Waktu ini aku sedang menikmati waktu malam yang dingin,
bersama air mangga yang perlu aku habiskan. Dalam kenangan ini, aku memikirkan
beberapa perancangan untuk masa yang terdekat ini. Beberapa peluang yang aku
terima turut aku senaraikan sekali. Hari esok adalah hari lahir aku yang ke 22 kemudian dua hari selepas itu kita umat islam menyambut awal muharram. Ini satu
pendekatan untuk memulakan azam baru.
Aku berazam untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia, dan mendalami ilmu agama . (Ya Allah aku mohon istiqamah!)
Aku berazam untuk meninggalkan perbuatan yang sia-sia, dan mendalami ilmu agama . (Ya Allah aku mohon istiqamah!)
Hujan masih tidah berhenti untuk membasahi tanah. Rasa sejuk
semakin menebal, dan aku dengar nafas ibu yang sedang tidur. Sedang duduk
berlantaikan simen aku masih merangka jadual aku sendiri. Kerja di firma dan
peluang mengajar anak-anak desa serta tugas mengembalikan keberkatan dan nur
dalam rumah ini, aku pasti hatiku pasti
diuji.
Hari-hari mudaku berlalu, dan kini aku disandarkan dengan sebuah
tanggungjawab,tapi untuk memikul sebuah tanggungjawab tak bisa aku lakukan jika
kenangan dan beban lalu membelenggu dan menghantui diriku, kerana aku manusia
biasa, aku tak bias bertahan. Jadi dengan ini, aku cuba kikis rasa itu, supaya aku
iklas dan gembira dengan setiap perbuatanku.
Rintik-rintik hujan masih tiada tanda untuk berhenti, tapi aku
gembira dengan kehadirannya, kerana aku tahu aku masih di dalam rahmat illahi. Sudah
lama aku tak menulis di blog ini. Tahu tak bertapa kagumnya aku dengan Allah. Dia siarkan
sebuah saluran rancangan tentang kehidupan dia dan mereka. Hidup bukan
hanya tentang kita, antologinya memang tak sama tapi tak banyak beza.
“Diriku tidak punya apa-apa, yang ada hati yang merasa tapi
jawapan pada mulut akan keluar berbeza.” --- Jamal Ali
No comments:
Post a Comment