Assalamualaikum.
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf atas segala yang terkurang semenjak saya cuba berkongsikan kata-kata. Sesungguhnya manusia sentiasa melakukan kesalahan dan semoga kesalahan itu akan menemui kejayaan.
Entri kali ini saya ingin memanjangkan berkenaan dengan 'Hajat'. Sejak pendemik Covid-19 ini melanda ramai orang menghadapi bermacam-macam tekanan hidup yang menekankan jiwa. Sudah pasti ramai yang ingin menyelesaikan segala masalah tersebut dengan kadar segera.
Persoalannya, Jika kamu mempunyai masalah, apa yang kamu cuba lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Bagi menjawab soalan ini kita rujuk kepada ayat Al Quran, surah Al Baqarah ayat 45, iaitu maknanya: "carilah pertolongan Allah dengan sabar dan Sholat". Teorinya diambil dalam ayat ini adalah pertolongan Allah datang dari 'sabar' dan 'solat'.
Dua minggu lepas, kami sekeluarga gusar dengan keadaan Khadeejah (bayi kecil berusia 2minggu) yang kerap menagis malam, tangisanya tak henti-henti dari jam 1-4 pagi membuatkan kami semua tidak habis berfikir tentang keadaan itu, dari situ kami melontarkan banyak pendapat dari apa yang kami tahu dan dengar dari pengalaman lain. Namun tidak semua pendapat diterima semua orang dengan hati terbuka. Keadaan menjadi rumit bukan disebabkan Khedeejah sahaja, ditambah juga tekanan orang disekelilingnya, Saya dan ibu saling berbincang, sehinggalah ibu mengajak saya bersolat untuk memohon bantuan Allah.
Apa yang sering kita lakukan setiap kali mencari solusi kepada sesuatu keadaan, selalu kita meletakkan Allah dibelakang dan mencari solusinya dengan menaip permasalahan di Google, bukan bermaksud keseluruhan google itu tidak baik, tapi sejujurnya itu yang terjadi. Sesungguhnya Tuhanlah yang menitipkan setiap ujian itu untuk meningkatkan kualiti kehidupan kita. Disandarkan dengan ayat Al Quran surah Al Baqarah ayat 286, iaitu maknanya "Tidak mungkin Allah menguji seorang hamba dengan masalah, kecuali dia sanggup mengatasinya". Jika kita lihat orang lain yang tak mempunyai masalah seperti yang engkau alami adalah disebabkan mereka tidak sanggup mengharungi masalah tersebut seperti yang engkau sanggupkan. Mungkin juga tahap takwanya melebihi dari kita dan Allah telah menyelesaikan masalah-masalahnya sebelum mereka melalui kehidupannya. Allahu A'lam.
Setiap ayat di dalam solat adalah doa, Ayat ke 5 surah Al Fatihah, "Ya Allah, engkau sahaja yang kami sembah, dan engkau saja tempat kami memohon pertolongan." Hajat itu kita minta dalam setiap rakaat di dalam solat, dan sememagnya setiap hari secara tak sedar, kita sentiasa inginkan pertolongan. Setiap bacaan dan perbuatan dalam solat mempunyai doa. Hipotisis yang boleh kita ambil, Solat yang baik akan mejurus kepada kehidupan yang baik.
Bagaimana pula masalah yang bersifat mendesak, iaitu memerlukan tindakan segera atau dirasakan tidak mempunyai harapan, Ia seperti kita tidak mampu menahan kesabaran, separuh jiwaku lumpuh, hati terluka dan berasa ingin putus asa. Ada diantara mereka bertanyakan. "bagaimana ingin sabar?". Aku selalu memikirkan bergantung kepada kesanggupan mereka. Kesabaran itu sungguh sulit inikan pula mendirikan solat dengan baik. Tapi, bagimana ingin mendapatkan solat dengan baik? Sesungguhnya apa yang telah kita lakukan itu sudah dengan upaya kita sendiri. Insyallah, suatu hari nanti kita akan mempunyai solat yang sempurna dan segala permasalahan hidup kita Allah mudahkan.
Semoga Allah aturkan yang terbaik untuk Kadeejah dan keluarga kami..Untuk hamba Allah yang membaca entri ini saya doakan Allah memberikan jalan keluar dari masalah kehidupan yang membelenggu dan memperkenankan segala hajat mereka yang baik..Ameen.
Sekian,
No comments:
Post a Comment