Hai.. Selamat hari minggu ☺️
Baru lepas balik dari kelas di um dan berjumpa sahabatku ain. Bercerita tentang hari2 bahagia dia. Alangkah bahagia aku mendengar.
Erti kehidupan seseorang yang kita kenal selalunya memberi kesan ke dalam kehidupan kita. Mana yang baik kita ambil, mana yang buruk kita jadikan ikhtibar. Jika ingin mengenali seseorang, kau tengok kelompok pergaulannya. Bersangka baik dan sabar adalah kunci mengenalnya dengan lagi tepat. Aku senang bergaul dengan orang yang menerimaku seadanya.

Sepanjang perjalanan balik ke rumah aku teringat seseorang yang telah lama pergi meninggalkan dunia dan dia adalah sepupu perempuan dari keluarga sebelah ayah. Al fatihah kepada arwah, semoga dia bersama dikalangan orang yang beriman.
Bagi aku, kehidupannya bagai halimunan mampu memberi impak yang cukup besar dalam hidup aku. Aku benar-benar dapat rasakan keikhlasannya dan cintanya kepada diri aku dari perhatian yang dia tunjukan. Semasa kecil ayah selalu bawa aku dan ibu ke rumah mak lang. Setiap kali ke rumah mak lang ada sahaja style rambut yang dikenakan ke atas aku. Kadang2 aku datang rumah mak lang waktu mereka sibuk menyiapkan kueh untuk jualan. Dialah orang yang mengajar aku 'klim' karipap. Sebab itu 'klim' aku lebih cantik dari ibu. Hehe sorry ibu.
Okey, Sambung balik cerita. Dia sebaya dengan abang kedua. Semasa dia tingkatan 5 aku pula baru masuk tingkatan 1. Selepas habis sekolah dia dikira tersilap langkah dalam soal cinta. Ya cinta itu sungguh buta. Sejak itu, Aku tak pernah jumpa dia sehingga dia kembali kerumah mak lang dengan 2 orang anak perempuannya. Waktu itu aku baru sahaja habis degree.
Ketika itu dia selalu datang kerumah aku, jumpa aku dan ibu, bawa anak2nya. Aku selalu terfikir macam mana kehidupannya semasa dia melarikan diri dulu. Tiada siapa berani nak tanya, takut tersilap kata. Aku pasti dia sungguh kuat, dari wajahnya ada tersimpan 1,000 rahsia. Kekuatan apa yang dia ada untuk kembali semula dengan keluarganya.
Paling menyedihkan bila hari raya, dia tak punya baju baru untuk 2 orang putrinya. Hidup tidak memilih, hanya mengharapkan rezeki dan pemberian yang datang. Masyallah bagaimana dia menghadapi kehidupannya.
Suatu hari dia jarang datang kerumahku, aku tanyakan ibu mengenainya, jiran aku nampak dia berulang alik ke bt 18, rupanya dia dah bekerja di kedai jahit dekat bawah rumah flat bt18. Alhamdulillah aku syukur dan berharap anak2nya dapat sedikit kebaikan dari rezeki yang dia perolehi.
Suatu hari jiran aku bertanyakan kepada ibuku, kenapa wati dah lama tak nampak pergi kerja(nama panggilan dia adalah wati) ibu pun tak pasti sehingga suatu hari mak lang menjemput kenduri anaknya yang sebaya dengan aku. Iwan namanya.. Waktu itu aku pergi menziarah ke rumah maklang sebelum kenduri Iwan, alangkah terkejutnya aku dengan keadaan kak wati. Dia terbaring uzur, muka dia cengkung dan berbau busuk. Masyallah apa yang dah jadi..? Aku tertanya2..
Maklang memberitahu yang kak wati terkena buatan orang. Banyak tempat dia berubat. Tapi tak sembuh2. Tapi sekarang dia semakin pulih dan baru nak makan.
Aku tak puas hati dengan apa yang maklang dan anak anak maklang cakap, aku rasakan kak wati pasti ada penyakit kronik yang aku yakin adalah kenser payudara stage 4 disebabkan kedua2 payudara dia jatuh semasa dimandikan. tapi kenapa tak ada orang pergi bawa jumpa doktor, kak ngah pula kata.. Mas dah bawa dah mas, sampai doktor tak nak terima. Masyallah apa yang berlaku.. Apa ujian yang engkau berikan kepada kak wati.. Selama ini kak wati pendam segala kesakitan dia.
Pada malam sebelum esoknya Iwan kawin, maklang nak buat kenduri untuk orang yang tolong rewang kenduri iwan. Aku dan ibu datang membawakan yasin,. Kami berdua membacakan yasin kepada kak wati. Ketika semua orang sibuk menyiapkan juadah. Aku berulang-ulang membacakan yasin untuk kak wati, tubuh kak wati sangat busuk, aku duduk ditepinya menahan baunya. Sedih pula aku lihat gelang sami yang dipakaikan di lengan kak wati.
Ya Allah, kau saja yang tahu perasaan kami. Akhirnya kak wati menghembuskan nafasnya yang terakhir. Betul2 disebelahku, aku dan ibu meneruskan bacaan yasin untuknya semoga perjalanan menuju ilahi dimudahkan.
Hikmahnya Kak wati, tak pernah mempunyai majlis keramainan atau kenduri untuknya. Sebab itu aku katakan dia seperti halimunan. Masyallah, Allah berikan ganjaran tertinggi dengan sikap sabarnya. Majlis perkahwinan adiknya iwan itu adalah majlis kenduri arwah untuk kak wati. Ramai orang datang dengan membaca yassin kepada arwah kak wati. Arwah seorang yang sangat baik, hormat orang tua, dan terlalu menjaga perasaan dan aib orang lain.
Setelah pemergian kak wati kini anaknya di bawah jagaan maklang. Maklang sangat menjaga mereka, dengan bermacam-macam pengalaman yang ditempuhi, aku yakin maklang sangat risau untuk membiarkan cucunya keluar. Maklang cukup menjaga pergaulan mereka. Begitulah keseluruhan keluarga kami.
Pemergiaan kak wati memberikan impak yang besar terhadap aku. Aku tak boleh lupa waktu suratan mautnya disebelahku. Menggigil aku bila teringatkan waktu itu. Aku terbayang wajah arwah menahan kesakitan.
Aku harap semoga anak2 arwah kak wati dan kak yan mendapat penghormatan yang tinggi.
Lihat anak2 ini, jauh lagi perjalanan untuk mengenal dunia. Ya Allah, kau sentiasa lindungi mereka.

Yang paling hadapan adalah anak arwah kak yan, berumur 14 tahun, yang pakai tudung hitam dan putih tu anak arwah kak wati. Yang lelaki tu dan perempuan kecil berbaju merah adalah anak buah aku yang tersayang.
Aku harap semoga anak2 arwah kak wati dan kak yan mendapat penghormatan yang tinggi.
Lihat anak2 ini, jauh lagi perjalanan untuk mengenal dunia. Ya Allah, kau sentiasa lindungi mereka.

No comments:
Post a Comment