Tuesday, February 17, 2015

Bye

Sesekaliku pejam mataku supaya lesu di mataku hilang sedikit. Aku cuba menaip untuk menulis kata-kata untuk hari ini, kerana hari ini adalah hari istimewa buat sahabatku, Ain. Sebulan aku cuba mengisi kekosongan dalam diri ini, aku terasa sangat gusar memikirkan apa arah tujuan hidupku, aku turut merasakan perubahan emosi semenjak dua menjak, aku menjadi kusut dan kabut. Bertapa aku sedih memikirkan yang kau sudah melangkah ke fasa seterusnya, sedangkan aku di takat yang sama.

Lama aku mencari solusi dalam keadaan yang takut kehilangan sahabatku. Aku rasa iyanya suatu perubahan besar dalam hidupku. 

Arggh.. aku sangat letih, dan mahu pejamkan mata untuk tulisan yang akan datang. Bye, aku nk pejam mata, nanti aku sambung.

Ain, jangan lupa aku, aku Pasti selalu doakan yang terbaik untuk kau, jangan risau dengan aku, aku mampu bangun. Insyallah. Dengan izin Allah. Semoga hubungan persahabatan kita kekal ke syurga.Insyallah, jumpa lagi. 

Wednesday, December 24, 2014

Ombak

Lukisan yang sangat indah. Aku teringin memilikinya. 

Dijumpai di syarikat orang. 

Sunday, December 21, 2014

Avroco

Aku teringat engkau setelah dua tahun rasanya kau pergi menemui Illahi. Dan setelah dua setengah tahun tidak berjumpa. Kau kawan satu hari aku, ketika aku sedang belajar mengenali manusia.

Hari ini aku terpandang lukisan engkau di Kuala Lumpur City Gallery. Bertapa kagumnya aku dengan kau.

Sunday, November 2, 2014

Y. A. N. G. O. N

Saya perlukan teman yang pakar dalam pengembaraan ini kerana saya tak puas melihat bandar, Myanmar.

Sunday, October 12, 2014

-Matahari-

Di ketinggian 400m dari aras Laut kami mencari Matahari. Walaupun wajahnya dilindungi jerebu putih yang tebal dan kusam, tapi cahayanya masih dapat membiasi tumbuhan yang hijau-kekuningan. Maa syaa Allah cantik bukan..

Wahai Matahari ciptaan Allah!, aku ingin  memburu indahnya hadirmu kerana aku tersangat suka melihatmu.

Saturday, October 11, 2014

Buka tingkap, alamak sunyi je..