Sunday, December 21, 2014

Avroco

Aku teringat engkau setelah dua tahun rasanya kau pergi menemui Illahi. Dan setelah dua setengah tahun tidak berjumpa. Kau kawan satu hari aku, ketika aku sedang belajar mengenali manusia.

Hari ini aku terpandang lukisan engkau di Kuala Lumpur City Gallery. Bertapa kagumnya aku dengan kau.

Sunday, November 2, 2014

Y. A. N. G. O. N

Saya perlukan teman yang pakar dalam pengembaraan ini kerana saya tak puas melihat bandar, Myanmar.

Sunday, October 12, 2014

-Matahari-

Di ketinggian 400m dari aras Laut kami mencari Matahari. Walaupun wajahnya dilindungi jerebu putih yang tebal dan kusam, tapi cahayanya masih dapat membiasi tumbuhan yang hijau-kekuningan. Maa syaa Allah cantik bukan..

Wahai Matahari ciptaan Allah!, aku ingin  memburu indahnya hadirmu kerana aku tersangat suka melihatmu.

Saturday, October 11, 2014

Buka tingkap, alamak sunyi je..

Wednesday, March 6, 2013

semerah baldu

semerah baldu, 

mekar,
bunga kesayanganku.
bunga lain pun sayang.
tapi sayang ini lebih
In Sya Allah,




SubahanAllah.... cantikkan

Monday, November 12, 2012

musafir kehidupan dan malamnya


Waktu ini aku sedang menikmati waktu malam yang dingin, bersama air mangga yang perlu aku habiskan. Dalam kenangan ini, aku memikirkan beberapa perancangan untuk masa yang terdekat ini. Beberapa peluang yang aku terima turut aku senaraikan sekali. Hari esok adalah hari lahir aku yang ke 22 kemudian dua hari selepas itu kita umat islam menyambut awal muharram. Ini satu pendekatan untuk memulakan azam baru.

Aku berazam untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia, dan mendalami ilmu agama . (Ya Allah aku mohon istiqamah!)

Hujan masih tidah berhenti untuk membasahi tanah. Rasa sejuk semakin menebal, dan aku dengar nafas ibu yang sedang tidur. Sedang duduk berlantaikan simen aku masih merangka jadual aku sendiri. Kerja di firma dan peluang mengajar anak-anak desa serta tugas mengembalikan keberkatan dan nur dalam rumah ini, aku pasti  hatiku pasti diuji.

Hari-hari mudaku berlalu, dan kini aku disandarkan dengan sebuah tanggungjawab,tapi untuk memikul sebuah tanggungjawab tak bisa aku lakukan jika kenangan dan beban lalu membelenggu dan menghantui diriku, kerana aku manusia biasa, aku tak bias bertahan. Jadi dengan ini, aku cuba kikis rasa itu, supaya aku iklas dan gembira dengan setiap perbuatanku.

Rintik-rintik hujan masih tiada tanda untuk berhenti, tapi aku gembira dengan kehadirannya, kerana aku tahu aku masih di dalam rahmat illahi. Sudah lama aku tak menulis di blog ini. Tahu tak bertapa kagumnya aku dengan Allah. Dia siarkan sebuah saluran rancangan tentang kehidupan dia dan mereka. Hidup bukan hanya tentang kita, antologinya memang tak sama tapi tak banyak beza.

“Diriku tidak punya apa-apa, yang ada hati yang merasa tapi jawapan pada mulut akan keluar berbeza.” --- Jamal Ali