Saturday, February 1, 2025

Surat Ke 11

Kepada Abang yang tersayang,

Apa khabar abang? Saya harap abang sentiasa dalam keadaan sihat dan bahagia. Saya ingin berkongsi sesuatu yang saya rasa sangat indah dan bermakna.

Saya merasa sangat gembira apabila memikirkan bagaimana abang akan bertemu dengan keluarga saya. Mereka sangat menyayangi saya, dan saya pasti abang juga akan disayangi dan diterima dengan penuh kehangatan oleh mereka. Kehadiran abang pasti akan memberi satu suasana yang lebih ceria di dalam keluarga ini.

Saya sendiri tak sabar untuk mengenali lebih dekat keluarga abang pula. Saya pasti setiap detik bersama mereka akan penuh dengan kenangan yang indah.

Saya berharap, suatu hari nanti kita semua boleh bersama, berkumpul, dan menikmati kebersamaan itu. Saya sangat berterima kasih kerana abang sudi memilih saya, dan saya percaya keluarga kita akan menjadi lebih erat dan bahagia apabila kita bersama-sama. Insyallah 

Terima kasih kerana sentiasa ada untuk saya. Saya sangat menghargai abang.

Dengan penuh kasih sayang,
Adik 

No comments:

Post a Comment