Thursday, December 12, 2019

Impianku

Innalillahiwainnailaihirojiun, Hari ini atuk telah kembali ke rahmatullah yakni selang 2 bulan selepas pemergian nenek. Kisah Sehidup semati beliau adalah impianku selama ini. Ya Allah kau kuniakan pasangan/sahabat/teman yang berkekalan kepadaku sehingga ke syurga.

Alang-alang menulis tentang impian, kali ini aku ceritakan apa impianku yang belum terlaksana, semuanya dalam proses dan perkembangannya sedikit. 

Semua impian tersebut menjurus kepada satu. Membentuk setiap karekter kanak-kanak dan menjadikan mereka beharga terutama kanak-kanak yang tidak bertuah dari segi kehidupannya. Sejak 2014 sehingga sekarang aku telah belajar melihat dan meneliti kerekter seorang kanak2 dan cabaran dalam membentuk nilai yang baik.

 Tahun 2016 aku telah berpeluang belajar manual rekabentuk @design permainan kanak-kanak bersama-sama dengan PERMATA. Waktu tersebuat aku memasang cita2 untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam membuat manual permainan kanak-kanak secara langsung dan aku dapat sendiri menilai dan belajar cara didikan kanak-kanak di jepun. Impian tersebut tidak kesampaian kerapa faktor kewangan. 

2017 aku telah belajar manual rekabentuk untuk kanak-kanak yang mengalami masalah autistik. Dari itu aku telah dapat mengenal kanak2 yang ada masalah ini secara lebih dekat. 

Masuk 2018 aku telah membuat aplikasi rekabentuk permainan kepada model bersaiz sebenar yang boleh digunakan kanak-kanak . Tapi malangnya tidak berjaya kerana ia tidak mengikut spesifikasi yang aku mahukan. Aku sangat kecewa. Disebabkan itu aku belajar sesuatu untuk memperbaiki rekabentuk tersebut kepada yang lebih selamat untuk kanak-kanak menggunakannya. 

Tahun 2019 aku banyak kepada belajar menerima dan mengawal perangai dan emosi kanak-kanak . Terutama anak-anak buahku. Dari situ aku belajar mengawal kanak-kanak yang ramai. Insyalla lepas ini lebih ramai lagi, jika Allah berikan aku peluang itu. 

Sewaktu aku mengajar pelajar tahfiz dahulu aku telah mengenal dilema budak-budak sekarang. Dalam memberi pengajaran kepada kanak-kanak aku sedar bahawa didikan agama adalah yang paling Utama. Jadi aku mengambil peluang belajar dengan lebih mendalam tentang Al-Quran. Al-Quran adalah manual hidup seharian merangkumi, cara beradap, aurat, ibadat, syariah dan banyak lagi. 

Untuk target kepada impian aku yang mendatang dan dorongan dari bekas bos, aku perlu sambung pelajaranku untuk melayakanku mendapat professional arkitek untuk peluang yang lebih besar untuk impian aku ini. Aku jangkakan mungkin selama 4 atau 5 tahun. Aku akan sambung dengan membawa subjek impianku "rekabentuk untuk kanak2". Insyallah, semoga aku berjaya. 

Suatu hari, jika Allah memilih impian aku menjadi kenyataan, iaitu aku dapat membina kingdom kepada kanak-kanak atau remaja yang tidak bertuah kehidupannya. Aku nak jadi macam nenek (mendidik  mereka agama). Aku akan masakkan untuk mereka makanan yang sedap dan kretif. Aku ajarkan mereka untuk membentuk impian sehingga mereka boleh keluar berdikari dan memberikan manfaat kepada orang ramai. Walaupun agak mustahil untuk merelisasikan impian ini dan banyak yang perlu aku lakukan dan belajar. Aku harap ia akan jadi Sekurang-kurangnya untuk anak-anak aku sendiri ataupun hanya untuk anak-anak buahku ataupun sesuatu di luar perancanganku. 

Tomorrow is mystery 



No comments:

Post a Comment