Saturday, August 22, 2015

Wednesday, July 29, 2015

Damai

"Suasana yang indah dan permai,
pohon nyiur yang melambai.
Suara alam mendayu menyanyi lagu ku,  bagai hati yang pilu dan merayu...,"
-- dipetik dari lagu keindahan alam, iaitu
lagu kegemaran arwah Pak Andak. Rindu dengan wajah tenang beliau, Al fatihah..

Lihatlah pemandangan ini,  pemandangan kenanganku yang amat manis. Suasana keharmonian ini boleh mencermin siapa pemerintahannya, teringin untuk tinggal di tanah ini. Tempat kelahiran arwah Pak Andak.

Tuesday, June 2, 2015

Bintang di syurga

Bagai bintang di surga 
Dan seluruh warna 
Dan kasih yang setia 
Dan cahaya nyata

Lagu ini berulang-ulang ketelinga, sehingga aku puas memikirkan apa makna yang cuba disampaikannya.  ayatnya sangat komplek dan maksudnya tersirat. Tapi iramanya menambah kekuatan pada lirik sehingga aku berulang-ulang memainkan lagu ini. 

Bintang adalah simbol pengharapan, manakala syurga itu adalah kebahagiaan. Jika digabungkan, 'Bintang di surga’ berarti pengharapan dan keinginannya ini dapat menjadi kenyataan. Lirik yang lain menggambarkan kehampaan dan muak dengan kehidupannya. keinginannya untuk keluar dari selimut hampa. Aku dengar lagi rangkap puncak ini selalu diulang.

Bagai bintang di surga 
Dan seluruh cerita  
Dan kasih yang setia 
Dan cahaya nyata

Sehingga ia berakhir tanpa ada penjelasan dan tak pastian kepada permohonanya itu betul atau tidak. Ia bagai menyerahkan semata- mata pada takdir.makna lain pula, bahwa permohonan dan doa itu tak cukup, ia juga memerlukan usaha untuk mewujudkan.

Ok dah panjang dah karangan aku ne. Bosan menunggu abangku menjemput untuk pulang. Kalau lama - lama lagi dah boleh buat novel aku ne. 

Saturday, May 16, 2015

Waktu yang terperangkap

Aku telah berkelana di ceruk mana, demi  cinta yang tak mungkin itu.  Kini aku sedar di sini,  mendapati diriku tak lebih daripada seorang anak kampung di sudut dunia yang tak dipedulikan siapa pun,  yang tak pernah tampak di peta mana pun. Tapi aku tahu, cinta pertama itu masih akan membawaku ke tempat - tempat asing yang tak pernah kubayangkan.

Kesepian tiba - tiba menusukku dari segala penjuru.  Dadaku disesakkan sesuatu yang tak dapat kufahami.  Kulihat sekeliling,  tempat ini,  pekan ini,  kampung ini, seperti cerita P. Ramli yang selalu diulang tayang,  tapi waktu masih tersasar ke dalamnya dan terperangkap. Perasaanku masih tak berubah,  cuma benci dan rindu membunuh segala kenangan itu.

Aku tak mampu, satu saat aku teringat suaramu,  menyanyikan lagu sendu,  berusaha memerdu- merdukan suara. Saat cinta menyambarku untuk kali pertama,  dan kurasa bahagia sampai rasanya sungai mengalir hanya demiku,  purnana tak akan terbit kalau bukan keranaku. Aku terbuai dengan rasa indah itu. Bertapa dahsyat.

Kerana miski bertahun -tahun telah berlalu, aku ingat peristiwa kau menegurku di dalam ribuan manusia, sementara menunggu dewan wayang buka. Aku membalas dengan senyuman dari hati yang tersenyum riang. waktu yang paling indah.