Wednesday, June 20, 2018

Bicara dingin subuh

Dingin membeku tika tadahan air gunung menyapa muka
Membangun dan menguak mata
pada sepi  malam yang terlena
Pada hati hati yang terhiris luka
Pada diri diri yang terguris lara

Menghimpun sepi malam mu
bersama nyanyian cengkerik
dan alunan syahdu mersik
Memanggil aku
Sendirian pulang di garis mistik
Memahat ukiran ukiran jiwa pada bebatu masa
Melakar lukisan lukisan cinta pada tembok rasa
Ternyata terlalu kerdil dan cukup terhina
Tiada makna apa apa sebenarnya lukisan dunia
Sekadar kepura puraan belaka
Sekadar kuntuman bunga bunga rasa
Luruh lelah di telapak riba
Tiada makna apa apa sebenarnya cinta manusia
Sekadar mainan nafsu semata
Jatuh rebah di lensa maya
Lantas biar berkalung
cintamu yang kau harapkan.
lantas biar bergunung 
cintamu yang kau harapkan
ternyata hanya manis di bibir sahaja
ternyata hanya manis di jeling mata

Bicara dingin subuh
Menemukan aku cinta sejati
Yang sayangnya terkumpul di hati
Yang kasihnya tersimpul mati

Nurkilan Pak Andak ku, Ab Airis Shah.
Teratak Gunung Jerai
Sepi Muhasabah Diri
0222 pagi.. Gunung Jerai 2017
18 oktober 2017

Saturday, May 26, 2018

Kenangan mei 2018

Mereka adalah guru aku juga. Saling menegur dan bertukar cerita dan pandangan. Mereka lambang semangat menuntut ilmu.

Saturday, March 10, 2018

Semoga berjaya adik- adikku

Cikgu, bulan 3 nanti ada majlis ihtifal kami,  cikgu datang tau.  Cikgu selalu mengelat tak nak datang.

Allah, bukan tak nak datang.  Kalau buat lampu jalan,  cikgu berani la sikit. Dah la majlis selalu malam- malam.

Cikgu majlis kita buat siang,  tak ada alasan cikgu tak nak datang. Sekali kena satu das.

Okey cikgu dah datang hari ne.. Tapii... Terima kasih buat cikgu nak menagis hari ini.. 

Sunday, February 18, 2018

Menjadi seperti bulan.

Seorang pelajar sudah menamatkan pengajiannya dan berjaya menghabiskan 30 juzuk Al Quran, beliau akan berterusan menuntut ilmu, Insyallah. Tahun baru,  pasti ada muka- muka baru yang perlu dikenal. 

Setahun setengah sudah aku berpeluang mengajar akademik, pada awalnya aku hanya mengajar pelajar lelaki,  tetapi bermula tahun lepas aku berpeluang mengajar pelajar perempuan sehingga kini.  Agak mencabar untuk mengajar mereka,  setiap pelajar ada kelebihan dan kekurangan masing - masing. Setiap kali kelas bermula,  tanggungjawab adalah besar untuk membuatkan mereka benar- benar faham dan ilmu yang diberikan adalah benar. Aku perlu nampak bersedia dan yakin setiap kelas.

Mengajar mereka adalah satu fasa yang aku tak pernah sangka. Lokasi adalah benar - benar diluar jangka,  tapi perkenalan dengan mereka memberikan warna dalam kehidupan aku. Bagi aku, mengajar mereka adalah satu penghargaan untuk 2017. Alhamdulillah. 

Penghargaan yang datang kepadaku tahun ini menjadi tanggungjawab. Aku harap segalanya berjalan dengan lancar. Aminn.. 

Haha..  Aku teringat soalan teka- teki pelajar lelaki, antara bulan dan matahari cikgu pilih yang mana?

Aku: Cikgu akan pilih bulan. 

Pelajar P: Kenapa cikgu pilih bulan?

Aku: Cikgu pilih bulan kerana.... Xxxx

Emm terserah kepada pilihan masing - masing...

Wednesday, January 31, 2018

Mengejar pelangi

Ku lihat sang mentari petang di belakangku, dan sang pelangi di hadapanku. 
Hujan yang sedikit tetapi kerap menjadikan wap air memenuhi keseluruhan daerah. 
Udara petang ini sungguh nyaman.
SubahanAllah,

Aku terus melihat pelangi itu, kadang-kadang memudar,  kadang - kadang memekat warnanya. Menurut kajian alam, perbezaan ini bergantung kepada sudut penglihatan kita. Aku kejar untuk mengetahui dimana penghujungnya.

Aku terus memandu ke arah timur, manakala, pelangi tersebut masih berada dihadapanku.  Semakin dekat dengan penghujungnya aku lihat satu lagi pelangi muncul, jauh nun seperti penghujungnya di gunung Nuang. Lalu aku mencari - cari pelangi yang awalnya aku lihat.  Hilang! Ternyata aku telah berjaya memintas pelangi tersebut, lalu ia hilang dari pandangan.

Alhamdulillah, setibanya aku dirumah, hilang segala rungsing dan kembali mendapat perhatian.  Terima kasih tuhanku. 

Monday, January 29, 2018

Aku tak mahu diubah dunia

Esok adalah hari yang ke-4 untuk tahun 2018, aku bekerja mkn gaji. Cuti aku masih berbaki 3 minggu.  Tetapi aku mengambil keputusan untuk melupakan baki cuti tersebut atas urusan kerja.

Hari ini hujan sepanjang hari, cuaca dingin seperti hati ibu juga. Mujur ada yang memahami pemberontakan hatiku. Aku selalu berpesan kepada diriku. Sentiasa berusaha, dan jangan mudah kalah. Apa sebenarnya usaha itu?. Adakah usaha untuk mengubah kehidupan.

Aku tiada bercita - cita mengubah dunia. Tapi aku bersaha untuk tak diubah oleh dunia. Keadaan mengubahku untuk berbicara sejujurnya, tapi aku perlu sedar dimana tempatku bila berbicara. Kesalahan menjadikan aku berusaha untuk melepaskan diri dalam sesuatu masalah. Tetapi masalah itu patut dihadapi walaupun kita terpaksa malu mengaku. 

Daripada pengembaraan ini aku belajar menghargai. Tapi kesalahan aku hari ini adalah aku terlupa tempatku bila berbicara. Aku mengharapkan dia memujuku, kerana pinta sedikit perhatian.  Tetapi ternyata perhatian itu perlu aku beri terlebih dahulu. 

Malam biarkan hati yang memberontak ini sehingga tahap kepuasan.
Biar tidur ini seperti gelandangan sehingga hati ini mengaku kesalahan...

Sunday, January 28, 2018

Akan menjadi tempat rahsia

Aku rindui sebuah daratan diseberang selat yang mengasyikkan. Pada awalnya aku menafikan keindahanya,  tetapi hakikatnya tempat tu sangat dekat di hati. Di suatu tempat berlembah dan lembap, sentiasa menerima nikmat hujan yang lebih banyak dari mentari. menjadikannya tempat termenung memikirkan banyak hal, sungguh hebat keajaiban alam.

Aku tidak boleh melupakan keindahan itu. Kesudian mereka menerimaku.  Membawaku mengelilingi desanya,  menjadikan aku saudara. Paling menakjubkan merata aku lihat susuk tubuh , perangai, berbuatan persis ayah yang aku rindui.