Sesekaliku pejam mataku supaya lesu di mataku hilang sedikit. Aku cuba menaip untuk menulis kata-kata untuk hari ini, kerana hari ini adalah hari istimewa buat sahabatku, Ain. Sebulan aku cuba mengisi kekosongan dalam diri ini, aku terasa sangat gusar memikirkan apa arah tujuan hidupku, aku turut merasakan perubahan emosi semenjak dua menjak, aku menjadi kusut dan kabut. Bertapa aku sedih memikirkan yang kau sudah melangkah ke fasa seterusnya, sedangkan aku di takat yang sama.
Lama aku mencari solusi dalam keadaan yang takut kehilangan sahabatku. Aku rasa iyanya suatu perubahan besar dalam hidupku.
Arggh.. aku sangat letih, dan mahu pejamkan mata untuk tulisan yang akan datang. Bye, aku nk pejam mata, nanti aku sambung.
Ain, jangan lupa aku, aku Pasti selalu doakan yang terbaik untuk kau, jangan risau dengan aku, aku mampu bangun. Insyallah. Dengan izin Allah. Semoga hubungan persahabatan kita kekal ke syurga.Insyallah, jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment