Saturday, January 6, 2024

Pesan Ibu

Perkara yang Allah suka dari hambanya adalah pengurusan kewangan. Insyallah semoga kita semua bebas dari belenggu hutang dan semakin dekat kepada Allah. 

Doa untuk amalan kita
Menyingkap sirah Rasullulah bagaimana baginda mengambil hutang yang baginda boleh membayarnya, ia adalah cerita bermakna buatku. Insyallah..

Let's seek independent. Its a mindset! 
Ameen Oh Allah
😊

Thursday, December 28, 2023

Sama tetapi Berbeza

Al baqarah, 103

وَلَوۡ اَنَّهُمۡ اٰمَنُوۡا وَاتَّقَوۡا لَمَثُوۡبَةٌ مِّنۡ عِنۡدِ اللّٰهِ خَيۡرٌ ؕ‌ لَوۡ كَانُوۡا يَعۡلَمُوۡنَ

103. Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.


Tuesday, December 26, 2023

Worry no more

My brother, 

You might really be upset and think I'm acting selfishly. If i had one moment of poor behavior I'm sorry. Everyone makes mistakes.

Sometimes I pretend didn't hear the comment, if i ignore someone calling me toxic, i will refusing to add fuel to the fire and i don't want to start a bigger conflict with everyone.

"Isn't my whole generation supposed to be narcissistic at this point? Oh, well."

worry no more and just do your best! 

Your sister with self-care. 

Sunday, December 24, 2023

Aku tidak mengetahui

Fav Masora - mindst of sky

Alhamdulillah.. Aku masih berpegang pada janjiku. 

 Apabila sampai ke penghujung mungkin tidak seperti yang aku harapkan. Kerana manusia sering berubah. Kerana itu termampu aku, aku serahkan segalanya kepada takdir Allah. 

Thursday, December 21, 2023

Halusinasi

Satu garisan sehalus benang di atasnya terdapat benar atau batil. 
Ketika akalmu menghiasi ruang-ruang kosongan dengan gambaran yang mengelirukan. 
Ketika perasaan sedang menipu cara engkau memandang keadaan.
Ketika itu kau perlu membaca untuk memenuhi ruang akal dengan hakikat.

Hakikat segalanya perlu dibuktikan. 
Dimanakah petikan dan rangkap yang dirujuk. 
Adakah bahan dirujuk itu terbukti kesahihannya? 
Itu soalanku.

Kalau tiada bermakna ia akan hampir seperti berhalusinasi. 

Nurkilan 
Iraas Hatissam

Monday, December 18, 2023

Doakan saya

Saya Percaya, dengan izin Allah rezeki tersebut milik saya. Semoga urusan kamu semua dipermudahkan kerana mendokan saya.

🙏🙏🙏

Mohon doakan

Monday, September 13, 2021

Hajat

 Assalamualaikum.

Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf atas segala yang terkurang semenjak saya cuba berkongsikan kata-kata. Sesungguhnya manusia sentiasa melakukan kesalahan dan semoga kesalahan itu akan menemui kejayaan. 

Entri kali ini saya ingin memanjangkan berkenaan dengan 'Hajat'. Sejak pendemik Covid-19 ini melanda ramai orang menghadapi bermacam-macam tekanan hidup yang menekankan jiwa. Sudah pasti ramai yang ingin menyelesaikan segala masalah tersebut dengan kadar segera. 

Persoalannya, Jika kamu mempunyai masalah, apa yang kamu cuba lakukan untuk menyelesaikan masalah tersebut?

Bagi menjawab soalan ini kita rujuk kepada ayat Al Quran, surah Al Baqarah ayat 45, iaitu maknanya: "carilah pertolongan Allah dengan sabar dan Sholat". Teorinya diambil dalam ayat ini adalah pertolongan Allah datang dari 'sabar' dan 'solat'.

Dua minggu lepas, kami sekeluarga gusar dengan keadaan Khadeejah (bayi kecil berusia 2minggu) yang kerap menagis malam, tangisanya tak henti-henti dari jam 1-4 pagi membuatkan kami semua tidak habis berfikir tentang keadaan itu, dari situ kami melontarkan banyak pendapat dari apa yang kami tahu dan dengar dari pengalaman lain. Namun tidak semua pendapat diterima semua orang dengan hati terbuka. Keadaan menjadi rumit bukan disebabkan Khedeejah sahaja, ditambah juga tekanan orang disekelilingnya, Saya dan ibu saling berbincang, sehinggalah ibu mengajak saya bersolat untuk memohon bantuan Allah. 

Apa yang sering kita lakukan setiap kali mencari solusi kepada sesuatu keadaan, selalu kita meletakkan Allah dibelakang dan mencari solusinya dengan menaip permasalahan di Google, bukan bermaksud keseluruhan google itu tidak baik, tapi sejujurnya itu yang terjadi. Sesungguhnya Tuhanlah yang menitipkan setiap ujian itu untuk meningkatkan kualiti kehidupan kita. Disandarkan dengan ayat Al Quran surah Al Baqarah ayat 286, iaitu maknanya "Tidak mungkin Allah menguji seorang hamba dengan masalah, kecuali dia sanggup mengatasinya". Jika kita lihat orang lain yang tak mempunyai masalah seperti yang engkau alami adalah disebabkan mereka tidak sanggup mengharungi masalah tersebut seperti yang engkau sanggupkan. Mungkin juga tahap takwanya melebihi dari kita dan Allah telah menyelesaikan masalah-masalahnya sebelum mereka melalui kehidupannya. Allahu A'lam. 

Setiap ayat di dalam solat adalah doa, Ayat ke 5 surah Al Fatihah, "Ya Allah, engkau sahaja yang kami sembah, dan engkau saja tempat kami memohon pertolongan." Hajat itu kita minta dalam setiap rakaat di dalam solat, dan sememagnya setiap hari secara tak sedar, kita sentiasa inginkan pertolongan. Setiap bacaan dan perbuatan dalam solat mempunyai doa. Hipotisis yang boleh kita ambil, Solat yang baik akan mejurus kepada kehidupan yang baik. 

Bagaimana pula masalah yang bersifat mendesak, iaitu memerlukan tindakan segera atau dirasakan tidak mempunyai harapan, Ia seperti kita tidak mampu menahan kesabaran, separuh jiwaku lumpuh, hati terluka dan berasa ingin putus asa. Ada diantara mereka bertanyakan. "bagaimana ingin sabar?". Aku selalu memikirkan bergantung kepada kesanggupan mereka. Kesabaran itu sungguh sulit inikan pula mendirikan solat dengan baik. Tapi, bagimana ingin mendapatkan solat dengan baik? Sesungguhnya apa yang telah kita lakukan itu sudah dengan upaya kita sendiri. Insyallah, suatu hari nanti kita akan mempunyai solat yang sempurna dan segala permasalahan hidup kita Allah mudahkan. 

Semoga Allah aturkan yang terbaik untuk Kadeejah dan keluarga kami..Untuk hamba Allah yang  membaca entri ini saya doakan Allah memberikan jalan keluar dari masalah kehidupan yang membelenggu dan memperkenankan segala hajat mereka yang baik..Ameen. 

Sekian,