku, tapi sebenarnya alasan peribadi aku tanpa pengetahuan bos, adalah kerana bimbang akan keselamatan aku. Aku selalu balik lewat. Suatu hari itu, semasa pulang kerumah rasa curiga aku menebal, jadi aku putuskan demi keselamatan, aku tamatkan perkhidmatan aku dengan bos aku.
Aku sangat rindu dengan pakcik-pakcik yang sentiasa memberi semangat, dan jadikan aku salah satu keluarga mereka walaupun sekejap je kenal. Uncle Charles, uncle hadi (dia suruh aku panggil dia abang hadi sebb tak nak nampak tua sangat), dan juga uncle kedai sebelah yang selalu lukis pemandangan, uncle hardar.
Aku sangat rindu dengan pakcik-pakcik yang sentiasa memberi semangat, dan jadikan aku salah satu keluarga mereka walaupun sekejap je kenal. Uncle Charles, uncle hadi (dia suruh aku panggil dia abang hadi sebb tak nak nampak tua sangat), dan juga uncle kedai sebelah yang selalu lukis pemandangan, uncle hardar.
Gambar aku di tepi kaki Lima : credit kat ain
Pelangan kedua
Portfolio terakhir sebelum mendapat beberapa tempahan setelah portrait ini
Tag aku.. Hehe
Tempahan ke 3 - Korea boy
Portfolio ke 3
Begitulah kehidupan simple aku. Ain sahabat aku ada datang melawat selepas kelas di um, kalau bukan kerana dia, tak mungkin ada gambar aku tu. Kak najwa juga turut melawat.






No comments:
Post a Comment