Tuesday, December 24, 2019

Di eat

Dah berlalu seminggu rancangan makanan seimbang yang bertemakan Japanese bento. Terima kasih juga kepada youtube yang telah memberikan pelbagai idea makanan yg menarik. Di bawah ini adalah antara gambar makanan yang sempat aku sediakan pada setiap pagi sepanjang minggu lepas sebelum weekend break. 

Ikan bakar dengan minyak bijan
Cindawan cheese
Macaroni
Telur dadar gulung
Ikan peria

Telur rebus
Ayam pedas bijan
Stim Bok choi dengan minyak bijan

Stim broccoli and carrot
Grill Carrot Meatball
Grill Mushrooms
Cheese sauce 

Grill fish
Grill pumpkin
Steam carrot and broccoli
Roll fish peria
Roll fish cheese
Telur rebus
Kek Ubi keledek 

Telur gulung
Mushrooms and broccoli tumis
Ikan gereng tepung kentang
Grill Pumpkin
Roll fish peria

Tapi berat aku masih lagi tetap sama, hai maklumlah x ada senaman pun dibuat. Nak exercise punyalah payah nak start. Kagum tengok ibu sekarang, sebab dah pandai buat yoga, setiap pagi dia buat. Katanya untuk kesihatan jantung. Alahaiii... bila pula turn aku nak buat kan..haha 😀. 

Aku tengah mencuba Mediterranean diet. Ianya seperti dibawah ini ye kawan-kawan.

Meh aku ceritakan. Komponen utama diet Mediterranean termasuklah:

1. Membuat makanan berasaskan tumbuhan (kekacang, sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin, dan kacang) asas setiap hidangan.

2.  Memasak dengan lemak yang sihat seperti minyak zaitun. (OMG minyak zaitun tu mahal okey). 

3. Mengehadkan daging merah. (so kita tukar dengan ubi kayu jela ye.. Hehe okey ne gurau). 

 4. Makan ikan / (makanan laut dua kali seminggu). 

5. Makan tidak lebih daripada tiga hidangan sehari produk tenusu.

6. Menggunakan rempah-rempah dan herba dan bukannya untuk meningkatkan rasa.

7. Memupuk aktiviti fizikal (seperti berjalan bukan memandu apabila mungkin~ boleh simpan kereta kat muzium lepas ne) dan aktiviti sosial (seperti menikmati makanan bersama orang lain sambil bergossip).

Begitulah cabarannya.. So what next to eat, and what exercises?? 🤔🤔🤔.. Hahaha kita tengok youtube saja.. 🤭

Sunday, December 22, 2019

Cuba menerima



Setiap kali aku menghadapi masalah aku akan fikirkan 3 perkara di bawah ini:

1. Selesai kepada suatu perkara, adalah permulaan bagi perkara yang lain. Sebb Allah nak jadikan engkau umatnya yang terbaik.
2.Setiap masalah jangan anggap ia masalah, fikir lah positif.
3. Setiap perasaan hanya sementara, 
Gembira, benci, sedih, derita, bahagia adalah sementara, Apa yang penting lalui sahaja benda ini, kerana masalah itu akan berlalu seperti angin.

Hari ini aku balik dengan perasaan yang segar, orang kata "fresh start" aku selalu mengharapkan sebuah institusi kekeluargaan yang gembira, dan penuh kasih sayang. Menerima segala kecacatan dengan penuh redha dan memberikan peluang kedua, ketiga, dan beribu kerana ikatan sebuah kekeluargaan. Haha..

Sebenarnaya aku lari sekejap untuk beberapa hari ini untuk berfikir buruk baiknya perbuatan aku. Aku minta izin ibu, abang untuk aku pergi sebentar untuk membuang rasa tertekan. Jam ini aku dalam perjalanan pulang sambil mencoret beberapa uangkapan perasaan di dalam camar aku ini. Sepanjang aku pulang itu begitu banyak kasih sayang yang Allah hadirkan untuk memujuk hatiku ini.
Allah memujukku dengan kasih sayang melalui hamba-hambanya.
Tq 😊










Thursday, December 12, 2019

Impianku

Innalillahiwainnailaihirojiun, Hari ini atuk telah kembali ke rahmatullah yakni selang 2 bulan selepas pemergian nenek. Kisah Sehidup semati beliau adalah impianku selama ini. Ya Allah kau kuniakan pasangan/sahabat/teman yang berkekalan kepadaku sehingga ke syurga.

Alang-alang menulis tentang impian, kali ini aku ceritakan apa impianku yang belum terlaksana, semuanya dalam proses dan perkembangannya sedikit. 

Semua impian tersebut menjurus kepada satu. Membentuk setiap karekter kanak-kanak dan menjadikan mereka beharga terutama kanak-kanak yang tidak bertuah dari segi kehidupannya. Sejak 2014 sehingga sekarang aku telah belajar melihat dan meneliti kerekter seorang kanak2 dan cabaran dalam membentuk nilai yang baik.

 Tahun 2016 aku telah berpeluang belajar manual rekabentuk @design permainan kanak-kanak bersama-sama dengan PERMATA. Waktu tersebuat aku memasang cita2 untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dalam membuat manual permainan kanak-kanak secara langsung dan aku dapat sendiri menilai dan belajar cara didikan kanak-kanak di jepun. Impian tersebut tidak kesampaian kerapa faktor kewangan. 

2017 aku telah belajar manual rekabentuk untuk kanak-kanak yang mengalami masalah autistik. Dari itu aku telah dapat mengenal kanak2 yang ada masalah ini secara lebih dekat. 

Masuk 2018 aku telah membuat aplikasi rekabentuk permainan kepada model bersaiz sebenar yang boleh digunakan kanak-kanak . Tapi malangnya tidak berjaya kerana ia tidak mengikut spesifikasi yang aku mahukan. Aku sangat kecewa. Disebabkan itu aku belajar sesuatu untuk memperbaiki rekabentuk tersebut kepada yang lebih selamat untuk kanak-kanak menggunakannya. 

Tahun 2019 aku banyak kepada belajar menerima dan mengawal perangai dan emosi kanak-kanak . Terutama anak-anak buahku. Dari situ aku belajar mengawal kanak-kanak yang ramai. Insyalla lepas ini lebih ramai lagi, jika Allah berikan aku peluang itu. 

Sewaktu aku mengajar pelajar tahfiz dahulu aku telah mengenal dilema budak-budak sekarang. Dalam memberi pengajaran kepada kanak-kanak aku sedar bahawa didikan agama adalah yang paling Utama. Jadi aku mengambil peluang belajar dengan lebih mendalam tentang Al-Quran. Al-Quran adalah manual hidup seharian merangkumi, cara beradap, aurat, ibadat, syariah dan banyak lagi. 

Untuk target kepada impian aku yang mendatang dan dorongan dari bekas bos, aku perlu sambung pelajaranku untuk melayakanku mendapat professional arkitek untuk peluang yang lebih besar untuk impian aku ini. Aku jangkakan mungkin selama 4 atau 5 tahun. Aku akan sambung dengan membawa subjek impianku "rekabentuk untuk kanak2". Insyallah, semoga aku berjaya. 

Suatu hari, jika Allah memilih impian aku menjadi kenyataan, iaitu aku dapat membina kingdom kepada kanak-kanak atau remaja yang tidak bertuah kehidupannya. Aku nak jadi macam nenek (mendidik  mereka agama). Aku akan masakkan untuk mereka makanan yang sedap dan kretif. Aku ajarkan mereka untuk membentuk impian sehingga mereka boleh keluar berdikari dan memberikan manfaat kepada orang ramai. Walaupun agak mustahil untuk merelisasikan impian ini dan banyak yang perlu aku lakukan dan belajar. Aku harap ia akan jadi Sekurang-kurangnya untuk anak-anak aku sendiri ataupun hanya untuk anak-anak buahku ataupun sesuatu di luar perancanganku. 

Tomorrow is mystery 



Friday, December 6, 2019

Orange Sun Kiss ❤️

Orange Swiss Roll untuk minun petang.  

Disebabkan orange (Limau mandarin) tu terlalu besar untuk dibalut dengan kek. So kene beli acuan kek besar sikit ke apa ne...haha 😅


Sunday, November 17, 2019

Thursday, November 14, 2019

Red cranberry

Warna merah terang dan unik seperti cranberry adalah seperti sahabatku has, seorang yang tabah dan cekal. Dalam  menyelusuri masa kami bersama-sama, kami telah berkongsi banyak cerita suka duka. Disebabkan itu aku buatkan Swiss roll cranberry cake khas untuk sahabatku ini. 



Cranberry adalah sejenis berry yang unik dan susah nak dijumpai di mana2 kedai di malaysia kecuali cranberry dalam bentuk kering ataupun cranberry yang dicampur dalam chocolate. 

Untuk kek has ini aku gunakan dry cranberry yang dibelikan di kedai bakery.  Untuk Berry fresh aku campur dengan beberapa fresh Berry yang ada di pasaran Malaysia, seperti strawberry dan blueberry. 


Kek adalah kek gulung yang di gulung sehingga 9 inchi diameter. Di intikan dengan jem cranberry with lemon dan heavy cream. 

Nah video untuk menambah pengetahun am. Tentang cranberry.


Tuesday, November 12, 2019

ALSTROEMERIA

Selamat hari lahir kepada diriku. Aku hadiahkan bunga ini sempena kesetiaan dan persahabatan yang kita jalinkan bersama selama 29 tahun. Kita dah bentuk peribadi, emosi kita sendiri. Sentiasa tenang dan bersama-sama mencari buah fikiran untuk menyelesaikan masalah peribadi. 

Alstroemeria merupakan simbol kekayaan dan kemakmuran.
Khas untuk mas

Ini juga hadiah yang aku belikan untuk diri sendiri hasil pau duit ibu.. Hahahaha

Alhamdulillah, segala urusan hari ini dipermudhkan Allah. Selesai dengan agensi pengurusan kewangan di KL, aku singgah ke pasar seni untuk menjenguk kedai yang memberi kenangan buatku.

Hari ini bermula coretan baru untuk usiaku kali ini. Lembaran lama kita tutup dan aku telah maafkan diri aku dan aku doakan kebaikan dan kesejahteraan mereka juga untuk diri aku. Semua orang telah berubah menjadi lebih baik begitu juga aku.