baru-baru ini aku selalu terdengar di radio sajak nurkilan yang telah di terbitkan dalam Berita Harian.. aku suka bait-bait kata-kata ini. jadi aku mahu simpannya di dalam blog aku ne dan aku tulis juga dalam cama aku jugak.
***
Kita bina hidup ini
dengan kecukupan bukan dengan kelebihan
dengan kejayaan bukan dengan kecemerlangan
dengan kemudahan bukan dengan kesenangan
dengan keperluan bukan dengan kemahuan
dengan kebaikan bukan dengan kesempurnaan
dengan kekayaan bukan dengan kemewahan
dengan kesediaan bukan dengan ketahuan.
Kita bina hidup ini
bukan dengan manisnya janji tapi dengan pahitnya mengotakannya
bukan dengan indahnya kata tapi dengan sukarnya menyuarakannya
bukan dengan tingginya darjat tapi dengan payahnya memikulnya
bukan dengan banyaknya ilmu tapi dengan kurangnya mendiamkannya
bukan dengan panjangnya nyawa tapi dengan pendeknya mensia-siakannya.
Kita bina hidup ini
dengan mimpi menjadi nyata bukan dengan nyata bertukar mimpi
dengan angan menjadi cita bukan dengan cita bertukar angan
dengan beri menjadi jujur bukan dengan jujur bertukar beri
dengan nokhtah menjadi langkah bukan dengan langkah bertukar nokhtah.
Kita bina hidup ini
bukan untuk terus hidup
tapi untuk hidup seterusnya.
(Mustafa Shamsuddin, Amman Jordan, Berita Minggu, 14 Feb 2010)
No comments:
Post a Comment