Sunday, September 22, 2019

Bagaimana 'dessert' kegemaran awak?

12 November 2018

malam itu aku berangan-angan berada di France. Aku bayangkan makan di dalam kafe dengan pelbagai jenis pastry. Lalu menghirup latte panas dengan hiasan dry rose buds sambil menikmati pemandangan menara besi yang dipuja-puja dengan berlatarkan matahari terbit. Hanya aku seorang di dalam kafe tersebut. 

Ada muzik Franch kedengaran di dalam kedai. Lagu JOUR DE L'AMOUR

 la lala lala lala... lala lala laalaaa... La laaa.. Lala lala lala la laaaaaa...

Waktu tu aku pakai dust pink dress dengan tudung soft yellow, lipstick merah pudar. Di atas meja aku dihiasi dengan Baby's-breath dan Bunga Berry. Alangkah indah jika dapat kongsikan angan2 ini dengan rakan2 yang aku sayangi. Tapi untuk kongsikan pengalaman percutian ke France aku belum mampu lagi.. Haaa😅

Aku terus memakai apron pink berenda yang dihadiahkan oleh anak murid aku di RTA. Di kepala aku terfikirkan satu pastry Franch. Éclairs.

Bersama2 lagu 
JOUR DE L'AMOUR
 la lala lala lala... lala lala laalaaa... La laaa.. Lala lala lala la laaaaaa... Aku kuatkan suara aku bagaikan dirasuk hantu cina bak kata ibu. Tapi cukup membuat hati aku senang..

Pertamanya haruslah menyiapkan pastry cream dahulu sebelum pastry di bakar di dalam ketuhar.

Bahan bahan adalah (untuk 10-12 éclairs) :

Untuk choux pastry
1 cawan (125g) tepung
100 ml susu
100ml air
10g/2tsp gula
1/2 tsp garam
5 1/2 tbsp (80g) unsalted butter
4 biji telur

Vanilla pastry cream
2 cawan (480ml) susu
2 tsp vanila extract
4 biji telur kuning
1/3 cawan (70g) gula
1/3 cawan (40g) tepung jagung
1 tbsp (15g) unsalted butter

Chocolate glaze
200g chocolate (55-70% koko) di potong kecil
2/3 cawan (155ml) whipping cream 

Awalnya aku buat vanilla pastry cream dulu. Ini akan menjadi bahan yang menyedapkan rasa éclairs.
Pukul telur kuning dengan gula, sehingga kuning telur menjadi putih, dan masukan 
Tepung jagung. Lalu masukan separuh (susu suam/susu yang telah dipanaskan di atas api) dan campur dengan rata.. Kemudian masuk selebihnya kedalam susu yang bebaki  kemudian panaskan sehingga pekat. Bila dah pekat barulah jauhkan dari api dan masukan vanila extract dan kacau sehingga sebati dan kemudian aku masukkan butter untuk memastikan inti éclair tidak menjadi keras dan mengilatkan texture inti. Tutup dengan plastic wrap dan letak tepi sehingga sesuai digunakan

Kemudiannya membuat choux pastry.
Tapi choux tidak di goreng seperti yang korang makan choux. Ia di bakar. Harus guna pipe yang sebesar satu inchi dan gunakan baking paper yang dibuat dari nylon wire sebab tak nak bagi doh melekat dekat dulang pembakar. Renjis sedikit air ke atas dulang untuk memastikan choux lambat garing, tak dala cepat hangus. Hehe. Nak buat choux memerlukan 2 kali melibatkan haba, ini adalah untuk memberikan rongga2 di dalam pastry bila siap dimasak.

Kemudian buat chocolate glaze, untuk glaze aku suka chocolate sebab kombinasi dengan vanila cream akan jadi sangat sempurna rasanya.

Lagu JOUR DE L'AMOUR tetap bermain dikepala

 la lala lala lala... lala lala laalaaa... La laaa.. Lala lala lala la laaaaaa


Pertama kali pada hari ulang tahun kelahiran aku ke 28 aku buatkan éclairs untuk diraikan bersama teman pejabat aku. Kali ini lain dari lain, aku tak buat banofee pie yang selalu aku buat setiap kali sambutan hari lahir aku.

Banofee pie adalah manisan yang paling spacial buat aku. Terlalu nostalgia. Tapi éclairs adalah pastry yang mempunyi gabungan yang sempurna. Sekian 😋

No comments:

Post a Comment