Hey my future husband,
I'm actually can't wait to tell my mother the good news. Mesti dia sangat seronok. Idea surat ini datang darinya semasa belum berkahwin dgn ayah. Tak sangka ibu ada juga mempunyai moment mcm ini dalam hidup dia. Rasa bersyukur kepada Allah kerana ibu masih ada lagi bersama saya sehingga sekarang. Saya ingat lagi, saya pernah minta seorang adik perempuan sebab saya nak kawan perempuan. Ibu cakap, "Allah dah tak dapat bagi ibu anak lagi, tapi ibu kan boleh jadi kawan juga, kawan dengan ibu je lah". But still semasa itu saya tak sedar ibu adalah kawan baik saya. Kami pernah tuntut ilmu bersama-sama sewaktu dua-dua saling buta huruh nak baca Al Quran. Waktu itu saya 5tahun ibu berumur 38tahun. Ibu juga pernah ada moment kene compare cara bacaan dengan anak dia sendiri sehingga dia bertekad lebih gigih nak pandai baca Al Quran. Ibu istiqamah dalam menuntut ilmu sehingga sekarang.
Saya masih ingat ada satu ketika kita berdua minat lagu 'Rindu Serindu Rindunya oleh Spoon. sehinggakan jika lagu tersebut keluar dekat radio kami cepat-cepat record dan ambil kertas salin lirik lagu tersebut. Lepas itu kami nyanyi bersama-sama. Haha.. Masih segar dalam ingatan.
Bertapa rapatnya saya dengan ibu begitu juga saya kuat menahan diri untuk memberitahu ibu perasaan saya sakarang. Sehingga ia benar-benar terjadi..
Kupu-kupu rama-rama,
Jangan tungu lama-lama.
Sekian dari saya,
Insyallah saya tulis lagi..
No comments:
Post a Comment