| "Sedih bisa (boleh), tapi jangan lama-lama." -Salabi |
Saturday, April 2, 2011
perempuan berpakaian cantik
Perempuan separuh kota memakai pakaian cantik, supaya dia dapat satu keyakinan. Ya. Keyakinan selepas sebuah tsunami besar datang melanda. Tsunami itu baru saja reda pagi ini.
aku,.. nak.... temankan kau. (dengan nada perlahan....)
![]() |
| novel aku pertama |
Friday, January 21, 2011
lukisan tangan

![]() |
| En. Zunaibi dapat bau aku melalui lukisan ini. |
Dua lukisan atas ini dilukis semasa kelas, mengambil masa 2 minit setiap satu lukisan. Lukisan pantas dapat menunjukkan watak seseorang. cuba tafsir watak aku kalau berani..![]() |
| potret kawan yang penah rapat dulu, harap dia simpan lagi gambar ne |
Sunday, January 16, 2011
cik gula
Ok, selesai.
‘kalau’lah mereka-cipta tidak sesusah membetulkan skrin computer ini bukan itu sangat bagus. Perkataan ‘kalau’,..opps!, penah ditegur oleh seorang kawan, penggunaan ‘kalau’ seperti seseorang tengah mengeluh.Habis! Nak guna perkataan apa? Bila diganti dengan perkataan seerti pasti tak tumpah maksudnya..
Kalau oh kalau…..
Perasaan mengeluh ini cukup membuatkan aku tak jumpa jalan yang betul.
Sebenarnya aku dalam pencarian, bukan pencarian untuk teman hidup atau seangkatan dengannya. Sebab pencarian ini bukan dalam jangka masa yang panjang. Pencarian ini adalah mencari cik gula yang menjadi kebanggaan, kemegahan, yang paling penting dapat memuaskan semua pihak.
Cik gula, ohhh cik gula. Mana kau. Kau kat mana ne..
Aku nak kau datang memaniskan idea aku ini. Dampinglah kau dalam setiap coretan disetiap helaian kertas minyak ini. ‘kalau’lah kau, cik gula yang boleh dibeli di kedai runcit senanglah aku. Lagi-lagi mengeluh.
Tinggal malam ini untuk esok, 'kalau' aku tak dapat cari kau maknanya idea untuk esok bagai semangkuk cendol yang tawa, hina, cela dan kesat.
sakitnya memerah idea ini.
berbilang kaum makan cendol.. wahhh manyak laku oo..
*gambar yang aku ambil sewaktu di geleri NUS di melaka
p/s:Terasa nak makan cendol pulak…
Thursday, January 6, 2011
meja kayu ini ada aku sorang sahaja.
Kawan studio lelaki sibuk dengan perlawanan bola dalam talian. Arsenal hebat aku dengar.
Perempuan pula..hampir semua dah balik,
Masa rehat aku sekarang.
Aku membaca sebuah artikal yang penutup ayatnya cukup bermakna.
‘building should serve people, not the other way round’
Oh.. Aku dah letih,
berusaha...
Thursday, December 30, 2010
cuba menulis
Tidur yang tak pernah teratur. Aku bangun awal hari ini, awal dari selalu, waktu yang sesuai untuk buat ibadat kata orang. Tapi aku tak buat pun. Haha… sebab malas. Seperti biasa tabiat aku dekat um, bangun tidur terus online. Hehe..
Hemmmm…….....................................
Banyaknya noktah..
Dari awal aku di depan monitor, masa berlalu sangat pantas.
Aku cuba untuk menulis,
Taip,taip,taip dan menaip akhirnya menjadilah satu ayat. Tekan backspace. Terpadam ayat tadi.
Berjam-jam aku cuba tuliskan sesuatu dekat layar putih ini tanpa sebarang benda yang ingin aku sampaikan.
Sedang leka dengan dunia aku, terdengar azan subuh yang berkumandang dekat surau sebelah ini.
Kagum aku, 2 jam dihabiskan buta-buta tanpa sebarang benda.
Tapi percayalah, setiap masa itu aku terfikirkan kau.


