Sunday, February 9, 2025

Surat ke 18

Abangku yang tercinta

Assalamu Alaikum,

Saya harap kamu dalam keadaan sihat dan sejahtera. Impian setiap ibubapa melihat anak-anak bersatu/bersama dan adik-beradik saling menyokong dan tidak bersengketa. Sebagai Muslim, kita harus sentiasa ingat supaya jangan biarkan Syaitan memainkan fikiran kita. Kita tidak perlu rasa kita boleh hidup sendirian atau tidak memerlukan orang lain.

Kita perlu menjadi agen uniti, bukan perpecahan. Jika ada sesuatu yang mengganggu fikiran kita atau seseorang berkata sesuatu yang tidak menyenangkan terhadap kita, terus abaikan sahaja. Jangan biarkan itu menyebabkan kita memboikot atau rasa dengki terhadap orang lain. Ada perkara yang saya setuju dan kagum dengan kamu dan ada perkara saya tidak bersetuju dan tidak bermakna kamu perlu bersetuju.

Kerana kita akan lebih kuat bersama, dan sentiasa belajar bagaimana kehidupan komuniti dan menerima pendapat orang lain terhadap diri. Sesuatu yang baik kepada kita mungkin perkara yang tidak menyenangkan untuk didengar. 

Mari kita terus menyokong dan mengasihi antara satu sama lain kerana Allah.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita untuk sentiasa bersatu.

Dengan kasih sayang,
Adik

No comments:

Post a Comment