Dah berlalu seminggu rancangan makanan seimbang yang bertemakan Japanese bento. Terima kasih juga kepada youtube yang telah memberikan pelbagai idea makanan yg menarik. Di bawah ini adalah antara gambar makanan yang sempat aku sediakan pada setiap pagi sepanjang minggu lepas sebelum weekend break.
![]() |
| Ikan bakar dengan minyak bijan Cindawan cheese Macaroni Telur dadar gulung Ikan peria |
![]() |
| Telur rebus Ayam pedas bijan Stim Bok choi dengan minyak bijan |
![]() |
| Stim broccoli and carrot Grill Carrot Meatball Grill Mushrooms Cheese sauce |
![]() |
| Grill fish Grill pumpkin Steam carrot and broccoli Roll fish peria Roll fish cheese Telur rebus Kek Ubi keledek |
![]() |
| Telur gulung Mushrooms and broccoli tumis Ikan gereng tepung kentang Grill Pumpkin Roll fish peria |
Tapi berat aku masih lagi tetap sama, hai maklumlah x ada senaman pun dibuat. Nak exercise punyalah payah nak start. Kagum tengok ibu sekarang, sebab dah pandai buat yoga, setiap pagi dia buat. Katanya untuk kesihatan jantung. Alahaiii... bila pula turn aku nak buat kan..haha 😀.
Aku tengah mencuba Mediterranean diet. Ianya seperti dibawah ini ye kawan-kawan.
Meh aku ceritakan. Komponen utama diet Mediterranean termasuklah:
1. Membuat makanan berasaskan tumbuhan (kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan kacang) asas setiap hidangan.
2. Memasak dengan lemak yang sihat seperti minyak zaitun. (OMG minyak zaitun tu mahal okey).
3. Mengehadkan daging merah. (so kita tukar dengan ubi kayu jela ye.. Hehe okey ne gurau).
4. Makan ikan / (makanan laut dua kali seminggu).
5. Makan tidak lebih daripada tiga hidangan sehari produk tenusu.
6. Menggunakan rempah-rempah dan herba dan bukannya untuk meningkatkan rasa.
7. Memupuk aktiviti fizikal (seperti berjalan bukan memandu apabila mungkin~ boleh simpan kereta kat muzium lepas ne) dan aktiviti sosial (seperti menikmati makanan bersama orang lain sambil bergossip).
Begitulah cabarannya.. So what next to eat, and what exercises?? 🤔🤔🤔.. Hahaha kita tengok youtube saja.. ðŸ¤





No comments:
Post a Comment