Friday, January 21, 2011

lukisan tangan

Tembok batu di fakulti bagai pemisah antara Malaysia dan korea. Tapi akhirnya Berjaya dibom oleh seorang pengajar tegar yang didatangkan khas dari amerika syarikat. Sifat terbuka beliau menjadikan kami belajar dalam dunia kami sendiri. Terbuka, dan sangat subjektif.

Pelajaran hari ini adalah tentang tona. Ibarat tona warna kulit kami semua, orang korea, bangsa cina Malaysia dan bangsa aku. Muka surat pertama tentang pelajar-pelajar korea pada kelas yg lepas lenyap. Mereka sangat comel dan ramah sebenarnya. Kemuncak cerita berjalan lancar.

Hari ini aku diigatkan tentang kelemahan aku.

“boleh diubah” kata beliau.

Sangat hebat!

Melalui lukisan dan lakaran, dia mampu kenal diri dan perwatakan aku. Sedikit rasa ‘busung dada’ sebab terasa diri ini masih wujud dalam kalangan mereka yang megah ini.
En. Zunaibi dapat bau aku melalui lukisan ini.
Dua lukisan atas ini dilukis semasa kelas, mengambil masa 2 minit setiap satu lukisan. Lukisan pantas dapat menunjukkan watak seseorang. cuba tafsir watak aku kalau berani..

potret kawan yang penah rapat dulu, harap dia simpan lagi gambar ne
Sebelum terlupa, yuci menyarankan aku supaya menonton drama secret garden,
P/s : aku tahu cerita ini, tapi sengaja buat-buat tak penah dengar. Supaya tak habis modal untuk kami bercerita.

Kalau boleh aku nak cari kaki baru. Haha

Tapi meor lagi pantas dari aku.. Ouch… meor!!!!!!..

No comments:

Post a Comment