Wednesday, July 24, 2024

"Helf competition"

Setiap kali mendengar dan membaca sesuatu ilmu. Berfikirlah seketika tentang ilmu itu kerana Rasullulah ﷺ selalu meminta perlindungan dari Allah daripada ilmu yang tak memberi manafaat. 

Jadi bagaimana sebenarnya indikasi terhadap ilmu yang bermanfaat? Dan bagaimana menggunakan ilmu yang dipelajari untuk mendekatkan diri dengan Allah?

Terdapat 3 orang ulama hebat agama islam telah meriwayatkan Nasihat dari ibunda Sufyan Ats-Tsauri. 

Ibunda Sufyan Ats-Tsauri mengigati beliau ketika beliau masih kecil agar beliau beramal setelah berilmu dengan perkataannya:

" wahai anakku! Ambillah sepuluh dirham ini dan pelajarilah sepuluh hadits. Apabila hal itu dapat merubah cara dudukmu, jalanmu dan pembicaraanmu kepada manusia, maka teruskan belajar, dan ibu akan menafkahimu dari hasil tenununku ini. Tapi jika tidak, maka tinggalkanlah, kerana ibu khawatir hal itu menjadi bencana bagimu di hari kiamat. "

(Shifatush shafwah 3/189) 

Riwayat ini adalah petunjuk kepada diri mengenai ilmu..

Adakah ia meningkatkan rasa takut kepada Allah? 

Adakah ia meningkatkan perasaan kemanusiaan? 

Adakah ia telah meningkatkan maruah dan membentuk watak diri. 

Jika tidak.. Semua perkara yang dipelajari tidak akan bermanfaat kepada diri dan hanya membahayakan. Hanya sekadar maklumat pada ketika itu. 

Pesanan ulama masa kini - "Ilmu yang suci itu adalah apabila ia membentuk perubahan dan dapat diterapkan dalam diri kebaikannya"

Whatever mindset you set. Lets Pursue sacred things with sacred outcome in your mind! It's a helf competition of ourselves.. 

No comments:

Post a Comment