Friday, January 21, 2011

lukisan tangan

Tembok batu di fakulti bagai pemisah antara Malaysia dan korea. Tapi akhirnya Berjaya dibom oleh seorang pengajar tegar yang didatangkan khas dari amerika syarikat. Sifat terbuka beliau menjadikan kami belajar dalam dunia kami sendiri. Terbuka, dan sangat subjektif.

Pelajaran hari ini adalah tentang tona. Ibarat tona warna kulit kami semua, orang korea, bangsa cina Malaysia dan bangsa aku. Muka surat pertama tentang pelajar-pelajar korea pada kelas yg lepas lenyap. Mereka sangat comel dan ramah sebenarnya. Kemuncak cerita berjalan lancar.

Hari ini aku diigatkan tentang kelemahan aku.

“boleh diubah” kata beliau.

Sangat hebat!

Melalui lukisan dan lakaran, dia mampu kenal diri dan perwatakan aku. Sedikit rasa ‘busung dada’ sebab terasa diri ini masih wujud dalam kalangan mereka yang megah ini.
En. Zunaibi dapat bau aku melalui lukisan ini.
Dua lukisan atas ini dilukis semasa kelas, mengambil masa 2 minit setiap satu lukisan. Lukisan pantas dapat menunjukkan watak seseorang. cuba tafsir watak aku kalau berani..

potret kawan yang penah rapat dulu, harap dia simpan lagi gambar ne
Sebelum terlupa, yuci menyarankan aku supaya menonton drama secret garden,
P/s : aku tahu cerita ini, tapi sengaja buat-buat tak penah dengar. Supaya tak habis modal untuk kami bercerita.

Kalau boleh aku nak cari kaki baru. Haha

Tapi meor lagi pantas dari aku.. Ouch… meor!!!!!!..

Sunday, January 16, 2011

cik gula

Eh.. Cerita dah mula ke belum ne, kejap-kejap.. Aku nak laraskan skrin komputer riba aku ne, biar dalam keadaan ergonomic kononnya.

Ok, selesai.

‘kalau’lah mereka-cipta tidak sesusah membetulkan skrin computer ini bukan itu sangat bagus. Perkataan ‘kalau’,..opps!, penah ditegur oleh seorang kawan, penggunaan ‘kalau’ seperti seseorang tengah mengeluh.Habis! Nak guna perkataan apa? Bila diganti dengan perkataan seerti pasti tak tumpah maksudnya..

Kalau oh kalau…..

Perasaan mengeluh ini cukup membuatkan aku tak jumpa jalan yang betul.

Sebenarnya aku dalam pencarian, bukan pencarian untuk teman hidup atau seangkatan dengannya. Sebab pencarian ini bukan dalam jangka masa yang panjang. Pencarian ini adalah mencari cik gula yang menjadi kebanggaan, kemegahan, yang paling penting dapat memuaskan semua pihak.

Cik gula, ohhh cik gula. Mana kau. Kau kat mana ne..

Aku nak kau datang memaniskan idea aku ini. Dampinglah kau dalam setiap coretan disetiap helaian kertas minyak ini. ‘kalau’lah kau, cik gula yang boleh dibeli di kedai runcit senanglah aku. Lagi-lagi mengeluh.

Tinggal malam ini untuk esok, 'kalau' aku tak dapat cari kau maknanya idea untuk esok bagai semangkuk cendol yang tawa, hina, cela dan kesat.

sakitnya memerah idea ini.

berbilang kaum makan cendol.. wahhh manyak laku oo..

*gambar yang aku ambil sewaktu di geleri NUS di melaka

p/s:Terasa nak makan cendol pulak…

Thursday, January 6, 2011

meja kayu ini ada aku sorang sahaja.

Jam 4 pagi.. Masa aku kosong sementara.

Kawan studio lelaki sibuk dengan perlawanan bola dalam talian. Arsenal hebat aku dengar.

Perempuan pula..hampir semua dah balik,

Masa rehat aku sekarang.

Aku membaca sebuah artikal yang penutup ayatnya cukup bermakna.

‘building should serve people, not the other way round’

Oh.. Aku dah letih,

Tapi aku kene mulakan kerja aku yang terhenti tadi.

berusaha...

Thursday, December 30, 2010

cuba menulis

Tidur yang tak pernah teratur. Aku bangun awal hari ini, awal dari selalu, waktu yang sesuai untuk buat ibadat kata orang. Tapi aku tak buat pun. Haha… sebab malas. Seperti biasa tabiat aku dekat um, bangun tidur terus online. Hehe..

Hemmmm…….....................................

Banyaknya noktah..

Dari awal aku di depan monitor, masa berlalu sangat pantas.

Aku cuba untuk menulis,

Taip,taip,taip dan menaip akhirnya menjadilah satu ayat. Tekan backspace. Terpadam ayat tadi.

Berjam-jam aku cuba tuliskan sesuatu dekat layar putih ini tanpa sebarang benda yang ingin aku sampaikan.

Sedang leka dengan dunia aku, terdengar azan subuh yang berkumandang dekat surau sebelah ini.

Kagum aku, 2 jam dihabiskan buta-buta tanpa sebarang benda.

Tapi percayalah, setiap masa itu aku terfikirkan kau.

Tuesday, November 16, 2010

suara kebesaran adha

Sunyi setiap malam-malam terubat, dipenuhi kalimah kebesaranNya.
Ayuh ramai-ramai penuhkan semua masjid dan surau yang ada.
Sama-sama kita bertakbir memuji kebesaran Allah. Allahhu akbar!

"Insan yang menghidupkan malam hari raya korban, insyallah tidak mati hatinya pada harinya mati hati-hati"(Riwayat Imam at-Thabrani dari ‘Ubadah r.a.) ayat ini aku salin balik dari sumber yang aku nampak dekat facebook..haha~

Kerianggan terpancar pada setiap wajah umat islam.
Terbitnya fajar, mulalah ibadah korban, tumbangnya seekor lembu mengambarkan satu pengorbanan yang dilakukan kepada maha pencipta.

Alhamdulillah

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha


embuuuuuuuu....

Sunday, November 14, 2010

Dandankan Aku"

Dandankan Aku"

Tocang,

Tocang kiri,

Tocang kanan,

Tocang dua,

Tocang Satu,

Tocang atas,

Tocang bawah

Hari –hari tocang,


Rambut panjang boleh la tocang,

Rambut pendek jawabnya terburailah tocang,

Perempuan india bertocang,

Perempuan cina jarang-jarang bertocang,

Perempuan melayu islam bertudung tak Nampak tocang,

Ibu kata kemas bertocang,

Dia rimas, lalu dia tocang,

Aku memang suka bertocang,

Masa kecik selalu bertocang,

Dah besar dah jarang bertocang,

Kawan-kawan aku tak pandai buat tocang,

Aku penah suruh diorang buatkan tocang,

Kata diorang, takut tak kemas bila diorang buatkan tocang,

Aku sengaja biar rambutku panjang supaya ibu boleh buat tocang


Ini je cara aku nak manja dengan ibu

Semakin hari aku semakin sibuk,

bertocang ibarat ikatan kami,

Semakin panjang rambut aku semakin panjang masa kami

Tapi 'skill' ibu semakin hari semakin mahir

walaupun panjang ibu dapat buat dengan ligat.


Terkumpulnya semua helayan rambut menjadi satu

Begitulah aku dengan ibu.

Aku rindu saat ini,

Ibu!, aku rindukan waktu dulu,

Waktu bersama kau,

Maafkan aku,ibu,

Biarkan seorang tidak berteman

Sebab aku,..

Adalah anak perempuan ibu yang Satu.

p/s“ nanti lepas ibu tocangkan mas, mas urutkan ibu ye” acehhh

Saturday, November 13, 2010

madu dan cengkih

fav quote dalam ' Madu dan cengkih animation' is from Hagumi, the one about how she sees like hundreds of boxes in front of her and that she's scared that she wont have enough time in her life to open them =) something like that=) it was the one i could relate to the most i guess, aside from the mushy stuff =)

i didnt get the first part, but this was the particular scene i was talkin about...
Image Hosted by ImageShack.us


“I want to open all these boxes…but a mortal life span is too short to do such a thing. But, if I had someone to help me in my battles…if I had that person…”
-Hanamoto Hagumi.


macam pelik la tulis bahasa inggris kat sine.. huhu. rasa bahasa melayu lagi best. ini mungkin yg terawal dan terakhir tulis entri dlam bahasa inggris..tak tahu yang mendatang..tapi terus terang bahasa melayu lagi puitis dan sangat tersirat, 'kiranya bahasa melayu, bahasa pusaka terunggul'