Apabila Allah menarik beberapa nikmatku dalam kehidupan ini, apabila melihat ramai yang pergi dalam umar yang muda. Aku tertanya kepada diriku, adakah aku akan diambil olehnya secepat itu. Aku tak bermaksud untuk mengingkari takdirku, Cuma aku tak pasti adakah orang lain akan redha dengan kematianku. Adakah masih ada dendam dalam hati seseorang disebabkanku.
Sebentar tadi Allah memujukku dengan beberapa hadis yang menyebut tentang Allah menyukai hamba-Nya yang berguna kepada orang lain. Salah satu hadis adalah:
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain." (Hadis Riwayat Ahmad, dan lainnya)
Hadis ini menunjukkan bahawa Allah menyukai orang yang memberikan manfaat kepada sesama manusia, sama ada dalam bentuk bantuan, kasih sayang, atau kebaikan lain.
Selain itu, dalam hadis yang lain, Nabi Muhammad SAW juga menyebutkan:
"Barangsiapa yang memudahkan kesulitan seorang Muslim, Allah akan memudahkan baginya kesulitan di dunia dan di akhirat." (Hadis Riwayat Muslim)
Dalam hadis yang masyhur, Nabi Muhammad (saw) menyebutkan:
"Barangsiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menyambung silaturahim." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadis ini menunjukkan bahwa salah satu cara untuk memperpanjang umur selain dengan doa, adalah dengan berbuat baik kepada orang lain, terutama keluarga, serta beramal dengan ikhlas.
Walauapapun kita cuba yang terbaik di dalam kehidupan ini. rahsia umur tetap kembali kepada Allah, kerana dia memiliki segala aspek dalam kehidupan kita. Tetap aku sentiasa syukuri nikmat yang aku perolehi, namun ada ketikanya aku teringat akan kematianku.
No comments:
Post a Comment