Monday, September 30, 2019

No machine ice-cream cake

 Pertama kali membuat ice cream cake seakan tetapi tidak sama dengan Baskin-Robbins Ice Cream! untuk sambutan hari lahir bos. Oleh kerana sambutan hari lahir bos aku ini sama dengan tarikh lahir kereta aku (T.T) jadi aku mengambil keputusan nak buat sendiri kek ice cream.

Sebelum ini aku selalu juga buat no machine ice cream menggunakan heavy cream iaitu pepejal susu. Heavy cream mempunyai kandungan lemak yang tinggi mampu memejal dengan sendiri apabila dikenakan gerakan dalam suhu yang sejuk. Setelah itu barulah menggabungan perisa yang berbeza-beza mengikut kretiviti dan citarasa. Cubaan mengabungkan kesemua perisa aiskrim yang telah aku buat menjadikan sebuah ice cream cake memerlukan jangka masa 3 hari.

Untuk membuat segala perisa aku perlu buat ice cream base terlebih dahulu iaitu mengunakan 2 bahan sahaja. Bahan untuk ice cream base adalah :
1. heavy cream (jenis pepejal susu)
2. evaporate milk (susu pekat manis yang ada dipasaran)

ice cream yang aku buat selalunya kurang manis sebab aku kurangkan kandungan susu pekat di dalam adunan. Untuk menjadikan rasa lebih sedap dan tidak berminyak aku akan gunakan yang heavy cream jenis dairy. (kene sentiasa hati-hati membaca label barangan) biasanya heavy cream non dairy ni sesuai dijadikan cake topping.

sebelum aku putarkan heavy cream aku akan pastikan segala kelengkapan yang digunakan sejuk(seperti heavy cream dan tempat untuk memutar krim). Tahap pukul heavy cream adalah paling mencabar juga, kalau terkurang pukul akan ada kandungan air yang boleh mencairkan balik heavy cream tersebut, kalau terlebih boleh jadi butter terus. hehe mencabar tak?.




Untuk kek aku buatkan 3 jenis perisa

1.Paling bawah yang warna kuning adalah pineapple ice cream (kebetulan banyak nanas yang ibu tanam telah ranum jadi aku buatkan soft jem nanas untuk dicampurkan bersama-sama dengan ice cream base)
2. Tengah adalah lebihan caramel cheesecake  ice cream yang aku buat 2 hari lepas
3. Atas sekali adalah cookies ice cream.

Untuk hiasan  ice cream pula adalah terdiri daripada:-
1. Strawberry ice cream (aku suka frozenkan buah yang hampir nak rosak untuk aku gunakan membuat kek atau jem terutama : Cameron strawberry, dan wild berry yang aku selalu minta kat rumah jiran) 
2. Banana chocolate - rasa yang ini agak silap kerana pisang yang aku gunakan mempunyai rasa yang terlalu kelat. (kena pastikan menggunakan pisang yang manis sahaja supaya tak perlu letak gula bila dicampurkan sekali dengan chocolate. Selalunya rasa ini yang paling aku suka sebab pisang dan chocolate adalah kombinasi yang bagus juga. 
Resepinya adalah: frozen banana, evaporate milk dan koko powder. (gunakan food mixture) oleh kerana nak dapatkan resepi  ice cream ini food mixture ibu aku rosak 
3. blueberry ice cream ( ice cream base + homemade blueberry jam)
4. Colorful sprinkles ice cream (ice cream base + sprinkles)
5. cranberry ice cream (ice cream base + dry cranberry)
6. rainbow ice cream (ice cream base + food coloring)



Selamat hari lahir Ibukkk Mardiana. Semoga sihat selalu ya bukkk

Lanjutan dengan itu aku tak dapat lagi guna food processor hadiah kawin ibu dulu. No more sorbet, no more gelato and no more meatball Y.Y

 Aku ada tengok-tengok mixture jenama Kitchen Aid. Oh no nak nagis tengok harga. Ada sekali ice cream maker. 


Tengokla texture ice cream dia.. so smoothh..


Tengok kaler hijau ne.. menariknya colour.


Tapi kaler bawah ne lagi sexy.. okey enough, lupakan jela!  

Asyik berangan je aku ne. haha. Alhamdulillah dapat update personal blog aku hari ini. Insyallah akan datang aku akan kongsikan pula kek hari jadi has dan ain zalikha pula. Kedua-dua kek mereka adalah jenis swiss roll cake. 

Insyallah nanti aku nak try pastry Franch 'Madeleine'  macam bahulu  kita kat malaysia ne juga. Oleh sebab terpengaruh dengan Wan Nurain cerita drama korea 'Time'. 

Madeleines love story <3 p="">


No comments:

Post a Comment