Friday, January 31, 2025

Surat Ke 9

Kepada Abang yang Dikasihi,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Semoga Abang sentiasa dalam lindungan Allah dan diberikan kesihatan serta ketenangan hati. Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana masih belum dapat mencapai sasaran kewangan seperti yang saya harapkan. Saya tahu perkara ini penting bagi kita berdua, dan saya faham jika Abang juga menghadapi kesulitan yang sama.

Saya masih mencari jalan terbaik untuk mengatasi keadaan ini. Mungkin kita boleh berbincang bersama untuk mencari penyelesaian yang sesuai. Apa pun, saya percaya bahawa rezeki Allah itu luas, dan dengan usaha serta doa, pasti ada jalan keluarnya.

Sabda Nabi SAW:

لَمْ يُرَ لِلْمُتَحَابَّيْنِ مِثْلُ النِّكَاحِ

Maksudnya: “Tidak pernah dilihat solusi untuk dua orang yang saling mencintai selain berkahwin.”
(Riwayat Ibn Majah, no. 1847)

Saya juga ingin memohon maaf atas penundaan yang berlaku sebelum ini. Saya tidak pasti apa yang menjadi kesulitan Abang secara terperinci, tetapi ketahuilah bahawa saya tidak pernah meminta kesempurnaan. Kesederhanaan pun sudah cukup bagi saya, asalkan kita saling memahami dan menyokong antara satu sama lain.

Saya harap Abang sudi berkongsi apa yang ada dalam fikiran dan hati Abang, supaya kita dapat menghadapi cabaran ini bersama. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita.

Wassalam.

Ikhlas dari Adik

No comments:

Post a Comment