Thursday, January 30, 2025

Surat ke 3

Assalamualaikum, 

Surat ini agak istimewa sedikit dari kebiasaan, sebab ada sentuhan seni - anak seni pencen.. 

Oleh kerana pantun dari surat yang lepas diambil dari website mana-mana, sebagai menebus kembali kesalahan pemilihan pantun 2 kerat itu, terimalah ciptaan pantun 4 kerat - segar dari ketuha.. 

Masak lemak pucuk cemperai
Pucuk dipetik dalam kebunnya
Jangan kita bercerai-berai
Bersatu kita dengan nik'matNya

Kepiluan hati gelap gelita
Menanti siang bersama-sama
Bersatu hati elak sengketa
Selamat kita dijurang lama

Adik masak sambal hangit
Abang gagah tekat kemudik
Asalkan lidah lagi tergigit
Inikan pula mulut adik

Menyarap adik merangka pantun
Buat penawar hati terluka
Barang yang lepas usah di lantun
Takut salah kita bersangka

Yang benar

Anak bongsu.. 

No comments:

Post a Comment