Abang,
adik tidak sabar untuk menceritakan pengalaman adik di Laman Kelulut Putrajaya yang ibarat syurga kecil yang tersemat di tengah kota.
Cuba abang bayangkan - Pagi yang indah dengan perjalanan ke alam merayakan keheningan. Angin berbisik melalui pepohonan, sementara kelulut yang sibuk menari di antara bunga-bunga, menyulam madu dari setiap kelopak yang ada. Setiap langkah di atas tanah yang sejuk membawa kedamaian, dan setiap detik adalah peluang untuk mengenal dunia kecil penuh rahsia yang menyuburkan bumi ini. Seperti janji alam yang tidak pernah terhenti, taman tersebut mengundang jiwa untuk sejenak melupakan dunia luar dan membenarkan diri terhanyut dalam keindahan yang sederhana namun penuh makna. Bagaimana agaknya syurga sebenar nanti. Syurga itu kelihatan lebih baik dan baik setiap hari, tiada siapa yang berasa rendah diri disana.
Jika suatu hari nanti kita bina sebuah rumah di dunia ini, saya mahukan rumah yang kecil dan laman yang besar, kita tanam pokok bunga yang pelbagai untuk makhluk lain tinggal bersama, cuba bayangkan kita tinggal di rumah yang seperti di syurga. walaupun ia di dunia.
Bila membayangkan syurga adik akan sentiasa berasa sedih memikirkan adakah adik layak pergi kesana dengan baki umur yang ada. Adik berusaha membuat kebaikan dengan sesama manusia disebabkan itulah cara hubungan orang di syurga nanti.
Yang sedang bersyukur
Adik
No comments:
Post a Comment