Wednesday, July 24, 2024

"Helf competition"

Setiap kali mendengar dan membaca sesuatu ilmu. Berfikirlah seketika tentang ilmu itu kerana Rasullulah ﷺ selalu meminta perlindungan dari Allah daripada ilmu yang tak memberi manafaat. 

Jadi bagaimana sebenarnya indikasi terhadap ilmu yang bermanfaat? Dan bagaimana menggunakan ilmu yang dipelajari untuk mendekatkan diri dengan Allah?

Terdapat 3 orang ulama hebat agama islam telah meriwayatkan Nasihat dari ibunda Sufyan Ats-Tsauri. 

Ibunda Sufyan Ats-Tsauri mengigati beliau ketika beliau masih kecil agar beliau beramal setelah berilmu dengan perkataannya:

" wahai anakku! Ambillah sepuluh dirham ini dan pelajarilah sepuluh hadits. Apabila hal itu dapat merubah cara dudukmu, jalanmu dan pembicaraanmu kepada manusia, maka teruskan belajar, dan ibu akan menafkahimu dari hasil tenununku ini. Tapi jika tidak, maka tinggalkanlah, kerana ibu khawatir hal itu menjadi bencana bagimu di hari kiamat. "

(Shifatush shafwah 3/189) 

Riwayat ini adalah petunjuk kepada diri mengenai ilmu..

Adakah ia meningkatkan rasa takut kepada Allah? 

Adakah ia meningkatkan perasaan kemanusiaan? 

Adakah ia telah meningkatkan maruah dan membentuk watak diri. 

Jika tidak.. Semua perkara yang dipelajari tidak akan bermanfaat kepada diri dan hanya membahayakan. Hanya sekadar maklumat pada ketika itu. 

Pesanan ulama masa kini - "Ilmu yang suci itu adalah apabila ia membentuk perubahan dan dapat diterapkan dalam diri kebaikannya"

Whatever mindset you set. Lets Pursue sacred things with sacred outcome in your mind! It's a helf competition of ourselves.. 

Thursday, June 20, 2024

Bangkit

Assalamualaikum.. 

Berputus asa itu mudah, dan berharap itu sukar. 

Ketika kita menjalani bulan demi bulan dalam kesusahan dan ketidakadilan, tahun demi tahun disajikan berita yang tidak benar, resolusi kita boleh menjadi lemah.  

Tetapi ada sebahagian dari kita yang enggan berputus asa. Mereka terus memberi inspirasi kepada jutaan umat Islam di seluruh dunia untuk memahami dan mencintai agama mereka. 

Kata-kata yang bermanfaat, Senyuman ikhlas yang terukir diwajah, Kebaikan dan pertolongan mampu mengubah kehidupan seseorang diluar sana dengan izinNya.. 

Jika anda seorang pendosa dan telah menghabiskan bertahun-tahun dalam dosa... Bertaubatlah! 

Jika anda merasakan dosa anda melebihi setiap kebaikan yang pernah anda lakukan... Bertaubatlah!

Berputus asa dalam rahmat Allah adalah tipu daya syaitan. Dan apabila kita hampir mati, Syaitan akan berusaha lebih keras lagi untuk menimbulkan perasaan takut dan putus asa, 

Sebagaimana Nabi Muhammad SAW memberitahu kita semasa baginda menghadapi penyakit terakhirnya:

“Janganlah seorang di antara kamu mati melainkan dengan pandangan yang baik kepada Allah.”

Bangkitlah!
Wahai hamba Allah!
kembalilah ke-jalan yang lurus. 
Bersabarlah seperti yang Allah mahu.

Sunday, January 21, 2024

Thank you

 May Allah give you mercy for giving me nasihat.

Semoga Allah memberi rahmat kepada anda kerana memberi saya nasihat.

You know me better then others. 

Sunday, January 14, 2024

Putuskan putaran

Pengajaran yang saya ambil dalam tahun kebelakangan ini adalah 'Saya tidak akan memperlakukan seseorang sebagaimana saya pernah diperlakukan' dan 'Saya tidak akan menyakitkan seseorang sebagaimana saya disakitkan'.

Saya sudah memperolehi keyakinan yang saya perlukan. Bebas dari perasaan bersalah adalah satu penghormatan dari seseorang untuk saya. Tiada hutang budi yang perlu dibayar dari mana-mana pihak. 

Alhamdulillah.. Saya akan sentiasa mendoakan saudara  dimana sahaja mereka berada. Saya doakan mereka mendapatkan keberkahan hidup. 

Jalan hidup kita berbeza dan teruskanlah jangan putus asa dengan rahmat Allah.

Saturday, January 6, 2024

Pesan Ibu

Perkara yang Allah suka dari hambanya adalah pengurusan kewangan. Insyallah semoga kita semua bebas dari belenggu hutang dan semakin dekat kepada Allah. 

Doa untuk amalan kita
Menyingkap sirah Rasullulah bagaimana baginda mengambil hutang yang baginda boleh membayarnya, ia adalah cerita bermakna buatku. Insyallah..

Let's seek independent. Its a mindset! 
Ameen Oh Allah
😊

Thursday, December 28, 2023

Sama tetapi Berbeza

Al baqarah, 103

وَلَوۡ اَنَّهُمۡ اٰمَنُوۡا وَاتَّقَوۡا لَمَثُوۡبَةٌ مِّنۡ عِنۡدِ اللّٰهِ خَيۡرٌ ؕ‌ لَوۡ كَانُوۡا يَعۡلَمُوۡنَ

103. Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertaqwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.


Tuesday, December 26, 2023

Worry no more

My brother, 

You might really be upset and think I'm acting selfishly. If i had one moment of poor behavior I'm sorry. Everyone makes mistakes.

Sometimes I pretend didn't hear the comment, if i ignore someone calling me toxic, i will refusing to add fuel to the fire and i don't want to start a bigger conflict with everyone.

"Isn't my whole generation supposed to be narcissistic at this point? Oh, well."

worry no more and just do your best! 

Your sister with self-care.