Monday, September 9, 2019

Step 1


9.9.2019 Perjumpaan di BIR(IATA) 

Saturday, September 7, 2019

Kegigihan

Selesai pendaftaran modul 2 kursus pengajian al-Quran pagi tadi. Aku terserempak dengan Ibubapa bekas kawan sekolah menegah aku, mereka juga mengikuti kursus macam aku tetapi mereka dah modul 5, gigih betul mereka mengikuti program ini hingga ke modul 5. Menurut ustaz bahasa Arab 'rata-rata pelajar dia ramai sekali yang syahid di tengah jalan sebelum habis modul 1'. Mujur aku lepas modul 1 dengan Jayanya. Alhamdulillah..

Emak apak kawan aku tadi tu pun, berlalu dari situ sambil si isteri memimpin tangan suami dia. Alamak, sweetnya mak apak pa'ie ne. Kagum aku. 

Setelah itu aku pun segera mendapatkan ibu yang sedang menunggu di tepi surau. Ibu saja ikut aku sebab katanya sunyi kat rumah, jadi aku pun bawalah. Aku bawa ibu makan dekat cafeteria kolej 12, UM. Makanan sentiasa banyak, murah, berhasiat dan sedap, teringat waktu PASUM dulu. Waktu tu tak cukup duit nak makan. Makan cuma sehari sekali, lepastu tahan jela smpai ke malam, kadang2 guna duit siling je bayar duit makanan. Kadang2 tak ada duit langsung terpaksa ikat perut smpai ada duit. Tapi alhamdulillah aku selamat habiskan masa-masa begelar pelajar tanpa bantuan kewangan dari ibu dan abang aku.

Walaubagaimanapun, ada satu ketika, (cerita sedih sikit jap) semasa masuk semesta pertama UM, sewaktu urusan PTPN aku mengalami masalah dan tidak boleh meminjam dengan PTPN, aku terlalu sedih waktu tu sebab aku berfikir mungkin aku terpaksa 'give up' untuk belajar, lalu aku pergi ke suatu tempat di atas tanga kecemasan asrama, menagis untuk menghilangkan kekecewaan aku, waktu itulah aku mula rapat dengan ain. Aku sungguh terharu ain cari dan jumpa aku di situ. Dia mendengar luahan aku sewaktu itu dengan baik. Lalu, aku berpesan dengannya jika aku tidak mendapat bantuan kewangan dari mana-mana sumber untuk meneruskan pembelajaran, aku rela berhenti.

Alhamdulillah, sememangnya ada rezeki untuk aku sambung belajar, sukacitanya aku dapat surat tawaran biasiswa untuk membiayai pembelajaran aku. Tetapi proses mendapatkan duit biasiswa makan masa yang lama, malangnya semesta pertama hampir dipenghujung dan jika yuran tidak di bayar aku tidak boleh menduduki exam. Waktu itu, aku fikir macam sumber yang boleh mendapatkan kewangan express, kalau pinjam dengan orang kene bayar balik, (dah la aku xmampu nk bayar apa2 waktu ne). Untuk yuran semesta pertama, ibu telah mengeluarkan duit simpanan dia yang tak seberapa untuk menolong aku waktu itu. Seterusnya aku hanya mengunakan duit biasiswa dan pemberian sedekah pakcik dan makcik untuk meneruskan pembelajaran aku.

Kagum dengan kegigihan diri sendiri sebab boleh belajar dengan kekangan duit yang sangat besar. Tapi itu satu pengalaman yang bermakna untuk aku. Disebakan itu aku terlalu behati-hati, dan hidup untuk menjaga perasaan seluruh keluarga aku yang besar terutama pakcik makcik yang sentiasa menolong aku. Itulah bayaran yang perlu aku bayar dalam hidup aku.

Okey done!
Sebenarnya cerita sebenar adalah kepada hari ini bukan mengenang masa lalu. Maafla tergelincir pula. Selapas aku makan di kolej 12, kami teruskan dengan uruskan hal-hal lain iaitu berkaitan barang-barang pernikahan abang kedua aku. 

Insyallah Penikahan abang Syafik adalah pada sabtu depan di kulim..seminggu lagi dari hari ini. Banyak kerja berkaitan dengan majlis dia kene buat, merangkap pemandu dia ke kulim pun termasuk dalam skop kerja aku.. Ceh alasan je darah manis..

Barang hiasan hantaran dah siap beli
Barang nak ke sana pun dah siap
Tinggal bakal pengantin lelaki dah siap ke nak alas tanggungjawab jaga anak orang?
Hahaha..ayok! Somoga dipermudahkan urusan yang baik. Aminn...

Dan begitulah.. Nnt sambung dengan kisah yang lain pula.. Daaaa

Saturday, August 31, 2019

Kursus Pengajian ilmu al-Quran


12januari 2019 adalah kelas terakhir bersama pelajar Raudah Tahfiz (RTA). Aku beri markah kertas ujian akhir tahun 2018 dan sempat menbincangkan jawapan kertas ujian mereka. Selepas itu adalah sesi memberi semangat dan kata - kata akhir kepada mereka. Melihat wajah mereka aku berasa sungguh sebak kerana kali ini benar - benar meninggalkan mereka. Selepas ini pasti tiada alasan kukuh untuk berjumpa mereka, melainkan jika ingin melepaskan rindu atau di jemput.

Sesungguhnya manusia mudah datang dan mudah pergi. Insyallah sentiasa doakan kebaikan mereka dan doa supaya dipertemukan semula dengan keadaan yang lebih bagus. Semua itu rancangan Allah. 

Setelah itu aku menyambung hari2 sebagai pelukis di pasar seni sehingga habis setiap hari minggu bulan Januari.

Pada 29 februari aku telah mendaftar kursus pengajian al-Quran di University Malaya. Alhamdulillah aku telah Berjaya menghabiskan pembelajaran Modul pertama pada bulan julai lepas. Insyallah bulan September ini akan menghadiri Modul ke 2 pula, iaitu penerangan lanjut kepada modul petama. 

Krusus ini memperincikan tentang tiori pembelajaran al-Quran bukan praktikal. 
Kelas tiori al-Quran ini mempunyi 4 subjek. Pembelajaran pertama dimulakan dengan subjek TAJWID.

"Adalah fardu ain membaca al-Quran bertajwid, dan belajarnya adalah fardu khifayah".

Seterusnya, subjek kedua pula adalah Bahasa Al Quran, iaitu Bahasa Arab. Subjek ke Tiga pula adalah ulum al-Quran ( iaitu pengisian al-Quran) manakala, subjek terakhir adalah tafsir ayat hakam (menerangkan hukum dan perintah Allah yang terkandung dalam al-Quran, seperti berwuduk, bersuci, idah, dan hukum menjaga aurat). Secara keseluruhan modul pembelajaran di sana adalah mengenal Al-Quran secara mendalam dan misi menambah kecintaan kepada al-Quran, Islam, rasullullah dan Maha Pencipta. Insyallah.

Tak kira apapun jenis pembelajaran yang kita pilih, sentiasalah mencari ilmu, supaya kehidupan kita akan lebih bersemangat dan bermakna.











Monday, August 26, 2019

Topi Pelukis Jalanan

Assalamualaikum.. Untuk merekod kehidupan, kali ini aku benar-benar memaksa diri untuk menulis di sini. 

Cerita bermula~

Pada hujung tahun lepas aku mengambil cuti panjang. Dalam tempoh cuti tersebut setiap hari aku datang ke pasar seni untuk membuat lukisan. Pengalaman bermakna bagi aku dan setiap hari aku belajar ilmu baru dan berjumpa dengan pelbagai jenis orang yang tak disangka. Aku bertemu dengan golongan yang berbeza. Walaupun aku bekerja di situ sehingga bulan satu, tetapi pengalaman yang diambil tidak boleh dilupakan.

Bemodalkan rm50 aku membeli kelengkapan melukis. Agak lama aku meninggalkan kesenian, hampir 8 tahun rasanya. Barang lukisan yang aku beli khas untuk pekerjaan part time aku pertamanya adalah ensel, beli dekat shopee rm 25 je, aku beli material aluminium boleh edjust ketinggian.. Nak beli ensel kayu beribu ringgit(kalau professional baru bebaloi) jadi aku beli kat shopee je dengan pelbagai jenis harga, tapi ambil yang paling murah.. Hehehe. Selain itu aku juga membeli Set pensil Beharga RM18 dengan pelbagai jenis kemampatan carbon dan berbeza intensiti tona hitam. Set pensil itu aku beli termasuk pemadam dan pisau asah pensil. Barang lain yang paling penting adalah kertas lukisan, aku beli kertas bersaiz A4 dan A3 kat kedai rm 2.10. Hehe. Sebb baru start, pakai je kertas murah, yang penting macam mana kita guna kertas tu.. Kalau kertas murah ne jisim agak ringan dan nipis, kalau padam beri kesan.. Lagi2 kalau suka tekan pensil, mcm aku suka buat. Tapi dengan kuasa pemadam tanah liat boleh bantu padam kesalahan di celah/ lubang yang terhasil pada kertas yang disebabkan tekanan pensil yang kuat masa melukis. Tapi bos aku tu relex je.. Guna pensil tu dengan lemah lembut, tapi carbon tu memang melekat kuat, intensiti hitam pun terang.. Memang berbeza professional artis dengan budak baru belajar. Apa yang penting, semua tu pembelajaran, perlu masa untuk mahir. Akhir sekali peralatan yang paling penting adalah board kayu. Aku guna board lama masa aku belajar melukis bangunan dulu-dulu, boleh rujuk gambar-gambar kat bawah. Hehe

Sepanjang aku di pasar seni, permulaannya aku hanya membuat portfolio je. Kumpul koleksi peribadi. Selepas beberapa hari bos minta aku ambil tempahan, berdebar juga, boleh ke aku buat dengan cepat dan pantas.. Jadi aku sahut je cabaran bos. Tempahan pertama aku adalah portrait lelaki India, dia nak balik India jadi dia mahukan kenangan di Kuala lumpur, jadi diminta buatkan sebuah portrait tersebut bersaiz A4, aku kenakan harga sebanyak RM45 seeping untuk sebuah wajah, kalau tambah wajah boleh caj double. Aku minta diberi masa semalaman, bos pesan kalau ambil order kene tunjuk kat dia sebelum bagi dekat customer. Jadi aku buat syarat satu hari. Jadi, secara tidak langsng dia menjadi pelanggan sulung aku.

Aku guna nama nickname hatissam.

Pelanggan kedua juga pelancong dari negara India, dia minta buatkan portrait baby lelaki dia, boleh tengok gambar kat bawah. Tapi customer minta letak bendera Malaysia kat gajah tu.. Aku pun buat la seperti yang diminta aku letak bendera kat belalai gajah tersebut.Tempahan seterusnya adalah portrait pelancong  lelaki dari Korea, rujuk gambar di bawah juga. Selepas itu aku ambil beberapa tempahan lain.

Semua itu kenangan, setelah habis cuti tahunan, aku masih sambung kerja di sana setiap sabtu dan ahad sehingga habis bulan 1, nak masuk bulan 2 aku berhenti dengan alasan aku kene tumpukan kepada pekerjaan hakiki aku, tapi sebenarnya alasan peribadi aku tanpa pengetahuan bos, adalah kerana bimbang akan keselamatan aku. Aku selalu balik lewat. Suatu hari itu, semasa pulang kerumah rasa curiga aku menebal, jadi aku putuskan demi keselamatan, aku tamatkan perkhidmatan aku dengan bos aku.

Aku sangat rindu dengan pakcik-pakcik yang sentiasa memberi semangat, dan jadikan aku salah satu keluarga mereka walaupun sekejap je kenal. Uncle Charles,  uncle hadi (dia suruh aku panggil dia abang hadi sebb tak nak nampak tua sangat), dan juga uncle kedai sebelah yang selalu lukis pemandangan, uncle hardar.




Gambar aku di tepi kaki Lima : credit kat ain 

Pelangan kedua 

Portfolio terakhir sebelum mendapat beberapa tempahan setelah portrait ini

Tag aku.. Hehe 

Tempahan ke 3 - Korea boy 

Portfolio ke 3

Begitulah kehidupan simple aku. Ain sahabat aku ada datang melawat selepas kelas di um, kalau bukan kerana dia, tak mungkin ada gambar aku tu. Kak najwa juga turut melawat. 

Tuesday, January 15, 2019

Kepada seorang insan yang sangat jauh.

Menanti adalah sesuatu yang sukar. Kau tak akan mungkin menjadi waras. Jadi jangan meletakan harapan yang tinggi kepada penantian. Agar kau tak kecewa.

Rindu ini tidak mungkin dapat dikawal. Menjadikan aku leka, dan terbawa-bawa dgn perasaan. Maafkanlah kekilafan aku. Aku setia menunggumu untuk sebuah janji kasih dan sayang

Wednesday, June 20, 2018

Bicara dingin subuh

Dingin membeku tika tadahan air gunung menyapa muka
Membangun dan menguak mata
pada sepi  malam yang terlena
Pada hati hati yang terhiris luka
Pada diri diri yang terguris lara

Menghimpun sepi malam mu
bersama nyanyian cengkerik
dan alunan syahdu mersik
Memanggil aku
Sendirian pulang di garis mistik
Memahat ukiran ukiran jiwa pada bebatu masa
Melakar lukisan lukisan cinta pada tembok rasa
Ternyata terlalu kerdil dan cukup terhina
Tiada makna apa apa sebenarnya lukisan dunia
Sekadar kepura puraan belaka
Sekadar kuntuman bunga bunga rasa
Luruh lelah di telapak riba
Tiada makna apa apa sebenarnya cinta manusia
Sekadar mainan nafsu semata
Jatuh rebah di lensa maya
Lantas biar berkalung
cintamu yang kau harapkan.
lantas biar bergunung 
cintamu yang kau harapkan
ternyata hanya manis di bibir sahaja
ternyata hanya manis di jeling mata

Bicara dingin subuh
Menemukan aku cinta sejati
Yang sayangnya terkumpul di hati
Yang kasihnya tersimpul mati

Nurkilan Pak Andak ku, Ab Airis Shah.
Teratak Gunung Jerai
Sepi Muhasabah Diri
0222 pagi.. Gunung Jerai 2017
18 oktober 2017

Saturday, May 26, 2018

Kenangan mei 2018

Mereka adalah guru aku juga. Saling menegur dan bertukar cerita dan pandangan. Mereka lambang semangat menuntut ilmu.