Tuesday, November 16, 2010

suara kebesaran adha

Sunyi setiap malam-malam terubat, dipenuhi kalimah kebesaranNya.
Ayuh ramai-ramai penuhkan semua masjid dan surau yang ada.
Sama-sama kita bertakbir memuji kebesaran Allah. Allahhu akbar!

"Insan yang menghidupkan malam hari raya korban, insyallah tidak mati hatinya pada harinya mati hati-hati"(Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.) ayat ini aku salin balik dari sumber yang aku nampak dekat facebook..haha~

Kerianggan terpancar pada setiap wajah umat islam.
Terbitnya fajar, mulalah ibadah korban, tumbangnya seekor lembu mengambarkan satu pengorbanan yang dilakukan kepada maha pencipta.

Alhamdulillah

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha


embuuuuuuuu....

Sunday, November 14, 2010

Dandankan Aku"

Dandankan Aku"

Tocang,

Tocang kiri,

Tocang kanan,

Tocang dua,

Tocang Satu,

Tocang atas,

Tocang bawah

Hari –hari tocang,


Rambut panjang boleh la tocang,

Rambut pendek jawabnya terburailah tocang,

Perempuan india bertocang,

Perempuan cina jarang-jarang bertocang,

Perempuan melayu islam bertudung tak Nampak tocang,

Ibu kata kemas bertocang,

Dia rimas, lalu dia tocang,

Aku memang suka bertocang,

Masa kecik selalu bertocang,

Dah besar dah jarang bertocang,

Kawan-kawan aku tak pandai buat tocang,

Aku penah suruh diorang buatkan tocang,

Kata diorang, takut tak kemas bila diorang buatkan tocang,

Aku sengaja biar rambutku panjang supaya ibu boleh buat tocang


Ini je cara aku nak manja dengan ibu

Semakin hari aku semakin sibuk,

bertocang ibarat ikatan kami,

Semakin panjang rambut aku semakin panjang masa kami

Tapi 'skill' ibu semakin hari semakin mahir

walaupun panjang ibu dapat buat dengan ligat.


Terkumpulnya semua helayan rambut menjadi satu

Begitulah aku dengan ibu.

Aku rindu saat ini,

Ibu!, aku rindukan waktu dulu,

Waktu bersama kau,

Maafkan aku,ibu,

Biarkan seorang tidak berteman

Sebab aku,..

Adalah anak perempuan ibu yang Satu.

p/s“ nanti lepas ibu tocangkan mas, mas urutkan ibu ye” acehhh

Saturday, November 13, 2010

madu dan cengkih

fav quote dalam ' Madu dan cengkih animation' is from Hagumi, the one about how she sees like hundreds of boxes in front of her and that she's scared that she wont have enough time in her life to open them =) something like that=) it was the one i could relate to the most i guess, aside from the mushy stuff =)

i didnt get the first part, but this was the particular scene i was talkin about...
Image Hosted by ImageShack.us


“I want to open all these boxes…but a mortal life span is too short to do such a thing. But, if I had someone to help me in my battles…if I had that person…”
-Hanamoto Hagumi.


macam pelik la tulis bahasa inggris kat sine.. huhu. rasa bahasa melayu lagi best. ini mungkin yg terawal dan terakhir tulis entri dlam bahasa inggris..tak tahu yang mendatang..tapi terus terang bahasa melayu lagi puitis dan sangat tersirat, 'kiranya bahasa melayu, bahasa pusaka terunggul'

Friday, July 23, 2010

kenduri konsep

ne la gambar sewaktu hari kejadian. tema pakaian putih hijau, installation kami adalah kat belakang tu.. yg warna hijau tu... hehehe=)


Presentation day about kenduri concept. memang best. Rugi la kalau tak tengok
kami dibahagikan mengikut kumpulan. setiap kumpulan diberikan tajuk yg berlainan.
antaranya seperti muzik, makanan, movie, sajak, lukisan dan juga English literature..
dan group aku dapat makanannn...So cendol la kami pilih.. ahli adalah seperti dibawah
Faezah,
Ain,
Mas,
dan Lai..
Kami adalah kumpulan yg mendapat undian tertinggi dari kawan2 dan lecture.. sangat excited..
Aku rasa sangat bangga.
coz why???
this is the first design concept dapat A...hehe

Tugas kami bukan mudah, kami kene menerangkan sejenis makanan iaitu cendol dalam bentuk 'Architectonic', cuba korang kaitkan bangunan dengan makanan ape yg akan jadi. apa kaitan bangunan dengan makanan kan.. hehe

So kami fikir, punya fikir... dan hasilnya kami membuat satu gerakan yg mengambarkan kami adalah lauk2* yg ada kat cendol... haha (bak kata lai la)*


Seminggu sebelum hari presentation, aku dan Pekjah pergi ke Melaka. so kami enjoy cendol la pe lagi.. aku sampai sakit tekak makn cendol yg manis2 tuh. huhuhu.
Tapi cendol sangat sedap. mula2 aku makan cendol yg dijual kat sebelah sungai dekat dgn jonker street. Tp tak best sangat... huhu..

Kali kedua aku makan adalah dengan Keng, Keng ajak aku makan dekat laluan ke tempat lawatan kami, ( pemeran heritage study by student 3rd year joint with nus) tak sangka kerja diorang mmg best la..... Cendol yg kami berdua makan tu sedap la gak... tapi x sesedap cendol yg terakhir aku makan sewaktu di melaka tu. cendol yg aku maksud kan adalah kat jonker street.. kat satu kedai yg agak fames dgn mee udang dan cendol...
peehhhh best dow... yg paling best sbb En. Man yg belanja... we arE joy2 pastu pulang... so dari pengalaman makan bermacam2 teknik dan gaya cendol, aku cadangkan buat satu movement untuk menerangkan perasaan kami dgn cendol... yeye.. siyes mmg sangat enjoy..





ne la die EN.Kmarulzaman md rejab yg belanja aku dgn yg laen makan cendol... cendol durian
sewaktu kat melaka...
mmg kenyang kami.. mekasih en.man
*muka aku comot kat gambar ne... haisssh



klu 'mass' dapat video tu mass akn upload ye...=)))