Berputus asa itu mudah, dan berharap itu sukar.
Ketika kita menjalani bulan demi bulan dalam kesusahan dan ketidakadilan, tahun demi tahun disajikan berita yang tidak benar, resolusi kita boleh menjadi lemah.
Tetapi ada sebahagian dari kita yang enggan berputus asa. Mereka terus memberi inspirasi kepada jutaan umat Islam di seluruh dunia untuk memahami dan mencintai agama mereka.
Kata-kata yang bermanfaat, Senyuman ikhlas yang terukir diwajah, Kebaikan dan pertolongan mampu mengubah kehidupan seseorang diluar sana dengan izinNya..
Jika anda seorang pendosa dan telah menghabiskan bertahun-tahun dalam dosa... Bertaubatlah!
Jika anda merasakan dosa anda melebihi setiap kebaikan yang pernah anda lakukan... Bertaubatlah!
Berputus asa dalam rahmat Allah adalah tipu daya syaitan. Dan apabila kita hampir mati, Syaitan akan berusaha lebih keras lagi untuk menimbulkan perasaan takut dan putus asa,
Sebagaimana Nabi Muhammad SAW memberitahu kita semasa baginda menghadapi penyakit terakhirnya:
“Janganlah seorang di antara kamu mati melainkan dengan pandangan yang baik kepada Allah.”
Bangkitlah!
Wahai hamba Allah!
kembalilah ke-jalan yang lurus.
Bersabarlah seperti yang Allah mahu.
No comments:
Post a Comment