Perempuan separuh kota memakai pakaian cantik, supaya dia dapat satu keyakinan. Ya. Keyakinan selepas sebuah tsunami besar datang melanda. Tsunami itu baru saja reda pagi ini.
Hoi perempuan bodoh! pakai catik untuk apa ha?(kasar aku tegur dia..)
Tak ada apa-apa kat sini. hanya penuh dengan kemusnahan, banyak kemusnahan kenapa kau boleh sakan melaram.?(soalan bertubi-tubi dari aku...)
Pelbagai alasan dia berikan, tapi tergagap-gagap.
Kesian perempuan ne...
Aku malas nak paksa dia menjawap persoalan aku. Aku tahu jawapan dia semuanya palsu..
Aku tinggalkan dia yang tak ada arah tujuan, pergi menghala ke arah sebatang pokok tumbang berdekatan situ. Aku kibas-kibas lumpur dan tanah yang melekat dibatang pokok ini lalu aku duduk. Duduk menghala ke arah perempuan itu. Aku lihat gelagat perempuan itu, sangat sibuk mencari. Dia kutip beberapa kayu yang patah, dikumpulkannya. Ada juga kayu yang dikepit dikedua-dua belah ketiak, terjatuh-jatuh dan dikutipnya lagi. Dibawa kayu-kayu itu semua ke sesuatu tempat.
Alahai.. kesian aku tengok engkau..(aku bercakap dalam hati)
Haishh..pada aku tak buat apa-apa baik aku pergi tolong minah seko ne..
aku pun pergi menghampirinya...
Hoi.. !ko bersusah-susah ne wat ape ek?
Kau lapar ek... kira kayu-kayu ne nak buat stok untuk setahun la ne... haha
(aku gelakkan dia)
Dia pandang aku tajam lalu tersenyum dan serta merta menjawap soalan aku dengan tenang
"saya nak bina balik kerusi yang pernah ada di taman ini dulu.... mungkin tak secantik dulu. tapi cukup untuk mengigatkan saya yang tempat ini pernah indah."
Aku terdiam..
Secara tiba-tiba mata aku berair, terus aku katakan dekat perempuan itu...
Hoi, boleh tak aku duduk di kerusi yang dah siap nanti bersama-sama kau..
aku,.. nak.... temankan kau. (dengan nada perlahan....)
aku,.. nak.... temankan kau. (dengan nada perlahan....)
![]() |
| novel aku pertama |
sekarang hanya tinggal kita berdua.. semua orang dah musnah...
*kita adalah satu tubuh cuma sikap berbeza.. cis aku pun boleh nagis, lainlah kau pompuan!!!!!

No comments:
Post a Comment