Thursday, April 21, 2011

belajar untuk peperiksaan

shytt.... sekarang minggu belajar budak-budak um.

biasanya kata-kata yang sering kita dengar...berusaha tangga kejayaan, bersusah-susah dahulu, bersenang- senang kemudian, buatlah persiapan sebelum berperang, sediakan payung sebelum hujan dan...
eh! betul ke tak peribahasa ne.. haha main hentam je.

tapi paling banyak.. 'gud luck' pastu titik bertindih diikuti tutup kurungan.

tapi yang pastinya, 'selamat mengulangkaji pelajaran teman-teman ku'. semoga boleh jawab ujian nanti.
penyubur minda 7 biji kismis dan kurma berintikan badam menjadi santapan. moga jadi pandai macam dia..haha



ok.. kita memerlukan kesunyian sekarang.. tak mahu dengar sebarang bunyi.. bunyi syiling pun tak mahu..

tapi kipas bilik ini no 5,
sejuk dan bising gila!

Tuesday, April 19, 2011

mana lagi baik hijau ke merah?

'portfolio review' tadi aku duduk seorang. conteng-conteng diari aku.
seorang rakan merampas cama aku bersama pen lalu dia conteng sesuatu dekat situ. 

lukis tembikai tapi tak nampak bentuk tembikai pun.

dia tulis -'kau ibarat tembikai'- hijau di luar merah di dalam
aku pelik, lalu aku tanya dia.. kenapa? aku kulit coklat bukan hijau
B: kau tak nampak diri kau sendiri
M: kau rasa aku kene nampak ke?
B: ikut kau
M: apa yang aku ada tapi tak nampak?
B:  Aku pun tak tahu.
M: aku nak tahu apa maksud kau aku tak nampak diri aku sendiri?
B: tah. tanya Dja
M: dja tahu ke?
B: Ha ah. dia lahir dulu.
M: Ok, kenapa kau kata aku luar hijau dalam merah?
B: hijau merah warna kontras. luar ko nampak green. dalam kau nampak red.
M: green bagus ke red?
B: red. green play save.
M: jadi aku kene pilih mana?
B: ikut kau.
M: kalau aku ambil red kau rasa aku boleh berjaya ke?
B: kau kene berjaya.
M: kau rasa aku ada potensi ke?
B: merah.
M: OK THANKS =)
B: mas, kau  kena kembali dalam bulatan kau. kau tak mungkin dapat seiring dengan kitaorang.
kau akan tertinggal mas. sebab aku dah tak rasa aura kau yang dulu. seorang yang suka bersaing.

P/S: aku tahu markah aku kurang disebabkan altitude aku teruk. tapi aku tak pernah berhenti bersaing dengan korang semua. cuma masa korang lagi banyak dari aku. -jelas-

Sunday, April 17, 2011

(noktah) = (.)

(noktah) wajar ke jika aku katakan bahawa kau meletakkan noktah untuk setiap ayat-ayat.

Saturday, April 16, 2011

kongsi gambar

 adik comel, amri namanya..

kak eton dan kawannya..


 ne gambar hiasan.. hehe



jubah kesepian dari jacklyn soo

paisan- y.y.what?

Sunday, April 10, 2011


"Sedih bisa (boleh), tapi jangan lama-lama."
-Salabi

Saturday, April 2, 2011

penakut- yuna


perempuan berpakaian cantik

Jumaat.
Perempuan separuh kota memakai pakaian cantik, supaya dia dapat satu keyakinan. Ya. Keyakinan selepas sebuah tsunami besar datang melanda. Tsunami itu baru saja reda pagi ini.

Hoi perempuan bodoh! pakai catik untuk apa ha?(kasar aku tegur dia..)
Tak ada apa-apa kat sini. hanya penuh dengan kemusnahan, banyak kemusnahan kenapa kau boleh sakan melaram.?(soalan bertubi-tubi dari aku...)
Pelbagai alasan dia berikan, tapi tergagap-gagap.

Kesian perempuan ne...
Aku malas nak paksa dia menjawap persoalan aku. Aku tahu jawapan dia semuanya palsu.. 

Aku tinggalkan dia yang tak ada arah tujuan,  pergi menghala ke arah sebatang pokok tumbang berdekatan situ. Aku kibas-kibas lumpur dan tanah yang melekat dibatang pokok ini lalu aku duduk. Duduk menghala ke arah perempuan itu. Aku lihat gelagat perempuan itu, sangat sibuk mencari. Dia kutip beberapa kayu yang patah, dikumpulkannya. Ada juga kayu yang dikepit dikedua-dua belah ketiak, terjatuh-jatuh dan dikutipnya lagi. Dibawa kayu-kayu itu semua ke sesuatu tempat.

Alahai.. kesian aku tengok engkau..(aku bercakap dalam hati)
Haishh..pada aku tak buat apa-apa baik aku pergi tolong minah seko ne.. 
aku pun pergi menghampirinya...

Hoi.. !ko bersusah-susah ne wat ape ek?
Kau lapar ek... kira kayu-kayu ne nak buat stok untuk setahun la ne... haha
(aku gelakkan dia) 

Dia pandang aku tajam lalu tersenyum dan serta merta menjawap soalan aku dengan tenang 
"saya nak bina balik kerusi yang pernah ada di taman ini dulu.... mungkin tak secantik dulu. tapi cukup untuk mengigatkan saya yang tempat ini pernah indah."

Aku terdiam..
Secara tiba-tiba mata aku berair, terus aku katakan dekat perempuan itu...
Hoi, boleh tak aku duduk di kerusi yang dah siap nanti bersama-sama kau..
aku,.. nak.... temankan kau. (dengan nada perlahan....)
novel aku pertama

sekarang hanya tinggal kita berdua.. semua orang dah musnah... 
*kita adalah satu tubuh cuma sikap berbeza.. cis aku pun boleh nagis, lainlah kau pompuan!!!!!